Gara-gara mendakwa dirinya memiliki wajah hampir sama dengan pelakon Jue Aziz, seorang wanita berniqab teruk dikecam netizen. Dalam satu video tular, dia yang melayan guaraun seorang pekerja, kononnya sedang ditemubual sebagai pelakon itu tidak menyangka akan menerima reaksi negatif di media sosial selepas ia tersebar.
Menurut ahli perniagaan dikenali sebagai Nur Nazirah Aleeya itu, dia terkejut apabila video berkenan dikongsi di Twitter sehingga menyebabkan dia menggigil ketakutan. "Ia merupakan gurauan antara saya sebagai majikan dengan staf saya. Jujur cakap tiada pertalian darah langsung dengan Jue Aziz.
"Cumanya saya biasa terima usikan staf yang memanggil saya Jue Aziz, saya layankan saja staf saya, Sarah yang rakam video berkenaan. "Dialog pun spontan saja, sebab dah biasa kena paksa berlakon dengan staf. Sarah maklumkan video gurauan kami viral dan nasihatkan saya jangan tengok komen. "Senyap-senyap saya siasat, MasyaAllah menggigil satu badan dibuatnya, rasa nak pitam," ujarnya yang mesra disapa Nur. Tambah Nur, tiada apa yang perlu dirisaukan netizen memandangkan dia suka bergurau dengan pekerjanya sebagai salah satu cara untuk menghilangkan tekanan. "Kita pun kadang-kadang kerja stres, jadi layankan saja. "Dengan staf, ada masa perlu serius, ada masa layan mereka seperti sahabat," jelasnya. Menurut wanita itu lagi, dia sedih apabila pemakaian Islamiknya turut menjadi bahan kritikan netizen. Malah, ada individu di Twitter yang memberi komen kononnya dia berniqab sekadar mengikut trend semata-mata. "Paling sedih sekali part tak pakai stokin walhal berniqab. Saya pakai stokin cuma warna skin colour. "Mungkin juga saya baru sebulan dua berniqab jadi niatnya nak bergurau," jelasnya lagi. Menerusi posting di Instagram, Nur turut membuat permohonan maaf kepada pelakon itu atas kekeliruan yang timbul. "Saya bukanlah pelakon Jue Aziz. Ada juga yang kata macam Datin Seri Zizie Ezette. Cantik sangat tu. "Apa pun saya nak minta maaf kepada Jue Aziz atau sesiapa saja yang tersinggung dengan gurauan kami. "Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri," jelasnya lagi. Jelas Nur lagi, dia juga dihujani banyak mesej dan panggilan daripada kenalan dan keluarga sejurus video itu tular di Twitter. Sehingga kini, video pendek itu menerima hampir 15,000 tontonan di Twitter. -CARI Sumber: mStar Online
|
ADVERTISEMENT