CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Pernah Bercinta, Putus Tak Bermusuh," -Fida, Mamat Sepah Berbalas Mesej

8-2-2021 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14936| Komen: 103

Pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali Fida, 35, berkongsi bingkisan perbualannya di WhatsApp bersama kenalan lama yang juga pelawak, Mamat Sepah.

Menurut Fida, perkongsian dibuatnya di Instagram itu menunjukkan bahawa dia dan Mamat profesional serta menghormati di antara satu sama lain sebagai kenalan lama yang pernah rapat dahulu.

Foto: IG

"Saya dan Mamat, kami tidak pernah bermusuh pun selama ini. Cuma, kami selesa membawa haluan masing-masing kerana menghormati perasaan pasangan dan pandangan masyarakat.

"Cuma, baru-baru ini mungkin kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami ada berhubung di WhatsApp bagi bertanya khabar. Selain, Mamat juga mendoakan hari bahagia saya nanti.


"Pada majlis pernikahan Mamat dan isteri, Nordiana tahun lalu, saya tak dapat hadir kerana ada urusan perniagaan. Tapi, sebagai rakan artis dan saling kenal, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka kekal hingga ke jannah," katanya kepada Harian Metro.

Kredit foto: via Harian Metro

Menurut Fida lagi, tiada salah juga untuk mereka bertanya khabar sesama rakan artis. Malah, ujarnya semoga silaturahim kita sentiasa terjaga dan dipelihara oleh Allah SWT.

Terdahulu, pada awal Januari lalu, Fida turut berkongsi khabar gembira yang dia bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya tidak lama lagi.

Menurut Fida,  dia dan bakal pasangannya yang juga seorang ahli perniagaan merancang mengadakan majlis pernikahan mereka sebelum Ramadan tahun ini.



Ujarnya lagi, mereka adalah kenalan lama dan sudah saling mengenali lebih 10 tahun lalu. Malah, Fida menyifatkan calon suaminya seorang lelaki yang baik, sangat memahami dan banyak membantunya.

Ketika aktif berlakon dahulu, Fida pernah membintangi drama antaranya Cinta Tikar Sejadah, Epilog Syurga Cinta, Kasih Alia, Runtun Qalbu dan Setulus Janji, termasuk filem seperti Kongsi, Man Sewel Datang KL dan Adik Manja Returns.

Selain itu, Fida yang juga pengasas perniagaan serum kecantikan, R Secrets Sdn Bhd pada 2014 pernah popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang 2012. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jiddin 8-2-2021 09:32 AM
Fida, awat cheq selalu buat benda2 mengundang?
Quote Labulababibu 8-2-2021 09:41 AM
Kalau aku jadi bini mamat, aku baling periuk belanga dah.. Dah la laki aku yg mulakan.. Pastu mesej mcm gatal pulak tu.. Sorry la fida.. This is not proper.. Boleh buat laki bini bergaduh kot..
Quote BiniBoy 8-2-2021 09:48 AM
Ok  jek nk contact ex ko as kawan n tanya khabar. But perlu ke share conversation ko ngn ex ko to public? Unless reporter tanya hubungan ko ngn ex ko ok ke? Ckp jeklah ok n ada contact thru whatsapp. Cukup.
Quote doubleA 8-2-2021 10:09 AM
Bukan semua kegembiraan patut dikongsi di soc med
Quote rosasen 8-2-2021 10:10 AM
sorilah...tak perlu pn post details perbualan mcm ni... cukuplah kita je yg tau..
Quote epuepy 8-2-2021 10:14 AM
la. igt dh masuk gua x nak kaeluar lagi dh. or pn igt2 lupa kes ko ngn mamat dulu.

awat beriya nk upload conversation korg?
Quote mrsbale 8-2-2021 10:17 AM
Mcm x berapa cerdik ja. Penting ke nak kena tunjuk n bgtau public. Haiya
Quote Belibis 8-2-2021 10:29 AM
Nak berlakon balik le tewww..
Quote mummydarling 8-2-2021 10:31 AM
ape kejadahnyeeee perempuan ni
Quote mieymiey 8-2-2021 10:32 AM
Lapar perhatian.
Quote LostStar 8-2-2021 10:32 AM
omg dasarrrr tak boleh buat kawan ni.. mamat2.. dia ni x blh buat kawan.. kalau kawan x buat mcm ni..
Quote pavlovachoc 8-2-2021 10:34 AM
Benda mcm ni pun nk share .. sendu yg amat
Quote slyfynx 8-2-2021 10:37 AM
One word... bingai
Quote pinkzara 8-2-2021 10:39 AM
Tak cerdik rupanya.
Quote nanies 8-2-2021 10:40 AM
sian fida. dah lama tak di sebut2. saje la cari bahan supaya masuk forum. hahahahha
Quote AshkieLa 8-2-2021 10:48 AM
bangangnyer...
-ko pompuan..
-orang tu dah berbini...
- ko lak belum berlaki...
-conversation pulak laki org tu start dulu...
- ko pulak ex nya... bukan rakan biasa2...

so atas faktor2 ni... ko rasa perlu ke ko share kat public screen shot tu?
kalo ko duduk kat tempat wife ex ko tu.. ape rasa?
otak dia ni drpd dulu selalu tertinggal kat jamban...
selayaknya laa skandal2 pun muka level2 kelas belakang jer...
Quote SayaSayangMama 8-2-2021 10:55 AM
Turn off bila dia bukak tudung dulu. Euwww.
Quote Carcosa 8-2-2021 10:59 AM
Kau ni bebal ehh?? Ke kau nak game kan balik si Mamat tu?? Sbb dulu expose kan gambar kau dlm kereta tu kan? Yall lah, kalau aku, mesti aku pelangkung kepala si Mamat tu, dok start whatsapp dgn ko.
Kalau no other intention, kau, Memang, bebal. End.
Quote red_velvet 8-2-2021 11:09 AM
AshkieLa replied at 8-2-2021 10:48 AM
bangangnyer...
-ko pompuan..
-orang tu dah berbini...

Aku nakcakap canni gak. Thanks tolong luahkan utk aku

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.048649 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top