|
"Tolong jangan percaya!" Itu kata penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi hantaran di Instagram yang meminta peminat dan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan penipuan menggunakan video dan imejnya yang menawarkan ganjaran kepada mereka yang menonton.
Siti menegaskan bahawa itu adalah 'scammer' yang berniat jahat bagi kepentingan peribadi dan menipu masyarkat. "Makin rancak sindiket dengan agenda penipuan mereka ini. Tolong jangan terpedaya, mereka siarkan video siaran langsung seolah-olah saya benar-benar sedang buat sesi siaran langsung ketika itu, dan menganjurkan peraduan dengan pelbagai ganjaran.
"Mereka akan minta segala maklumat diri anda dan anda ditipu! Ini scammer!" katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-2-2026 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.555052 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.