CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dompet hilang 53 tahun lalu ditemui semula

8-2-2021 01:25 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3798| Komen: 20




WASHINGTON: Seorang ahli meteorologi yang pernah berkhidmat dalam Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), menerima 'kejutan manis' apabila memperoleh semula dompetnya yang hilang 53 tahun lalu di Antartika.

Akhbar The San Diego Union-Tribune melaporkan, Paul Grisham, 91, sudah tidak mengingati perihal dompet itu ketika dihubungi pihak mahu mengeposkannya kepada beliau selepas ia dijumpai.

Dompet berkenaan ditemui ketika pelaksanaan kerja merobohkan pangkalan saintifik di Pulau Ross pada 2014 di mana Grisham bertugas di sana sebagai peramal cuaca dari Oktober 1967 hingga November 1968.

Dompet dijumpai tersorok di belakang sebuah loker itu antara lain mengandungi kad perakuan Tentera Laut milik Grisham, lesen memandu beliau, kad rujukan tindakan perlu diambil jika berlaku serangan senjata kimia atau biologi, serta kad catuan untuk bir.


Grisham berkata, beliau begitu terharu kerana pemulangan dompet itu membabitkan kerjasama ramai orang yang berusaha menjejakinya.

Terdahulu, ketua sebuah kumpulan penyelidikan di Antartika menghubungi seorang bekas pekerja yang pernah berjaya mengembalikan seutas gelang perakuan Tentera Laut - ditemui dijual di sebuah kedai - kepada pemiliknya.

Bersama-sama anak perempuan beliau, mereka merujuk sebuah yayasan untuk golongan veteran yang kemudian menghubungi Persatuan Perkhidmatan Cuaca Tentera Laut yang pernah disertai Grisham.

Akhirnya, dompet dalam keadaan masih elok itu selamat tiba di kediaman Grisham di San Carlos, utara California, baru-baru ini.  


Sumber – AFP/BeritaHarian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ClassicMeow 7-2-2021 12:20 PM
Mesti terimbau kenangan lama pakcik ni bila tengok balik wallet tu
Quote mbhcsf 7-2-2021 12:50 PM
wow - it takes  decades for the owner to have  his wallet back  , safely in his posession.
lama benar ...53 tahun ...
Quote tikusmontok 7-2-2021 01:15 PM
ClassicMeow replied at 7-2-2021 12:20 PM
Mesti terimbau kenangan lama pakcik ni bila tengok balik wallet tu

Takut ada gbr awek lama jer
Quote ClassicMeow 7-2-2021 01:27 PM
tikusmontok replied at 7-2-2021 01:15 PM
Takut ada gbr awek lama jer

Haha.. dah berperang pulak dengan bini
Quote Supersirap 7-2-2021 09:43 PM
Jarang-jarang berlaku ni
Quote supernaturalee 7-2-2021 10:19 PM
Wallet iols dh setahun lbh xde kabar berita



Quote tripleid 7-2-2021 10:31 PM


Quote CARI-HBZ 8-2-2021 01:25 AM







WASHINGTON: Seorang ahli meteorologi yang pernah berkhidmat dalam Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), menerima 'kejutan manis' apabila memperoleh semula dompetnya yang hilang 53 tahun lalu di Antartika.


Akhbar The San Diego Union-Tribune melaporkan, Paul Grisham, 91, sudah tidak mengingati perihal dompet itu ketika dihubungi pihak mahu mengeposkannya kepada beliau selepas ia dijumpai.


Dompet berkenaan ditemui ketika pelaksanaan kerja merobohkan pangkalan saintifik di Pulau Ross pada 2014 di mana Grisham bertugas di sana sebagai peramal cuaca dari Oktober 1967 hingga November 1968.


Dompet dijumpai tersorok di belakang sebuah loker itu antara lain mengandungi kad perakuan Tentera Laut milik Grisham, lesen memandu beliau, kad rujukan tindakan perlu diambil jika berlaku serangan senjata kimia atau biologi, serta kad catuan untuk bir.


Grisham berkata, beliau begitu terharu kerana pemulangan dompet itu membabitkan kerjasama ramai orang yang berusaha menjejakinya.


Terdahulu, ketua sebuah kumpulan penyelidikan di Antartika menghubungi seorang bekas pekerja yang pernah berjaya mengembalikan seutas gelang perakuan Tentera Laut - ditemui dijual di sebuah kedai - kepada pemiliknya.


Bersama-sama anak perempuan beliau, mereka merujuk sebuah yayasan untuk golongan veteran yang kemudian menghubungi Persatuan Perkhidmatan Cuaca Tentera Laut yang pernah disertai Grisham.


Akhirnya, dompet dalam keadaan masih elok itu selamat tiba di kediaman Grisham di San Carlos, utara California, baru-baru ini.  




Sumber – AFP/BeritaHarian
Quote Perawankota 8-2-2021 04:51 AM
Panjang umur pakcik ni
Quote chinta89 8-2-2021 07:17 AM
Kalau kat Malaysia kirim salam je lahhh
Quote LadyCarefree 8-2-2021 07:26 AM
Wow. Panjang umur pakcik tu.
Quote duri_durians 8-2-2021 07:40 AM
dah rezeki tak kemana.
mesti manis je kenangan tiba2 menjelma.
dia pun dah lupa
Quote sfrnna 8-2-2021 08:59 AM
takda gambar dompetnya ke
Quote anakjiran 8-2-2021 09:02 AM
LadyCarefree replied at 8-2-2021 07:26 AM
Wow. Panjang umur pakcik tu.


mat saleh ramai umur panjang sebaya atok. dorang tak makan nasi..manis2. tu sihat jarang kena penyakit 3 serangkai


Quote biskutraya 8-2-2021 09:51 AM
Bestnya tempat kerja dia.. jadi peramal cuaca kt situ..
Quote nanies 8-2-2021 10:52 AM
kalo ada duit dlm tu, dah tak laku da duit tu
Quote pooh~key 8-2-2021 11:23 AM
anakjiran: mat saleh ramai umur panjang sebaya atok. dorang tak makan nasi..manis2. tu sihat jarang kena penyakit 3 serangkai


Mat saleh sekarang pun banyak mampos muda sis. Penyakit macam2 pasal suka makan processed food sissss...
Quote Artemesiaa 8-2-2021 12:25 PM
Wah siapa sangka sejak sekian lama dapat jumpa semula nasib umurnya pun masih panjang
Quote LadyCarefree 8-2-2021 03:53 PM
anakjiran replied at 8-2-2021 08:02 AM
mat saleh ramai umur panjang sebaya atok. dorang tak makan nasi..manis2. tu sihat jarang kena pe ...

Diorang tak makan carb 50% daging 50% tapi more like suku suku separuh kan

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.051177 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top