CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jurugambar Terkilan Klien 'Reject' Sebab Badan Kecil

8-2-2021 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3565| Komen: 18

Orangnya berbadan kecil molek, namun siapa sangka dia memiliki bakat yang besar?

Muhammad Ikram Hakimi Abdul Samad, 20, pelajar yang membuat kerja sambilan sebagai jurugambar turut berkongsi cabaran yang dilalui kerana keadaan fizikalnya itu.



Kredit foto:


Mesra disapa Kimi, dia yang menetap di Shah Alam, Selangor mendedahkan pernah berdepan dengan individu yang tidak yakin dengan bakat yang dimilikinya, hanya kerana dia berbadan kecil.

"Ada pengalaman sebelum ini, client tak cam apabila saya datang untuk ambil gambar di majlisnya.

"Mungkin dia fikir saya budak-budak, tetamu yang datang. Kemudian dia hantar mesej tanya saya kat mana. Bila dah jumpa depan-depan, dia kata... la awak rupanya, kecilnya. Saya pun gelak je la.

"Kemudiannya, ada satu lagi peristiwa yang agak sedih sebab kena reject. Saya dah jumpa client masa meeting, lepas balik je terus lost contact, dia block saya. Jadi saya faham-faham sendiri je la," ujarnya kepada mStar.


Menurut Kimi yang berketinggian 158 sentimeter dengan berat 41 kilogram itu, dia hanya melihat apa yang berlaku dari sudut positif sahaja.

Malah, dia yang turut menawarkan khidmat video hanya mampu membuktikan bakat yang dimiliki dengan karya-karya yang sudah dihasilkan sebelum ini.

Bercerita mengenai dirinya, pelajar sebuah kolej swasta di Subang itu berkata, dia mula membuat kerja sambilan ini sejak setahun lalu.

Malah, dia bersyukur apabila ia sedikit sebanyak dapat membantu untuk menampung kos pengajian dan tidak perlu bergantung sepenuhnya dengan keluarga.

"Saya sekadar cari pendapatan sampingan, nak berdikari. Saya tak nak la selalu minta duit dengan mak ayah.

"Alhamdulillah setakat ini dapat tampung pengajian saya. Keluarga pun beri sokongan. Mereka percaya dengan apa yang saya lakukan," katanya lagi.

Menurut penuntut bidang pengajian media itu, dia juga perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya dan akademik.

Namun kerana minat, dia tidak kisah untuk bersengkang mata sehingga ke tengah malam.



"Dah terbiasa bersengkang mata sampai malam. Alhamdulillah, ia berbaloi. Sebab dah minat, kita jadi tak kisah. Rasa seronok.

"Tapi agak mencabar bila nak kena siapkan tugasan, selepas itu nak fokus edit gambar dan video client pula," ujarnya.

Dalam pada itu, video yang dikongsi Kimi mengenai dirinya menerima hampir 100,000 tontonan di TikTok.

Katanya, dia bersyukur dengan komen positif netizen yang mana ia memberi semangat dan keyakinan buat dirinya untuk meneruskan kerjayanya itu.


Sumber: mStar

4

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • yeos


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 8-2-2021 05:25 PM
Apa masalahnya photographer kecik..bukan nk pikul pengantin pon
Quote Kurex 8-2-2021 06:24 PM
Asalkan barang nalla
Quote CiliPadiSedap 8-2-2021 06:57 PM
photographer kecil mungkin orang fikir nak angel kamera shoot tak cantik sbb rendang gitu.
Quote stinger.baik 8-2-2021 08:05 PM
ko umur baru 20 asyuk job sikit2 ko wat karangan overnight success mcm ko dah 20 tahun bekecimpung wat bende tu

tongong tu simpan sket

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote 234126 8-2-2021 08:19 PM
158cm? Tinggi la jugak tu. Isunya berat badan je la kot. Kena sado sikit tapi jangan terlebih. Nanti tak seimbang pulak kiikikiki
Quote Orix 8-2-2021 09:17 PM
41 kg ????? Mak aih ringannya ko dekkk
Quote hasniey 8-2-2021 09:36 PM
Kecik rendah mcm pakcik ai.dlm adik beradik dia sorg kecik gitu.abang2 semua tinggi.tp xprnah pulak kene rijek keje sbb kecik..ok je keje.siap dh kawen lg.tp mkcik ai lg tinggi dr dia
Quote AyaqMeloSuam 8-2-2021 09:44 PM
Kurex: Asalkan barang nalla

Xbley hayat nii.. tp slalunya mmg ya {:cryrun
Quote chinta89 8-2-2021 09:44 PM
CiliPadiSedap: photographer kecil mungkin orang fikir nak angel kamera shoot tak cantik sbb rendang gitu.


Ha'a gtu jgk pendapat iols
Quote Cari-Mod 9-2-2021 01:26 AM
nampak cam hadek2 jahh
Quote Cari-Mod 9-2-2021 01:27 AM
Quote Cari-Mod 9-2-2021 01:28 AM
Quote Cari-Mod 9-2-2021 01:28 AM
Quote lattehazelnut 9-2-2021 06:13 AM
Portfolio kau yg kecik sebenarnye..
Baru buat brp photoshoot, nak tangkap gamba kawin orang.. byk kali dah pengantin lain terkena  gamba kawin mcm haram..
Quote damsel_fiji 9-2-2021 07:17 AM
ada ke sebelum ni org kesah saiz/tinggi fotografer mcm mana??
Quote husna_amal 9-2-2021 09:58 AM
Tagih kesian dari orang ramai macam ni.
Quote Artemesiaa 9-2-2021 01:57 PM
Bukan pasal saiz badan sebenarnya tapi nampak keanak-anakan buat orang kurang confident.  Nak jadi pro image sendiri pun penting juga.
Quote ceria611 9-2-2021 05:46 PM
adoi pegang camera buat ape badan besor2

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.039015 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top