CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Kalau saya tahu jadi begini, saya akan lantik orang lain tentunya". Tun M menyesal lantik Tommy Thomas

8-2-2021 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7054| Komen: 58



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kekesalannya melantik Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, individu yang telah mengkritik beliau dalam memoirnya.
Seandainya diberi peluang untuk mengundurkan waktu, Dr Mahathir berkata, beliau tentu sekali tidak akan memilih Tommy, sebaliknya, melantik individu lain untuk mengisi jawatan berkenaan.

“Kalau saya tahu jadi begini, saya akan lantik orang lain tentunya. Tetapi pada masa itu, saya fikir ia akan memberi pengalaman baharu untuk ada Peguam Negara yang profesional,” kata negarawan itu dalam wawancara dengan portal Free Malaysia Today.
Dr Mahathir turut mendakwa kritikan yang dibuat Thomas itu ada kaitan dengan krisis kehakiman pada 1987 yang menyaksikan Tun Salleh Abas dipecat sebagai Ketua Hakim Negara.
Untuk rekod, krisis kehakiman itu berlaku ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri kali pertama.
“Saya tidak sedar Thomas masih ada kesan sejarah lepas yang nampaknya masih mempengaruhinya,” ujar Dr Mahathir.
Bekas Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau tahu Thomas “menentangnya” ketika menjadi Perdana Menteri buat kali pertama.
Dalam wawancara itu, Dr Mahathir juga memberitahu, beliau sudah menjangkakan orang Melayu akan marah, tetapi tetap meneruskan pelantikan itu.
“Saya fikir TT (Tommy Thomas) bagus, seorang Peguam Negara yang profesional dan akan bertugas mengikut undang-undang dan bukannya kerana beliau buat perkara yang disuruh,” ujar Dr Mahathir lagi.
Dr Mahathir mengulas mengenai tulisan dalam memoir Thomas yang bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” yang mana antara kandungan buku tersebut, bekas Peguam Negara itu memberitahu Dr Mahathir mahu beliau meletak jawatan pada hari sama beliau dilantik kerana bimbang dengan kemarahan orang Melayu.


Sumber : Astro Awani

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dizekni 6-2-2021 07:27 PM
Kejian je yang orang tua ni terima lately

tu la kalo niat tak betul

aku rasa, dendam kesumat pada Najib la penyebab utama dia pilih kapir jadi AG
Quote MontanaHannah 6-2-2021 07:46 PM
dizekni replied at 6-2-2021 07:27 PM
Kejian je yang orang tua ni terima lately

tu la kalo niat tak betul

Ya, xsyak lagi.
Quote najib888 6-2-2021 10:28 PM
Putaq selagi buleh putaq.. dan2 nak putaq masa nak lantik org lain.. bukan sikit-sikit ka yg tentang dulu masa dia namakan TT as AG?
Quote CARI-HBZ 8-2-2021 09:49 AM





KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kekesalannya melantik Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, individu yang telah mengkritik beliau dalam memoirnya.
Seandainya diberi peluang untuk mengundurkan waktu, Dr Mahathir berkata, beliau tentu sekali tidak akan memilih Tommy, sebaliknya, melantik individu lain untuk mengisi jawatan berkenaan.

“Kalau saya tahu jadi begini, saya akan lantik orang lain tentunya. Tetapi pada masa itu, saya fikir ia akan memberi pengalaman baharu untuk ada Peguam Negara yang profesional,” kata negarawan itu dalam wawancara dengan portal Free Malaysia Today.
Dr Mahathir turut mendakwa kritikan yang dibuat Thomas itu ada kaitan dengan krisis kehakiman pada 1987 yang menyaksikan Tun Salleh Abas dipecat sebagai Ketua Hakim Negara.

Untuk rekod, krisis kehakiman itu berlaku ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri kali pertama.


“Saya tidak sedar Thomas masih ada kesan sejarah lepas yang nampaknya masih mempengaruhinya,” ujar Dr Mahathir.


Bekas Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau tahu Thomas “menentangnya” ketika menjadi Perdana Menteri buat kali pertama.


Dalam wawancara itu, Dr Mahathir juga memberitahu, beliau sudah menjangkakan orang Melayu akan marah, tetapi tetap meneruskan pelantikan itu.


“Saya fikir TT (Tommy Thomas) bagus, seorang Peguam Negara yang profesional dan akan bertugas mengikut undang-undang dan bukannya kerana beliau buat perkara yang disuruh,” ujar Dr Mahathir lagi.


Dr Mahathir mengulas mengenai tulisan dalam memoir Thomas yang bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” yang mana antara kandungan buku tersebut, bekas Peguam Negara itu memberitahu Dr Mahathir mahu beliau meletak jawatan pada hari sama beliau dilantik kerana bimbang dengan kemarahan orang Melayu.






Sumber : Astro Awani


Quote jalfa 8-2-2021 09:56 AM
Kitaorg lg menyesal angkat tun jd pm 7
Quote dizekni 8-2-2021 09:56 AM
Orang tua yang banyak bawa kerosakan

termasuk lantik keling tu jadi AG
Quote slavehunter 8-2-2021 10:02 AM
Kalau jumpa ular dan Tommy katok mana dulu?
Quote epuepy 8-2-2021 10:02 AM
nasik dh jadik bubur tun.
Quote anakjiran 8-2-2021 10:14 AM
Dalam wawancara itu, Dr Mahathir juga memberitahu, beliau sudah menjangkakan orang Melayu akan marah, tetapi tetap meneruskan pelantikan itu.



aku gelakkan je baca ni
Quote TuntungReturn 8-2-2021 10:17 AM
asal negara sama pun nk begaduh ka
Quote jalfa 8-2-2021 10:17 AM
slavehunter replied at 8-2-2021 10:02 AM
Kalau jumpa ular dan Tommy katok mana dulu?

Kalo jumpa tun dengan tommy plak...nak katok yg mana satu...haha dedua leluhur
Quote otai_g 8-2-2021 10:30 AM
Dah 2-2 da x releven. Da jd fosil. Next.
Quote farhani87 8-2-2021 11:16 AM
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanyaaaa gitchewwww
Quote dudaberhias 8-2-2021 11:21 AM
dia pilih si thommy ni sebab apa masatu? nak tenteramkan parti dap tu je kan?
Quote dudaberhias 8-2-2021 11:22 AM
jalfa replied at 8-2-2021 10:17 AM
Kalo jumpa tun dengan tommy plak...nak katok yg mana satu...haha dedua leluhur

sah2 iols pilih tommy... sebab yang kiri tu dah tak lama dah kaka... kita harus bagi peluang untuk beliau bertaubat gittew
Quote axl_bach 8-2-2021 11:25 AM
dudaberhias replied at 8-2-2021 11:21 AM
dia pilih si thommy ni sebab apa masatu? nak tenteramkan parti dap tu je kan?

Aku plak rasa lebih kpd nk tambah kebencian ramai dekat Pee Esh...tu jer niat Atok ni
Quote BoongaKertas 8-2-2021 11:34 AM
axl_bach replied at 8-2-2021 03:25 AM
Aku plak rasa lebih kpd nk tambah kebencian ramai dekat Pee Esh...tu jer niat Atok ni

iols pun rasa benda sama. so that melayu boleh fikir dgn betul time tu nak undi mana. saje test nak tgk pakcik tak reti ckp bm ni disukai or tak.


iols nak tahu lah org2 kat jabatan dia dulu tu mcm mana adapt dgn kemasukan heols sbg ketua tertinggi depa.
Quote dizekni 8-2-2021 11:43 AM
Kalo ko boleh tau apa nak jadi ke depan

ko bukan manusia la dettt

apa punya saka la
Quote dizekni 8-2-2021 11:45 AM
dudaberhias replied at 8-2-2021 11:21 AM
dia pilih si thommy ni sebab apa masatu? nak tenteramkan parti dap tu je kan?

Nak kenakan najib

atok cari jenis yang dia boleh guna semaksimum mungkin

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.146331 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top