|
Benarlah orang kata, kalau sudah jodoh pasti tidak akan ke mana. Itulah yang dapat digambarkan tentang pasangan pengantin baharu dikenali sebagai Pija dan Azwa yang bertemu jodoh ketika berada di sebuah pusat kuarantin Covid-19.
Perkara tersebut dikongsi oleh seorang jurugambar yang menceritakan pengalamannya merakam detik bahagia pasangan yang juga petugas barisan hadapan itu. Menurut jurugambar yang dikenali sebagai Taufiq Noor, Pija dan Azwa bertemu dan berkenalan di salah sebuah pusat kuarantin Covid-19 sekitar awal tahun lalu. Mereka berdua meminta sesi fotografi gambar perkahwinan dirakam dengan memakai sut pelindungan diri (PPE) untuk dijadikan sebagai kenangan. “Aku tabik dengan semangat mereka yang memakai baju PPE bermula pukul 12 sehingga 1.30 ttengah hari ketika panas terik. Katanya, sudah biasa bermandi peluh,” tulis Taufiq.
Loading FB Post... Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai sehingga dikongsi seramai 232 pengguna Facebook. Sumber: Kosmo |


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.037466 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.