CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Malunya, Tak Pasal-pasal Masuk TV Sebab Tak 'Declare' Makanan Di Airport Australia

7-2-2021 12:41 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 18398| Komen: 153|Original author: Oleh: Cari-Azza




“I’m ignorant", mampus! Laki salahkan bini bawak makanan banyak, apo?"

Memalukan. Kecoh di media sosial apabila program "Airport Security" di kaca televisyen menayangkan pasangan dari Malaysia ditahan di lapangan terbang Australia gara-gara membawa makanan, tetapi tidak mengisytiharkan bagasinya.

Dalam sesi jawab bersama petugas lapangan terbang, pasangan tersebut dilihat seperti keliru dan memberi jawapan yang tidak menyakinkan. Lebih teruk apabila lelaki tersebut seolah-olah menyalahkan isterinya yang membawa banyak makanan sehingga mereka ditahan.




Foto : Twitter

Beg mereka diteliti dan hos rancangan tersebut menyatakan terlalu banyak makanan yang dibawa hingga memenuhi beg. Malah, tiada ruang untuk pakaian sekalipun.

Lebih menyedihkan apabila petugas tersebut berulang kali bertanya mengapa mereka tidak mengisytiharkan makanan, tetapi dijawab selamba "Im ignorance".

"I asked you, did you read and understand all the question on the card. And you said yes, you did. You are a banker?"

"Yeah"

"And you telling me you're ignorant? And your wife is secretary, as she ignorant as well?"

"I think so."

Tidak dapat dipastikan tarikh kejadian tersebut, namun ianya membuatkan netizen berasa marah kerana memalukan rakyat Malaysia.


Foto : Twitter


Foto :Twitter

Dengan komen-komen tersebut, seharusnya mereka yang ingin ke luar negara perlu mengetahui peraturan di sana ya. Bak kata segelintir netizen, "tak pasal-pasal masuk tv." - CARI
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • DayangKirana

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LoveSungmin 7-2-2021 12:46 PM
I suka tengok Border Security and tak dinafikan some Malaysian memang memalukan.. Ramai yang kantoi datang Australia nak keja dengan visa pelawat..
Quote farhani87 7-2-2021 12:49 PM
Nak gelak. Tp rasa x baik pulak. Adeh.. Hehe
Quote FOTHER-MUCKER 7-2-2021 12:57 PM
Tiap tiap hari program ni ada di tv.

kebiasaanya mereka yang banyak membawa makana basah ataupun kering ni pelancong dari China.
Tetapi tiada kurangnya juga mereka yang datang dari Middle East, India, pakistan, Indonesia.

Quote che-cikL 7-2-2021 01:01 PM
Bukannya susah nak beli makanan Malaysia kat Australia, apa yg nak bawa bekal begitu sekali?
Quote Purplehag 7-2-2021 01:03 PM
Bukan namanya irg Asia kalau tak bawa makanan kalau naik flight merantau/balik kampung/atau yang sewaktu drngannya, kalau tak pun, bawa maggi.
Quote xy_daen 7-2-2021 01:06 PM
Kejadahnya... Australia tu byk sgt kedai Melayu jual makanan...
Quote caprut 7-2-2021 01:06 PM
LoveSungmin replied at 7-2-2021 12:46 PM
I suka tengok Border Security and tak dinafikan some Malaysian memang memalukan.. Ramai yang kantoi  ...

Mmg bersepah org malaysia ni ignorant. Paling senang yg dtg premis kesihatan. Tak kisah la pacik tua ke, org muda ke. Semua tk tahu. Appoinment sendiri pon tk thu. Pastu da nazak salahkan staff kesihatan
Quote little_sis 7-2-2021 01:07 PM
aku penah sekali pegi, cuma bawak biskut2 je.. so aku cuma ckp bwk biskut.. dia x check pun.. then sekali lg, ada bawak byk makanan kering jugak, tapi cuma kena letak beg dan beratur ramai2, then ada anjing berkeliling kitorg.. dah lepas tu, settle.. maybe lelain airport kot eh..
Quote caprut 7-2-2021 01:08 PM
Purplehag replied at 7-2-2021 01:03 PM
Bukan namanya irg Asia kalau tak bawa makanan kalau naik flight merantau/balik kampung/atau yang sew ...

So, bole bawak ke tk sbenarnya. Kalau dekat malaysia ni org kaunter ckp cmtu. Mesti da kena balas balik, aku bole bayar la gaji ko. Atau pun kalau viral, netizen pon ckp tkde simpati dgn empati ke dkt pacik tua
Quote adelea 7-2-2021 01:09 PM
ni zaman bila punyaaa ?
Quote tikusmontok 7-2-2021 01:10 PM
Itu sebabnya kalo nak ke mana2 luar negara buat research sikit..jgn main hantam jer..masuk aust punya ketat esp jgn sesekali bwk masuk meat atau diary product..even kasut ada kesan tnh pun gigih dorang kikis.
Quote KucingBiru 7-2-2021 01:10 PM
Edited by KucingBiru at 7-2-2021 03:04 PM

Hahahaa kalau tgk siri ni, geng geng Cina tak kira la dari Tanah China ke dari Malaysia ke... banyak kena tahan sbb bawak makanan tak declare. Ada cina ni bawak siap daging babi dalam luggage.. bila airport AU cakap 'do you know we sell pork here too?" Cina ni kata... here very expensive.

Hahahaa

Kelakor. Aku pi AU 2 kali penah bawak makanan.. declare je la. Bila dia buka yang mana tak lepas diornag rampas. Bukan susah pun.
Quote asamfish 7-2-2021 01:13 PM
Dulu Diva AA pernah dgn bangganya cakap dia dpt seludup some food into OZ.....
Quote fezy 7-2-2021 01:22 PM
nak jimat pun agak2 la.  org nak bercuti ko bawak vico bagai tu kenapa
Quote exclusive_vvip 7-2-2021 01:27 PM
ni episod lama ke baru?..dah berkurun x tgk Border Security ni..kesian pulak tgk..lakibini ni xtau kot kena declare..i gi australia malas nak declare2 ni, so satu hapa pun x bawak..kalu gi europe je i bawak sikit2 mcm minuman 3 in 1 n makanan RTE sepeket dua..sbb i prefer mkn kat restoran terus..lagipun x kisah kalu x mkn nasik pun..tapi i tak judge pun lah pada org yg jenis bwk byk makanan..mungkin ada yg anak ramai...memasing punya preference la...sbb mcm i tak kisah psl makan, tapi i kisah bab baju n tudung..sejenis gi travel pun tetap nak bersiap sikit..so tudung n baju kene match, and xnak ulang2 pakai yg sama..so tudung saja pun i bawak 7-8 pasang gak kalu gi travel..iron mmg usung sedia la . dulu2 ada gak i heran tgk org bwk makanan byk2, tapi skrg i x amik pot..asalkan jgn smpi bawak lesung batu sudah..mcm xleh hidup nau klu xde lesung batu
Quote uda 7-2-2021 01:28 PM
che-cikL replied at 7-2-2021 01:01 PM
Bukannya susah nak beli makanan Malaysia kat Australia, apa yg nak bawa bekal begitu sekali?

Mungkin mereka bawakan untuk anak dia yang belajar disana
Quote gekkou 7-2-2021 01:33 PM
buah mangga kah di atas meja itu?
sedapnyyya mangga

famous pakcik n makcik ni masuk tv
slumber ckp wife ignorance
kalau aku cerai dah
Quote lwyl 7-2-2021 01:35 PM
tikusmontok replied at 7-2-2021 01:10 PM
Itu sebabnya kalo nak ke mana2 luar negara buat research sikit..jgn main hantam jer..masuk aust puny ...

Adik bawa kasut main golf. Mereka ambil dan bersihkan. Siap berbau wangi.

Jangan main-main dengan mereka. Kuih bulan pun tak boleh bawa masuk.
Quote sally03tomato 7-2-2021 01:36 PM
Edited by sally03tomato at 7-2-2021 01:40 PM

Ala declare je food semua.. nanti ade anjing sniff2 bag.. anjing tu tak jilat pun.. xde masalah.. kalu nasib baik sikit, ko declare pun, dorg suruh jalan je... Kalau declare tp still dorg x benarkan vawa masuk, dorg just suruh buang.. tak kene denda

Tp buat ape bawak.. australia murah la food dia.. halal pulak tu... tp klau nak msak, aku rasa murah je barang2 dia..

Lihat semua komen(153)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.193723 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top