CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Yang Pandang Rendah, Tapi Sekarang Amylea Puas 'Kendati' Trending

6-2-2021 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7683| Komen: 34

Penyanyi dan komposer Amylea Azizan mengakui bersyukur apabila lagu terbaharunya, Kendati mendapat perhatian selepas dimuatkan sebagai salah satu lagu OST drama yang menjadi fenomena masa kini, Takdir Yang Tertulis.


Menurut Amylea, 35, pada mulanya dia tidak mempunyai keyakinan untuk menerbitkan lagu ciptaannya itu kerana ada beberapa pihak yang memandang rendah terhadap kebolehan lagu itu untuk pergi lebih jauh.


Kredit foto: IG Amylea

"Jujur saya cakap, ada pihak tertentu yang merendah-rendahkan lagu ini pada mulanya.

"Ia juga menjadi antara sebab kenapa saya tak nak keluarkan lagu ini cepat kerana saya berasakan lagu ini tidak akan diterima.

"Tapi, inilah dikatakan rezeki yang mana Allah dah tetapkan apabila Kendati kini menjadi antara lagu yang trending pada masa kini," katanya kepada mStar.


Penyanyi yang telah mencipta lebih 100 buah lagu sepanjang kerjaya seninya ini turut merakamkan penghargaannya di atas kepercayaan pengarah Shahrulezad Mohameddin dan Fazli Baharom yang sentiasa memilih lagu ciptaannya sebagai penyeri drama terbitan mereka.

"Saya sangat berterima kasih kepada Shahrulezad dan Fazli kerana mereka sentiasa percaya dengan bakat saya.

"Saya sudah menghasillkan lagu tema untuk drama mereka sejak dari tahun 2007 lagi.

"Sampai sekarang mereka masih lagi berikan peluang buat saya termasuk untuk Kendati dijadikan OST Takdir Yang Tertulis. Drama itu turut menyumbang publisiti buat lagu ini agar lebih dikenali ramai," ujarnya.



Kendati kini boleh didapati di semua aplikasi penstriman muzik sejak ia dilancarkan pada 31 Januari lalu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 6-2-2021 03:38 PM
Lagu die ala ala melly go slow. Anyway mesra pendengar la jugak. Ade kreativiti disitu...
Quote minah_selekeh 6-2-2021 03:52 PM
Lagu2 Amylea ni sedap2 jugak.. By the way, apa maksud "kendati" tu?
Quote Orix 6-2-2021 04:01 PM
minah_selekeh: Lagu2 Amylea ni sedap2 jugak.. By the way, apa maksud "kendati" tu?


Kendati selautan segunung permata
Di kanan dan kiri
Selagi jantungku berdegup
Hingga tiba saat terhenti
Dialah di hati
Quote Temenung 6-2-2021 04:36 PM
minah_selekeh replied at 6-2-2021 03:52 PM
Lagu2 Amylea ni sedap2 jugak.. By the way, apa maksud "kendati" tu?

Kendati = walau/meski

Aku tau sebab hari tu aku pernah dgr satu lagu indon ni n ada perkataan kendati ni.so tertanya tnya maksud dia aku google la maksud kendati makanye pakcik google bg la jwpn tuu

Aku pun tak tau kendati ni bahasa indon ke apa
Quote tasha 6-2-2021 05:27 PM
Ini Amylea AF dulu ke??
Quote Duta lover 6-2-2021 05:31 PM
Aku n akak aku afundi amylea ni dulu masa af. Talented
Quote nordin84 6-2-2021 05:42 PM
roman ke pandang rendah tu
Quote nordin84 6-2-2021 05:43 PM
awat muke amylea ngan neeta da mcm adik beradik
Quote MakcikLaksa 6-2-2021 07:10 PM
Memang ko rendah kan dik tu org pandang rendah hikhik lagu2 dia ni mmg kuat btl vibe melly goeslow. Tmbah2 lagu baby pian dgn amira othman tu ape ke tajuknya. Acik suka lagu tu
Quote imanda 6-2-2021 07:14 PM
wpon beriya sheol nyanyi dlm vc nih, i mcm meh kan aje lagunya sb tganggu n rengsa dgn subang idung beliau. deepavali lambat lagi.
Quote mishungu 6-2-2021 07:14 PM
Lagu2 amylea dgn ex tunang mmg best2.. Lps putus kata x nak collab rasa mcm syg nye.. Tp tgk kendati ni dia buat sendiri pon best..
Quote Belibis 6-2-2021 08:15 PM
minah_selekeh: Lagu2 Amylea ni sedap2 jugak.. By the way, apa maksud "kendati" tu?

Rasanya kendati = meskipun.ingat2 lupa zaman sastera 90an.
Quote addamnor 6-2-2021 09:52 PM
Edited by addamnor at 6-2-2021 09:54 PM

Opening monologue itu very unnecessary iya.. sangat turn off gila..

And subang kat hidung tu sangat lah visual disturbing.. entah sangat tak kena dgn rupa & pakaian beliau. Kalau indian pakai nampak okay la pula. So baik kamu tak payah pakai lah amelya. Huduh.

Btw, lagu ini jauh lebih sedap dari lagu leman tujuh hari mencintaimu tokti itu dan lagu peluang kedua si nabila razali itu. Jauh lebih sedap.
Quote sleepandream 6-2-2021 11:54 PM
sheols ni kan yang bertunang 10 tahun ke berapa ntah...
Quote YomiuriLandMae 6-2-2021 11:58 PM
hope lepas la ke AJL ye.. ke dah merajuk ala2 tokti?
Quote Jiddin 7-2-2021 09:25 AM
addamnor replied at 6-2-2021 09:52 PM
Opening monologue itu very unnecessary iya.. sangat turn off gila..

And subang kat hidung tu sang ...

Open monologue mmg meols dgr mula2 pun cringe. Why? So unnecessary... Tapi pas meols tgk drama Takdir Yg Tertulis yg mana lagu ni merupakan OST, meols dah tak cringe dah malah lebih feeling dgr....

Meols start follow drama tu sebab baca komen2 kat video YouTube.....baru fhm why the monologue is there
Quote aleesyasofia 7-2-2021 10:34 AM
minah_selekeh replied at 6-2-2021 03:52 PM
Lagu2 Amylea ni sedap2 jugak.. By the way, apa maksud "kendati" tu?

menurut kamus dewan kendati/ kendatipun bermaksud walaupun, meskipun, biarpun
Quote Orix 7-2-2021 10:49 AM
Lagu pian duet amira othman tu dia jgak yg buat kan ? Sedap. Tp x femes
Quote minah_selekeh 7-2-2021 12:13 PM
aleesyasofia replied at 7-2-2021 10:34 AM
menurut kamus dewan kendati/ kendatipun bermaksud walaupun, meskipun, biarpun

I see.. Thanks. Tak penah dengar pun before this.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.054541 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top