CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Buka Kedai Berjam, 5 Orang Je Datang -Pengantin Baru Terpaksa Redah Panas Jual Burger Naik Motor

8-2-2021 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3385| Komen: 12

Pengumuman kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sehingga 18 Februari ini nyata memberi kesan kepada peniaga kecil.

Begitu jugalah kisahnya dengan sepasang suami isteri ini apabila kedai makan yang diusahakan mereka sepi tanpa pelanggan sejak tiga minggu lalu.

Foto: mStar Online

"Sedih tengok husband risau sales kedai makan dia makin kurang since Covid ni. Start PKP 2.0 ni lagi kurang customer. Area Ipoh yang nak makan tomyam dan western boleh datang Din Bukit," demikian ciapan si isteri di Twitter sehingga meraih 13,500 retweet.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, suaminya, Muhammad Shazuwan Shamsuddin berkata, jualan kedai makan yang diambil alih daripada ibu bapanya sejak tahun lalu, merosot lantaran kekurangan pelanggan.


Malah dedah Shauzwan, ada ketika kedai makannya dikunjungi kurang daripada lima pelanggan sepanjang waktu operasi dibuka bermula 3 petang hingga 10 malam.


Foto: mStar Online
"Tak boleh nak digambarkan rasa ketika itu... bayangkan buka kedai berjam-jam tapi pelanggan sikit je. Sejak PKP dikuatkuasa 13 Januari lalu, memang slow sangat.

"Selepas isteri saya post dekat Twitter minggu lalu, Alhamdulillah boleh dikatakan keadaan bertambah okay. Walaupun slow tapi sedikit sebanyak ia lebih baik daripada sebelumnya.

"Ada yang pesan untuk COD, ada pelanggan datang ke kedai selepas posting tu viral. Kami mengagak mereka dapat tahu daripada Twitter. Untuk COD, saya boleh hantar ke kawasan yang dekat-dekat sekitar Klebang dan Ipoh saja.

"Untuk kawasan yang sedikit jauh, saya tak dapat COD. Sebab kami masih tiada pekerja. Sekarang ni hanya saya, isteri dan ibu bapa saja kerja. Ramai cadangkan untuk guna Foodpanda... buat masa sekarang masih dalam proses. Mudah-mudahan lepas dah selesai, permintaan pesanan meningkat," katanya.


Foto: mStar Online
Bercerita lebih lanjut, Shazuwan berkata ini merupakan ujian kali kedua dilaluinya sejak kerajaan menguatkuasakan PKP, Mac tahun lalu.

Namun ujarnya, ujian kali ini dirasakan sedikit mencabar memandangkan dia baru saja mendirikan rumah tangga dua bulan lalu.

"Selepas tamat degree tahun lalu, saya ambil alih kedai makan ini daripada ibu dan bapa. Tapi ngam-ngam saja saya ambil alih, terus PKP. Masa tu PKP pun lama hingga Jun. Memang slow sangat sales masa tu.

"Kami pun cuti berniaga selama kira-kira empat bulan. Baru je mula berniaga semula, kerajaan umum PKP 2.0 pula. Tipulah kalau tak rasa nak putus asa. Lagi-lagi pula baru kahwin dan nak bina kehidupan.

"Tapi kami suami isteri tak mahu duduk saja... kami jual burger naik motor sekitar Klebang dan Ipoh waktu tengah hari. Kami buat dalam 15 hingga 20 biji. Alhamdulillah, jualan selalu habis... cuma ada juga tiga jam pusing baru habis," katanya lagi.

Tidak menyangka posting isterinya,Nurul Ain Assyikin Mohd Dzulkefly tular di Twitter, Shazwan berkata dia begitu terharu dengan maklum balas positif daripada netizen yang disifatkannya terlalu baik.

Foto: mStar Online

"Ramai yang order, ramai juga bagi kata-kata semangat serta cadangan. Terima kasih banyak-banyak. Rakyat Malaysia ni sangat baik hati.

"Saya tahu bukan saya seorang yang terkesan, ramai lagi alami nasib yang sama. Apa yang boleh saya katakan, janganlah kita putus asa dalam mencari rezeki. Teruskan saja... insyaAllah ada rezekinya nanti," katanya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 8-2-2021 03:48 PM
Dia ni bukan pelakon tok kadi tu ke. Dgn beto. Kat sgpore.
Quote Artemesiaa 8-2-2021 03:52 PM
Rata2 kebanyakan peniaga lain pun hadapi masaalah yang sama sejak pelanggan tak dibenarkan makan dikedai.  Tambah makin banyak saingan dari peniaga lain juga dari pihak hotel.  
Quote LadyCarefree 8-2-2021 04:05 PM
Bagus dia. Terus berusaha. Dan sedar  ramai lain terkesan. Dia tak malu ada degree niaga camni. Syabas dan semoga terus maju. Bini boleh try kerja mcd ke apa boleh makan free gaji pun dapat, sakit pun cover.
Quote Mulotkoyak 8-2-2021 04:20 PM
Kalo kedai sedap layak lah nk promotenye. Ni kalau kedai xsedap pastu harga yahudi patut tutoo je cum kak.  Kje kilang lg bgus.
Quote CiliPadiSedap 8-2-2021 04:29 PM
tempat kaka peniaga buat bulk western food jual kt boot car depan hypermarket. cuba buat cmtu.  lepas tu please collect phone number and bg kupon sbg reward membeli.

nanti kupon tu boleh redeem dapat free contoh beli 5 set percuma satu set . orang tetap akan beli dan redeem kalau harga ok dan makanan sedap.

depan mata kaka tadi orang jual teh ais daka sorang amoi order 18 cup. takde nya amoi tu nak racist check siapa owner air piyor teh ais ke apa? terus beli gitu dan borong ayam. rasanya sbb lapar dan nak chinese new year jadi dia borong belanja staf dia.

#kitaJagaKita
Quote prettyuglybabe 8-2-2021 05:19 PM
sedap ke tak sedap makanannya?
kalau sedap sure akan dapat sambutan..
kalau tak sedap, memang la agak sunyi sepi..
tak ada return customer..
Quote gigahertz 8-2-2021 09:04 PM
prettyuglybabe: sedap ke tak sedap makanannya?kalau sedap sure akan dapat sambutan..kalau tak sedap, memang la agak sunyi sepi..tak ada return customer..

Nama din bukit tu buat rosak.

Quote hasniey 8-2-2021 09:39 PM
Mungkin sbb kedai baru.org xtau lg kewujudan dia.tu xramai customer tu.tp kalau rasa xsdp sgt,org xrepeat order.
Kedai burger area office ai sentiasa ada org.sbb semua tau burger dia sedap.kalau dh rasa confirm teringat2.

Xpe.insyaallah....ada rezeki awak2 ni.jgn putus asa.
Quote r_innalif 8-2-2021 10:25 PM
Kedai ni dh lama dah. Port pn cantik atas bukit kecik je tepi jln. Bersih plak tu. Tp sjak tkang msk Thai balik x dtg dh kot menu dia bkurangan. Mcm dia cakapla mak ayah je msk. Jd msk x mcm tkang msk asal . Bkn x sdap, ok tp x sama mcm dlu. Mmg nampak la kurg sgt planggan dia..
burger ank dia ni x try lg..
akan dtg Inshaallah
Quote dua_chzy 9-2-2021 01:13 AM
r_innalif: Kedai ni dh lama dah. Port pn cantik atas bukit kecik je tepi jln. Bersih plak tu. Tp sjak tkang msk Thai balik x dtg dh kot menu dia bkurangan. Mcm d ...


Ceh. Gitu ceritanya. Tukang2 viral ni jarang la nak spill real story khenst.
Quote tootii 9-2-2021 10:33 AM
moga dimurahkan rezeki ye
Quote notM 16-3-2021 01:56 AM
Sekarang dg start pakai EV car....rugi je beli kereta baru enjin petrol

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.193709 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top