|
Genap lima tahun usia perkahwinan, pelakon Shaheizy Sam mengakui isterinya iaitu Syatilla Melvin banyak bersabar melayan kerenahnya sejak mereka mula berkenalan sehinggalah selepas berumah tangga.
Ujar Sam atau nama penuhnya Shaheizy Sam Abdul Samad, dia bersyukur apabila dikurniakan seorang isteri yang penyabar dan penyayang. Malah Syatilla juga menjadi punca Sam berubah menjadi seorang suami dan bapa yang matang. "Sebelum berkahwin, saya seorang lelaki yang ego, pentingkan diri sendiri... apa yang saya nak, saya akan dapatkan. Saya ada perangai itu. Kenal Tilla dah lama, dia banyak bersabar dengan saya. "Ikut sahaja kerenah saya sampailah kami berkahwin. Apabila dah kahwin, lima tahun... lalui banyak fasa. Kadang-kadang saya terfikir, walaupun perangai saya tak berapa elok, Tilla tetap ada bersama saya.
"Saya nampak pengorbanan dia ketika mengandung dan melahirkan dua orang anak kami. Sejak daripada itu, saya semakin matang. Sejujurnya, perkahwinan buat saya banyak berubah," katanya kepada mStar.
|
tila insecure ke kalau laki dia nampak helokkk







ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.540519 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.