|
Bantuan Prihatin Rakyat merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik COVID-19. Terbaru, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengeluarkan kenyataan akan penipuan mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui laman Facebook rasmi mereka. Loading FB Post... Menurut LHDNM, terdapat pihak-pihak tertentu yang mengenakan bayaran bagi khidmat pengisian borang permohonan BPR sedangkan permohonan BPN adalah PERCUMA. Selain itu, LHDNM juga tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memberikan khidmat pengisian borang tersebut.
Setiap permohonan dibuat secara dalam talian di laman web rasmi iaitu https://bpr.hasil.gov.my/ atau borang kertas akan disemak mengikut prosedur yang ditetapkan dan tiada keistimewaan akan diberikan. Jadi, jika ada sebarang kemusykilan, sila hubungi pihak LHDNM melalui talian hotline BPR LHDNM 1-800-882747 dan saluran rasmi lain yang disediakan. Sebarkan. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.120702 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.