CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Jagung Rogol Anak Tiri

8-2-2021 02:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2951| Komen: 19

IPOH: Seorang penjual jagung di pasar malam dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga dakwaan merogol anak tirinya yang juga remaja bawah umur antara Jun hingga Disember tahun lalu.


Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan bagi ketiga-tiga pertuduhan itu daripada tertuduh yang berusia 48 tahun itu di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan persetubuhan dengan mangsa berusia 14 tahun itu yang mana perhubungan tertuduh dengan mangsa adalah tidak dibenarkan mengikut hukum agama bagi mengikat tali perkahwinan.


Foto: mStar Online

Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 2 hingga 3.30 petang di bilik utama sebuah rumah di Ayer Tawar di daerah Manjung masing-masing pada Jun, Julai, dan Disember 2020.


Ketiga-tiga pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Waffy Ismail dengan tertuduh diwakili peguam Syahrul Nizam Mohd Rabi.


Syahrul Nizam memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan anak guamnya itu menunjukkan gejala seorang yang lembam.

Pihak pendakwaan membantah permohonan itu kerana rumah tertuduh dan rumah ibu saudara remaja perempuan itu yang menjadi kediamannya selepas ibunya meninggal dunia pada April tahun lalu hanya berselang jarak sejauh kira-kira 50 meter.

Syahrul Nizam kemudiannya menawarkan syarat tambahan agar permohonan menjamin anak guamnya itu dibenarkan iaitu tertuduh akan memberikan aku janji termasuk sanggup berpindah ke lokasi lain yang lebih jauh selain dua syarat lain yang kemudiannya ditetapkan oleh mahkamah.

Selain itu, pihak pembelaan turut memohon mahkamah mengambil kira pendapatan tertuduh sebagai penjual jagung di pasar malam yang sangat terkesan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menetapkan jumlah jaminan yang bersesuaian.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan ke atasnya serta menetapkan 11 Mac depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan perubatan.

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan tertuduh melapor diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali selain mensyaratkan dia dilarang mengganggu mangsa tanpa tertuduh perlu berpindah seperti syarat yang pada awalnya ditawarkan oleh pembelaan.

Tertuduh membayar wang jaminan itu. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 8-2-2021 02:05 PM
Dan dan je khen
Time ko rogol budak tu takde plak lembam2 kan..
Quote makadek 8-2-2021 02:07 PM
Lembab konek tk lembab celakakkkk
Quote CARI-MRO 8-2-2021 02:31 PM
IPOH: Seorang penjual jagung di pasar malam dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga dakwaan merogol anak tirinya yang juga remaja bawah umur antara Jun hingga Disember tahun lalu.


Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan bagi ketiga-tiga pertuduhan itu daripada tertuduh yang berusia 48 tahun itu di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.


Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan persetubuhan dengan mangsa berusia 14 tahun itu yang mana perhubungan tertuduh dengan mangsa adalah tidak dibenarkan mengikut hukum agama bagi mengikat tali perkahwinan.




Foto: mStar Online




Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 2 hingga 3.30 petang di bilik utama sebuah rumah di Ayer Tawar di daerah Manjung masing-masing pada Jun, Julai, dan Disember 2020.


Ketiga-tiga pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Waffy Ismail dengan tertuduh diwakili peguam Syahrul Nizam Mohd Rabi.




Syahrul Nizam memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan anak guamnya itu menunjukkan gejala seorang yang lembam.


Pihak pendakwaan membantah permohonan itu kerana rumah tertuduh dan rumah ibu saudara remaja perempuan itu yang menjadi kediamannya selepas ibunya meninggal dunia pada April tahun lalu hanya berselang jarak sejauh kira-kira 50 meter.


Syahrul Nizam kemudiannya menawarkan syarat tambahan agar permohonan menjamin anak guamnya itu dibenarkan iaitu tertuduh akan memberikan aku janji termasuk sanggup berpindah ke lokasi lain yang lebih jauh selain dua syarat lain yang kemudiannya ditetapkan oleh mahkamah.


Selain itu, pihak pembelaan turut memohon mahkamah mengambil kira pendapatan tertuduh sebagai penjual jagung di pasar malam yang sangat terkesan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menetapkan jumlah jaminan yang bersesuaian.


Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan ke atasnya serta menetapkan 11 Mac depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan perubatan.


Selain itu, mahkamah turut mengarahkan tertuduh melapor diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali selain mensyaratkan dia dilarang mengganggu mangsa tanpa tertuduh perlu berpindah seperti syarat yang pada awalnya ditawarkan oleh pembelaan.


Tertuduh membayar wang jaminan itu. -CARI


Sumber: Berita Harian
Quote Adrif 8-2-2021 03:02 PM
banyak benor ladang jagung kat ipoh ni

kadang rasa ala-ala Smallville, superman kat ladang jagung

tapi tengin bau baja wey. lalat macam gampang kat sini
Quote pxlbb 8-2-2021 03:30 PM
kalau lembam ok je ke ringankan hukuman, atau kasi lepas, so lepas ni lembam-lembam ni keje merogol jela tetiap malam
Quote Artemesiaa 8-2-2021 03:34 PM
Ada simptom seorang lembam tak boleh dijadikan alasan jenayah dah dilakukan
Quote jas7512 8-2-2021 03:38 PM
Artemesiaa replied at 8-2-2021 03:34 PM
Ada simptom seorang lembam tak boleh dijadikan alasan jenayah dah dilakukan

I agreed..jenayah tetap jenayah..maybe otak lembap ckit tapi u still ada willpower utk x buat benda salah
Quote saviour_09 8-2-2021 03:38 PM
lembam tapi pandai merogol

Quote ulamalu 8-2-2021 03:44 PM
Kesiannya.  Mak budak pompuan aka isteri tertuduh meninggal Apr 2020, dan kejadian bermula Jun 2020.
Quote namieamuro 8-2-2021 04:20 PM
Edited by namieamuro at 8-2-2021 04:24 PM

tang nafsu tak lembam pulak abes kalau dh lembam, nk bagi lepas ke ape? senangnye alasan

dh kene tangkap bole pulak nk suh mahkahmah pertimbangkan pendptan die yg terjejas sbb pkp. i cannot brain this rumah mangse duduk skrg dkt je kot. bole jamin ke die takkan ganggu mangse.
Quote mamajawie 8-2-2021 04:56 PM
babinya dan2 lembam..yg peguam pgi amik kes ni pun jenis main sebat kes ke hape??kalu aku jadi peguam tu aku da starlight kepala si lahanat ni sampai berlubang..
Quote bangcak 8-2-2021 08:11 PM
budak2 jaman skang nih kadang2 bahaya.

bapak taknak belikan buku doremon pon deyol bleh tuduh bapak merogol.
hati2 ya kaum bapak
Quote farhani87 9-2-2021 08:49 AM
hukeleh. dah lemban tahu pun rogol org.. bongok betul.
Quote annehuda 9-2-2021 08:53 AM
aku harap ada neraka khas utk lawyer2 yang gigih nak pertahankan penjenayah ni
Quote Decaffeinated 9-2-2021 08:56 AM
bangcak replied at 8-2-2021 08:11 PM
budak2 jaman skang nih kadang2 bahaya.

bapak taknak belikan buku doremon pon deyol bleh tuduh ba ...

Kes mana ni bangcak?

Lembam tu bodoh. Pertimbangan dia tak sama orang normal. Cuma tak pasti bodoh ni boleh jadi alasan tengok macam mana loyar konar la
Quote Decaffeinated 9-2-2021 08:59 AM
annehuda replied at 9-2-2021 08:53 AM
aku harap ada neraka khas utk lawyer2 yang gigih nak pertahankan penjenayah ni

Apa pulak neraka. Loyar tu nak pastikan mahkamah tidak tersilap menghukum orang yang tidak bersalah.
Quote Rogue98 9-2-2021 09:05 AM
Kalau dah lembam tu potong jer konek dia ..habis citer...
Quote takayama 9-2-2021 09:06 AM
annehuda replied at 9-2-2021 08:53 AM
aku harap ada neraka khas utk lawyer2 yang gigih nak pertahankan penjenayah ni

utk certain kes criminal mmg ada disediakan peguambela dr legal aid samada utk buat mitigation atau bicara
Cuma kes ni x pasti samada dr legal aid atau keluarga sendiri hire, mahal kot fees utk kes criminal
Quote takayama 9-2-2021 09:09 AM
sungguh kreatif peguam OKT ni gunakan alasan lembam utk dptkan jaminan
dahlah rumah OKT dgn victim berdekatan, patut family victim failkan aje injunction jgn bg OKT mahupun ahli keluarga mendekati victim
Dan bila kata lembam sila dptkan surat doktor jugalah yea lawyer

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.047037 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top