Amelina yang mengakui dia pada mulanya tidak percaya Covid-19 adalah serius kini pasrah dengan keadaan terkininya yang terkesan akibat pandemik itu. "Saya dah tak tahu nak cakap apa.Saya pasrah dengan apa yang berlaku. Setiap yang berlaku hari ini bukan salah sesiapa, tetapi musibah yang Allah turunkan untuk mengingatkan kita kepada-Nya dan menyampaikan sesuatu kepada hamba-Nya. "Di peringkat awal, saya seperti tak percaya virus ini adalah satu perkara serius. Namun, apabila semakin hari jumlah jangkitan semakin meningkat, saya mula sedar bahawa ini adalah hakikat. "Perlahan-lahan ia mula masuk ke dalam komuniti kita. Apabila saya berbual dengan ibu di telefon, dia memaklumkan ada kenalan saya yang meninggal dunia akibat Covid-19 dan ini membuka mata saya untuk lebih memandang serius mengenainya.
"Sebelum ini, ketika kita melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ada juga beberapa tawaran persembahan. Namun, semuanya tidak sama seperti dulu kerana ada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu kita ikuti. "Sekarang, tiada lagi acara persembahan dan sebagainya kerana ia tidak boleh beroperasi. Lebih memeritkan, promosi untuk lagu baharu yang saya lancarkan tahun lalu iaitu Ada Untukmu juga tidak dapat berjalan seperti dirancang," katanya.
|
msdummy.2018 replied at 9-2-2021 11:10 AM
Aku pelik ek..rmi yg xpercaya pd covid 19 ni..patutlah menyuka jer langgar sop ek..
ADVERTISEMENT