CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Sedia Dengan Islamofobia, Gigi Hadid Nak Besarkan Anak Dalam Kepelbagaian Agama

7-2-2021 11:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7258| Komen: 18

Seperti diketahui, Gigi Hadid, seorang model terkenal kini menjadi ibu kepada bayi perempuan yang diberi nama Khai, hasil perkongsian bersama teman lelakinya juga merupakan bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik.



Kredit foto: Harper's Bazaar

Dipetik dari laman Vogue, Gigi memberikan pendapatnya mengenai agama yang akan diterapkan pada anak perempuannya. Hal ini kerana Gigi dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai dua agama berbeza.

Menurut Vogue, Gigi menyatakan bahawa beliau mahu membesarkan Khai dikelilingi pelbagai jenis budaya, agama, dan kerohanian.

“SAYA RASA SEPERTI SAYA DIBENARKAN UNTUK BELAJAR TENTANG SETIAP AGAMA SEWAKTU SAYA MASIH KECIL. SAYA RASA ADA BAIKNYA MENGAMBIL PELBAGAI AGAMA YANG ANDA HUBUNGKAN DAN SAYA RASA ITULAH CARA BAGAIMANA KAMI AKAN MELAKUKANNYA.

“SAYA RASA MEMBERI PELUANG KEPADA ANAK ANDA UNTUK MENEROKA MINAT YANG BERBEZA ADALAH SUATU PERKARA INDAH.”- KATA GIGI KEPADA VOGUE.

Gigi juga ingin memastikan Khai bersedia menghadapi Islamofobia yang mana merupakan perkara yang harus dihadapi model itu dan adiknya, Anwar Hadid sewaktu zaman kanak-kanak mereka.

“ADIK SAYA, SEWAKTU BELIAU MASIH SEKOLAH RENDAH, SESEORANG TELAH DATANG KEPADANYA DAN MENGATAKAN, ‘AYAH KAMU SEORANG PENGGANAS’, KERANA IA TERJADI SELEPAS SERANGAN 9/11," KATANYA.

Gigi menyatakan bahawa beliau dan Zayn sama-sama mahukan anak perempuan mereka memahami sepenuhnya mengenai latar belakang mereka.


Kredit foto: IG Gigi

“SEKIRANYA SESEORANG MENGATAKAN SESUATU PADANYA DI SEKoLAH, KAMI INGIN DIA MEMAHAMI MENGAPA KANAK-KANAK LAIN MAHU MELAKUKAN BEGITU DAN DARIPADA MANA ASAL MEREKA.”- GIGI HADID.

Model berusia 25 tahun ini dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai dua agama. Ayahnya, Mohamed Hadid beragama Islam dan ibunya, Yolanda Hadid beragama Kristian. Hal ini menjadikan beliau tidak asing lagi untuk berada dalam pelbagai budaya sekaligus.


Sumber: Murai

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 7-2-2021 11:08 PM
meols sikit lagi nak namakan anak meols nama beliau. Jelena Noura
Quote Itzy 8-2-2021 12:02 AM
Oh anak zina hasil kacukan islam kristian. Sedih dan kasihan dgn nasib anak2 ni. Jadilah mereka anak tak tahu status agama cam umah indon yg kahwin campur zina. Bila dah besar pun jadi tunggang langgang. Sampai ke mati paknya berzina.
Quote djzara81 8-2-2021 07:03 AM
Nak ajar kepelbagaian agama? So bila org tny ko agama apa nk jawab apa? Papepon pintu taubat sentiasa terbuka selagi blum kiamat. Aku doakan umat2 mcm Zayn n Gigi ni kembali ke ajaran islam  yg sebenar.
Quote Rob07 8-2-2021 09:18 AM
Donia akhir zaman ........

Quote nanies 8-2-2021 10:59 AM
sah ke perkahwinan dorg kalo sorg islam sorg bukan?
Quote Gianna111 8-2-2021 01:24 PM
nanies replied at 8-2-2021 10:59 AM
sah ke perkahwinan dorg kalo sorg islam sorg bukan?

mereka ni tak kahwin pun
Quote shiraloveyou 8-2-2021 04:48 PM
Adiknya si bella kan haritu ade kata proud to be a muslim...so maknanya gigi tu pun muslim la kan..iols hrp dorang ni masih muslim cuma xnak menagku sbb issue islamphobia je
Quote LadyCarefree 8-2-2021 07:15 PM
Itzy: Oh anak zina hasil kacukan islam kristian. Sedih dan kasihan dgn nasib anak2 ni. Jadilah mereka anak tak tahu status agama cam umah indon yg kahwin ca ...


Dedua Islam tp non practising kot.
Quote farhani87 9-2-2021 08:56 AM
baru tahu. gigi hadid ni mix rupanya.. tapi tgk bapanya tak muka org palestin pun.
Quote qiqi 10-2-2021 01:10 AM
Dekat Malaysia yg lahir Islam, membesar dgn Islam..tapi buang anak dlm tong sampah, blom masuk case bunuh anak sendiri lagi..yg tak practice Islam jugak kita sibuk nk mencabuk
Quote alesandra 10-2-2021 11:43 AM
sudah2 la memandai mengislamkan org yg tak mengaku islam.pathetic je
Quote gideoncross 2-4-2021 01:02 AM
Itzy replied at 8-2-2021 12:02 AM
Oh anak zina hasil kacukan islam kristian. Sedih dan kasihan dgn nasib anak2 ni. Jadilah mereka anak ...

Sbb tu iol x suka tngok cra camni, tkut tngok, nmpk sngt mmainkn ugama. Bella tu smpat pgng bottle beer pun msa kt pntai.
Quote gideoncross 2-4-2021 01:03 AM
shiraloveyou replied at 8-2-2021 04:48 PM
Adiknya si bella kan haritu ade kata proud to be a muslim...so maknanya gigi tu pun muslim la kan..i ...

Muslim on IC je kekdahnya, cra hidup ttap kebaratan.
Quote gideoncross 2-4-2021 01:04 AM
djzara81 replied at 8-2-2021 07:03 AM
Nak ajar kepelbagaian agama? So bila org tny ko agama apa nk jawab apa? Papepon pintu taubat sentias ...

ZM ni bgi iol mcm dh joined Illuminati, sbb dia dh kluar dri ugama Islam (siap mngaku lgi) pstu dgn tatu yg mcm2. Yikes.
Quote tipah89 7-4-2021 12:21 PM
gideoncross replied at 2-4-2021 01:03 AM
Muslim on IC je kekdahnya, cra hidup ttap kebaratan.

kat tempat kita ni pun bersepah2 org ic je islam, tapi cara idup kalah kapir

Quote gideoncross 15-4-2021 10:11 PM
tipah89 replied at 7-4-2021 12:21 PM
kat tempat kita ni pun bersepah2 org ic je islam, tapi cara idup kalah kapir

Yg ni btul sisthur, iol pun stuju. Siap brtindik kat hidung lgi yg pompuan nya.
Quote RoseMerahJambu 16-4-2021 10:58 AM
gigi dengan zayn tak kawen pun kan
Quote fiezhamzah2585 22-5-2021 09:47 PM
Itzy replied at 8-2-2021 12:02 AM
Oh anak zina hasil kacukan islam kristian. Sedih dan kasihan dgn nasib anak2 ni. Jadilah mereka anak ...

Kristian di Sana masih akui Allah tuhan mereka ...mereka di sebelah Asia barat arab sana juga masih pegang kitab Injil dan Taurat...mereka lah ahli kitab.  ..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.079449 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top