|
Pelakon Jasmine Suraya mengakui tidak mempunyai waktu rehat yang cukup sebelum ini kerana terlalu sibuk dengan penggambaran drama dan pelbagai tugasan lain.
Jasmine yang sedang terbabit dengan drama berjudul PA Lelaki Kerek arahan Haris Kadir berkata, dia memanfaatkan sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) untuk mendapatkan rehat secukupnya. "Agak lega juga kerana sebelum ini memang saya tidak berhenti bekerja setiap hari. Kalau ada cuti pun dipenuhi dengan mesyuarat dan pelbagai kerja lain. "Jadi masa untuk tidur agak terhad. Apabila PKP dikuatkuasakan semula, saya manfaatkan sebaiknya dengan mendapatkan rehat yang berkualiti. "Hendak berfikir mengenai penggambaran pun tiada gunanya kerana memang tak dibenarkan. Finas pun tak menggalakkan untuk berbuat sedemikian," katanya kepada Harian Metro.
|
stinger.baik replied at 9-2-2021 01:38 PM
dia ni kira cina yg cun gak la
tapi tak la lawa mana
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.293162 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.