CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Awie Kekok Pegang Bayi Kecil, Belum Sedia Dedah Muka Anak

8-2-2021 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3960| Komen: 17

Datuk Awie belum bersedia mendedahkan gambar anak keenamnya kepada khalayak ramai Awie, 53, yang dikurniakan cahaya mata lelaki berkata, tiada kepentingan untuknya berkongsi gambar anaknya yang belum berusia sebulan lagi.


"Lagipun perubahan muka bayi berlaku setiap hari. Untuk itu rasanya saya tak perlu buat begini. Saya pun bukan ada niat untuk hebahkan atau apa-apa.

"Rasanya biar dululah, bukannya orang nak ambil kisah pun. Selepas ini, satu hari nanti orang akan tengok juga. Saya tiada niat nak sorok. Insya-Allah," katanya kepada RAP.

Foto: IG

Bayi lelaki hasil perkahwinan ketiganya dengan Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 34, pada Oktober 2016 ini dilahirkan pada 18 Januari lalu di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.


Awie mengakui awalnya agak kekok untuk mengendalikan bayinya ini.



"Pengalaman itu biasalah. Saya sudah 12 tahun tiada anak kecil. Jadi peringkat awal perasaan kekok memang ada.

"Tapi alhamdulillah masalah penjagaan semuanya terjamin. Anak-anak saya yang ada pun berpengalaman menjaga bayi. Dua anak perempuan saya pun boleh jaga bayi. Syukur alhamdulillah," katanya.




Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Arni Nazira, Awie dikurniakan dua anak perempuan iaitu Puteri Aleeya Antasha, 20, dan Puteri Aleefa Antasha, 18.

Bersama Rozana Misbun pula, dia dianugerahkan tiga cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, 13, Putra Ahmad Rezzki, 12, dan Puteri Qasseh Antasha, 10. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bedahmenjuyah 8-2-2021 09:26 AM
Anak bongsu umo 10 tahun knp dia ckp 12 tahun takde baby. Lupa umur anak ke
Quote makneng 8-2-2021 09:29 AM
Tahniah awiehhhhh
Quote doubleA 8-2-2021 10:06 AM
Baby boy ke girl sawie?
Quote Rob07 8-2-2021 11:31 AM
bedahmenjuyah: Anak bongsu umo 10 tahun knp dia ckp 12 tahun takde baby. Lupa umur anak ke

Hahahahaaha mungkin sebab dia terlupa,  ter excited dpt  baby boy baru
Quote kiyudi 8-2-2021 11:37 AM
wife rozanaa adik haliza misbun dh cerai ke masih ada?
Quote jajamis 8-2-2021 11:37 AM
Aku tgk muka bini awie sepesen dgn yg ex
Quote dudaberhias 8-2-2021 12:26 PM
anak dia herlok juga la... bakal glow up herlok la kot...
kalau alter sikit2 plastic surgery tang hidung tu confirm meletop2 jadi retis...
Quote umbut 8-2-2021 01:07 PM
Org lelaki ni dah tua pun hebat... still boleh memberanakkan cam tok jamal.. pompuan je yg kena kejar masa sebelum 40 pluss
Quote Zazama 8-2-2021 02:08 PM
Terkedu kejap. Awie dah kawin semula?
Quote kakakpositifker 8-2-2021 03:12 PM
Alhamdulillah
Quote missbigrockstar 8-2-2021 05:20 PM
Zazama replied at 8-2-2021 02:08 PM
Terkedu kejap. Awie dah kawin semula?


Ha aku ingat aku sorang je ketinggalan berita ingatkan masih dgn rozana misbun. Bermadu ke bercerai? Mcm takda terbaca berita wedding dgn yg ke 3 ni.
Quote stinger.baik 8-2-2021 06:41 PM
dah tua2 tu bawak2 la semenggah sikit awie

haaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Zazama 8-2-2021 09:11 PM
missbigrockstar replied at 8-2-2021 05:20 PM
Ha aku ingat aku sorang je ketinggalan berita  ingatkan masih dgn rozana misbun. Bermad ...

Kita geng! Ketinggalan bas! Ha2x!
Quote iza_yuss 8-2-2021 11:23 PM
missbigrockstar replied at 8-2-2021 05:20 PM
Ha aku ingat aku sorang je ketinggalan berita  ingatkan masih dgn rozana misbun. Bermad ...

kalo x silap ada kontroversi jugek penceraian tu....

yg nikah baru ni, bila masa pulak....
Quote rayray28 9-2-2021 03:28 PM
kiyudi replied at 8-2-2021 11:37 AM
wife rozanaa adik haliza misbun dh cerai ke masih ada?

dah cerai dh..tp yg 2 lagi x dok dgn dia kot ye..sbb nampak 3 ni je serumah
Quote kiyudi 9-2-2021 04:03 PM
rayray28 replied at 9-2-2021 03:28 PM
dah cerai dh..tp yg 2 lagi x dok dgn dia kot ye..sbb nampak 3 ni je serumah

dulu pn dia caras arni kan??

mendapat kah?


Quote farhani87 9-2-2021 08:40 PM
Wah tahniah awie. Dpt anak lagi.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.032791 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top