CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Semua Orang Pandang..." - Tepis Rasa Malu Beli 2 Troli Tuala Wanita

8-2-2021 02:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6058| Komen: 47

Pengasas Pertubuhan Ziarah Amal Kampung To Kampung (K2K) Mohamad Farid Yusoff akui malu ketika membeli tuala wanita dalam kuantiti banyak, baru-baru ini.

Kata Farid, situasi itu menyebabkan dia berasa segan apabila dipandang orang ramai di dalam premis berkenaan.


Bagaimanapun, perasaan tersebut diketepikan demi membantu mereka yang memerlukan.


Kredit foto: Twitter

"Semalam (Jumaat), adalah pengalaman pertama saya membeli tuala wanita dan tipu kalau saya katakan tidak malu.

"Lebih-lebih lagi kerana membelinya dalam kuantiti banyak hingga ada beberapa individu memandang hairan ketika saya berada di dalam premis.

"Namun, niat asal saya adalah membantu wanita memerlukan terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi saya buang rasa malu itu dan urusan pembelian jadi mudah kerana say adibantu seorang rakan wanita yang ikut sama berbelanja," katanya.


Tambahnya, tuala wanita itu sebenarnya dibeli untuk disumbangkan kepada gelandangan, ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan di sekitar Batu Kawan, Pulau Pinang.

"Saya cuma mahu beri kesedaran kepada golongan lelaki bahawa mereka juga boleh membantu wanita membeli keperluan itu," ujarnya positif.

Katanya lagi, sebanyak 100 pek tuala wanita dibeli menggunakan dana hasil sumbangan orang ramai.

Katanya, ia kali pertama dia mengambil inisiatif membeli dan menyumbang tuala wanita selepas melihat individu lain yang juga dalam kalangan wanita melakukannya.

"Ini adalah permulaan dan saya harap inisiatif saya menjadi inspirasi kepada individu di luar sana terutamma lelaki untuk turut sama membantu wanita memerlukan," katanya.



Terdahulu, tular gambar Farid di Twitter bersama dua troli dipenuhi pek tuala wanita.


Sumber: Gempak
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanies 8-2-2021 02:35 PM
hurm, benda ni ntah la. lelaki pun da tak malu2 da skrg.. ko boleh je suh kawan perempuan lain yg g beli. ko duduk di balik tabir. ni semua je nk menunjuk, up kat ig. hurm
Quote lattehazelnut 8-2-2021 02:36 PM
Mcm suma maxi wing je ek..
Xsume minat wing..
Quote SalenaGomez 8-2-2021 02:42 PM
lattehazelnut replied at 8-2-2021 02:36 PM
Mcm suma maxi wing je ek..
Xsume minat wing..


Laki yg beli dik...mana nak tau preferences pempuan..tu pon dah bersyukur ada org bantu

Rasanya dia pon xtau wing tu function apa...hahahahha
Quote Gianna111 8-2-2021 02:46 PM
beli la variety sikit...

overnight
patahnya sayap malam
yang ada sayap
mcm tak nampak beli pantiliner

intimate ni bukan bentuk gel ka?
Quote sarah82 8-2-2021 03:01 PM
Lelaki yg beli.. Tak apa janji dia beli utk membantu
Quote Adrif 8-2-2021 03:06 PM
takpa, normal la sebenarnya orang beli 3-4 troli barang ni

macam2 orang beli buat stok, buat berniaga, cuma tak up kat social media ja

tapi husnuzonnya, maybe sebab beliau ni Pengasas Pertubuhan Ziarah Amal Kampung To Kampung (K2K), perlu gambar bukti process dan resit pembelian,
kalau tak bendahari pancung
Quote kechikchomel 8-2-2021 03:29 PM
kalau tengok 3R duluuuuu, ada dorg host2 ni bagi 'challenge' kat adik beradik lelaki dorang. suruh belikan pad. dorg bagitau la nak yg macam mana. yg slim ke, maxi ke, ada wing, takde wing, overnight etc.
adik beradik lelaki dorg beli je la. malu2 jugak tu.
Quote Artemesiaa 8-2-2021 03:29 PM
Sebab dia beli dalam jumlah yang banyak tu ada yang padang.  Sekadar beli sebungkus mana orang nak rasa hairan sebab ramai je yang tolong beli untuk bini mereka.  Lagi pun ni pengalaman pertama olehnya dulu emak dia pun tak pernah suruh tolong gi belikan gaknya.
Quote cikmi 8-2-2021 03:31 PM
xyah la demand sgt nk jenis macam2...mujur ada org bagi bantuan je..terima jelah apa yg ada..nk ikut preferences setiap org, tak larat gak weh
Quote prettyuglybabe 8-2-2021 03:35 PM
padahal boleh je mintak yang satu kotak punya..
tak payah angkut satu-satu..
nak clout punya pasalkan..
Quote makadek 8-2-2021 03:38 PM
Dia beli wing semuakan
Ok la tu bg dia wing tu  lbh terjamin dr kebocoran ..tp skg mana ada malu2...
Dh benda wajib tuk pmpuan
Quote jalfa 8-2-2021 03:38 PM
Kalo gemuk kena beli yg panjang 32 tu...yg yg slim saiz 24 dah ok...yg wing tu kadang x selelse sebab kelepet
Quote che-cikL 8-2-2021 04:12 PM
prettyuglybabe replied at 8-2-2021 03:35 PM
padahal boleh je mintak yang satu kotak punya..
tak payah angkut satu-satu..
nak clout punya pasal ...

Kannan... I would think the same. Atau beli kat warehouse mana2, bukan beli kat mart ke supermarket ka..
Quote Suchi 8-2-2021 04:18 PM
Dah 2021 pun masih ada yg malu beli tuala wanita lagi ke?
Amenda la, benda tu keperluan sama je mcm lampinn baby tu.
Kena beli 2 jenis satu yg panjang 32cm ada sayap untuk kegunaan 1-3 hari yg pertama nanti bila hari ke 4-7 boleh pakai yg saiz biasa 24cm je.

Kalau jenis period tak lawas kuar sikit2 je dari hari pertama bolehla guna satu saiz yg biasa je.

Kalau nak lagi jimat guna hat kain boleh jahit sendiri takpun beli. Takpun guna cawan tu.
Quote Mulotkoyak 8-2-2021 04:25 PM
Ak rase die ni halusinasi sgt.. Org tgk ko tolak troli tu normal la. Nk bg laluan... Membeli..  Ko tu yg x normal sbb fefeeling ade suara mengata ko..  Baik ko gi check.
Quote virgo19 8-2-2021 04:35 PM
Tak kisah la nak beli tuala wanita pun, tapi kenapa acah2 malu pastu pegi up kat socmed.
Quote mieymiey 8-2-2021 04:43 PM
Saya cuma mahu beri kesedaran kepada golongan lelaki bahawa mereka juga boleh membantu wanita membeli keperluan itu


Nasib laki aku tak malu. Siap videocall suruh aku pilih yang mana. Yang panjang, yang pendek, yang wing, non wing.
Quote 3480 8-2-2021 04:43 PM
Terima ja la sayap x sayap pon
Nma pon sedekah..
Dok kira ada wing ka xdak mau ayaq sirap melimpah ruah
Quote skinskin 8-2-2021 04:52 PM
Ala OK je bli.. Nak malu apa

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.055995 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top