CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Dapat Kebahagiaan Rumah Tangga, Sharnaaz Ahmad Syukur Nikmat Jadi Bapa

8-2-2021 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10450| Komen: 56

Pelakon, Sharnaaz Ahmad mengakui dirinya berasa amat bersyukur kerana masih diberi nikmat untuk dikurniakan cahaya mata meskipun jodohnya bersama bekas isteri tidak berpanjangan.


Menurut Sharnaaz, meluangkan masa bersama anaknya, Jebat Jayden merupakan antara detik paling indah di dalam hidupnya.

Kredit foto: IG

 “Tak semua mendapat kebahagian berumah tangga tapi yang pasti jika dikurniakan zuriat, itu satu jenis nikmat Allah bagi pada kita dan bila aku dapat spend time dengan jebat macam ni, ini adalah sesuatu yg sangat istimewa bagi aku.

“Nanti aku buat full video dan letak di youtube sharnaaz ahmad tv sebagai simpanan aku dan jugak jebat,” katanya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Isteri Misteri itu menerusi akaun Instagram miliknya.



Dalam pada itu, Sharnaaz turut memberi tahu, dirinya tidak mahu dibayangi kisah kegagalan rumah tangganya demi memberikan yang terbaik buat anaknya itu.

“Aku gagal dalam perkahwinan, tapi aku pasti menang menjadi seorang baba yg terbaik untuk jebat. Baba sayang cheq sampai baba gol.

“Kalau nak saya post vlog tu, komen nak jebat sygggg dibawah okay guys,” katanya lagi.



Sementara itu, Sharnaaz turut mengumumkan dia bakal menghasilkan sebuah video di YouTube untuk berkongsi telatah comel anaknya bersama para peminat.

Sekadar informasi, Sharnaaz dan Nabila bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.


Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 2 tahun. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shuerin 8-2-2021 03:17 PM
nk post, post je la...x pyh nk ketik itu ini...

ke saja je nk pancing ayat "auntie suka tgk jebat.." "semoga jebat jadi anak soleh"

demikian hati itam ku berkata-kata...
Quote VespaSilbe 8-2-2021 04:14 PM
Anak dia dah 2 tahun lebih dah ye
Cara cakap macam setahun lebih
Siyes arrr
Quote Belibis 8-2-2021 04:27 PM
Muka mak..ha ha
Quote missbigrockstar 8-2-2021 04:43 PM
Berapa kali So daa haha
Quote doubleA 8-2-2021 05:00 PM
Muka kaknab sangat jebat. Bagus la org tua2 kata sejuk
Quote Masukkeluar 8-2-2021 05:02 PM
dak jebat ni umur brapa? nampak dah besar tapi kenapa aku tengok mcm tak reti bercakap?
Quote apedehal 8-2-2021 05:11 PM
Masukkeluar replied at 8-2-2021 05:02 PM
dak jebat ni umur brapa? nampak dah besar tapi kenapa aku tengok mcm tak reti bercakap?

Lambat laun nnt reti la mencarut tu..dun worry
Quote EvieWanKenobi 8-2-2021 05:12 PM
comel anak dia..
Quote Nenasketum 8-2-2021 05:20 PM
2 tahun baru ek, bagak sungguh badan. Aku heran dak kenapa budak besor masih pakai pampers. Walau aku kenot stand his bitchy mommy, ko tetap comey anak oi.
Quote makcun14 8-2-2021 05:30 PM
So what kalau lambat bercakap? Setiap budak berlainan tumbesarannya. Asalkan dik Jebat tak ketawa mengilai macam Rosik Badut sskjp pun dah cukup bagos bagi meols suspense je takot budak ni terikut ikut pondan tu
Quote stinger.baik 8-2-2021 06:45 PM
wayang kuat la mamu ni

senang citer ko tu loser

ada bini tak leh handle

dalam drama je ko berkepak

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote nolya 8-2-2021 06:51 PM

dah besar hansem juga ni....
Quote makadek 8-2-2021 07:56 PM
Dna kaknab dn nenda mengentut
Quote little_sis 8-2-2021 08:08 PM
Muka mak sgt.. rambut tebal..
Quote tagas 8-2-2021 08:14 PM
Diamlaa looserrr
Quote Geeayden 8-2-2021 08:24 PM
Jebat jenis lambat cakap kot
Quote zeetot 8-2-2021 08:28 PM
VespaSilbe replied at 8-2-2021 04:14 PM
Anak dia dah 2 tahun lebih dah ye
Cara cakap macam setahun lebih
Siyes arrr

Macam anak buah ipar iols. Lelaki jugak. Lagi tak keluar butir kata. Baya2 jebat ni.

Aaa uuu aaa je. Risau.
Quote adeqbun 8-2-2021 08:33 PM
Ai xphm nape suka anak2 biarkan xpakai baju dan sluar..tggalkan pampers je...
Quote lanse 8-2-2021 08:37 PM
Copy paste muka mak dia sangat..

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.045581 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top