CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PKP 2.0: Boleh makan di restoran mulai 10 Feb - Ismail Sabri

9-2-2021 08:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2432| Komen: 14



KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk membenarkan restoran dan kedai makan beroperasi secara dine-in atau makan di kedai dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menjelaskan sidang khas Majlis Keselamatan Negara memutuskan kebenaran itu diberikan bermula pada 10 Februari dengan jumlah dua orang semeja.

Selain itu, penjarakan satu meter juga dikenakan kepada pengunjung yang makan di kedai atau restoran.

"Kerajaan bersetuju membenarkan restoran menyediakan perkhidmatan makan di dalam premis kepada pelanggan berkuat kuasa esok, namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Kebenaran itu adalah tambahan kepada SOP sebelum ini yang hanya membolehkan restoran beroperasi secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran.

"Jumlah pelanggan dihadkan hanya dua orang untuk satu meja dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

"Masyarakat masih perlu mematuhi SOP yang ditetapkan walaupun diberi kebenaran ini," katanya pada sidang media khas pelaksanaan PKP pada Selasa.

Sebelum ini, restoran dan kedai makan hanya dibenarkan beroperasi untuk pelanggan membawa balik makan yang dibeli.

Waktu operasi masih kekal bermula 6 pagi hingga 10 malam.


Sumber : Astro Awani

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 9-2-2021 08:39 PM
mari kita tambah balik kes jangkitan kepada 5 ribuuuuuuuuuuu

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote farhani87 9-2-2021 08:46 PM
Doa yg baik2 jer. InsyaAllah rakyat Malaysia semakin pandai jaga diri.
Quote kakikuDibibirmu 9-2-2021 08:47 PM
Ke arah menuju PRU 15
Quote LadyCarefree 9-2-2021 08:58 PM
What. The. Hll.
Quote kakikuDibibirmu 9-2-2021 09:03 PM
What the hell


[youtube]tQmEd_UeeIk[/youtube]
Quote ChildrenOfBodom 9-2-2021 09:04 PM
bila kes makin turun teruih gatai peliaq nk benarkan itu ini.. takleh tunggu sikit lagi ka shaitan? pasni biaq laa orang balik kampong masa raya cina pula.. harap cobid mencanak balik dan ramai menteri mampuih kena cobid.
Quote kakikuDibibirmu 9-2-2021 09:06 PM
Menteri Rina kena kobid terus selim-melim
Quote EvieWanKenobi 9-2-2021 10:45 PM
bagaimana dengan jarak?
dah boleh travel lebih 10km dari tempat tinggal?
Quote olaoli 9-2-2021 11:48 PM
Pkp my arseeeee
Quote iza_yuss 10-2-2021 12:08 AM
baru nak ada harapan kot2 boleh landaikan graf jangkitan....

raya sorang2 ar aku kali ni kat negeri orang.... huhu
Quote chacon 10-2-2021 12:35 AM
ok lah tu graf pun dah turun.janji tak ada rentas sempadan... sampai bila nak pkp.mati orang gaji hari woii..tapi belum tentu mati sebab covid
Quote Jemahjemah 10-2-2021 01:31 AM
Aku xpaham ap yg diaorg pk
Quote slavehunter 10-2-2021 01:47 AM
Aku ok jer sebab banyak orang nak income dan survive dan aku pun jenis spend utk menggerak economy.
Quote Simunggu 10-2-2021 07:53 AM
semua aku tak kesah....golop bila buka???

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.039306 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top