CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Guna Menangis Bayi Tiada Tempurung Kepala Jika Tak Datang Check Up Air Gula

9-2-2021 09:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5644| Komen: 16

Perjumpaan berkala dengan doktor amat penting untuk memantau tumbesaran bayi dalam kandungan.



Ini termasuklah temu janji untuk pemeriksaan risiko kencing manis di mana ibu hamil biasanya diminta meneguk secawan air gula.


Gambar hiasan

Tidak dinafikan, rasa cecair itu sedikit meloyakan bagi sesetengah orang, namun tidak bermakna keperluannya boleh dipandang sebelah mata.

Mengambil kisah dikongsikan seorang pakar perubatan ini mungkin boleh membuka mata anda dengan lebih meluas. 



Kata Dr Muhammad Izzat, beliau berat hati selepas membuat pemeriksaan CT scan kepada seorang ibu hamil apabila tempurung kepala bayinya tidak terbentuk secara normal.

Lebih mengejutkan, wanita berkenaan tidak hadir ke check up air gula tanpa menyedari bahawa masalah diabetesnya sudah di tahap membimbangkan.


Kredit foto: FB

Menangis kesal ibu terbabit, namun nasi sudah menjadi bubur. Apalagi jangka hayat bayi yang menghadapi masalah 'anenchephaly' ini berkemungkinan tidak lama.


Kredit foto: FB

Justeru, Dr Izzat menegaskan mengenai kepentingan pemeriksaan air gula selain menyarankan ibu hamil memulakan pengambilan vitamin asid folik tiga bulan pertama sebelum hamil.


Sumber: Kisah Dunia

1

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 9-2-2021 09:20 PM
Dr @ipes2 kalau ada GDM masa pregnant dulu, lepas lahir minum air gula takda dah kencing manis. Then kalau try to concieve let say dalam masa setahun lagi, advisable untuk check kencing manis dulu ke sebelum ttc?
Quote mizzmimi 9-2-2021 09:57 PM
Sedihnya kalu jadi camni.
Quote Chah21 10-2-2021 01:45 AM
doubleA: Dr  @ipes2  kalau ada GDM masa pregnant dulu, lepas lahir minum air gula takda dah kencing manis. Then kalau try to concieve let say dalam masa setahu ...

Sorry terkomen.. biasanya x digalakkan sebelum 2 tahun coz risiko ada gdm tu tinggi.. then klu berulang gdm,ada risiko lekat dm type 2 dlm masa 5 taun klu xkawal pemakanan.. seeloknya check bacaan gula secara berkala sblum plan tmbh baby
Quote Asdira 10-2-2021 02:58 AM
Klu yg kes baby kepala besar apa puncanya ye? Ada yg tau?
Quote Belibis 10-2-2021 09:30 AM
Nauzubillah..kesian,macam baby kena virus zika jadinya.
Quote bulan_gerhana 10-2-2021 11:21 AM
yup last pregnancy,, detected diebetic gdm... tu lah pelik.. 3 anak sebelum ni.. memang xde.. but lepas naak 1st ade 3x miscarriege less than 12 weeks.. dah buat investigation.. no solution.. incomplete pregnancy.. check glucose pun xde positive ade diebetic.. lepas tu try conceive.. siap pegi pakar.. x menjadi.. bila try natural.. alhamdulillah... 2nd prgnant.. suspected big baby 3rd baby normal and 4th baby tiber byk kerenah.. low hb sgt rendah.. glucose test failed.. terus la kene buat bsp tiap bulan.. dah la report lambat sbb enviroment keje.. tiber kene ceramah nutrisi.. anak nak 4.. mcm jadi bodo kejap..  bermulalah diet segala gula.. carbo..  duit x berapa ade.. xde gatal nak gi swasta.. tau mmg high risk..
duk dendiam je pegi klinik ibu dan anak terdekat... yea... gdm ni x leh buat main... faktor umur.. hormon badan... jgn skip konon nak elak glucose test... keluh kesah... ini cerita generasi ke generasi.. bukan diri kita je..
Quote Tinot7 10-2-2021 11:53 AM
Ingatkan ibu berdarah manis ni ada risiko dpt baby besaq je..
Quote spy^patrick 11-2-2021 04:40 PM
so maksudnya kena wt checkup selalu ke?
Quote ipes2 21-2-2021 10:37 PM
doubleA replied at 9-2-2021 09:20 PM
Dr @ipes2 kalau ada GDM masa pregnant dulu, lepas lahir minum air gula takda dah kencing manis. Then ...

maaf tak tgk tag section, lupo lak

firstly before sy lupa, nak tnaya avatar itu adalah penyanyi kan? siapa ya?

Berkenaan GDM, sekali kita da GDM, chance utk dapat DM betul in one's lifetime is 1 in 5
ie dari 10 wanita sebegini, 2 dari mereka akan mendapat DM nanti
juga once ada GDM, maka next time utk dapat lagi GDM semasa pregnant is high

berbalik kepada topic dari wartawan cari, yes congenital abnormality sgt high jika tidak jaga pemakanan atau tidak ambil tahu kadar sugar sebelum pregnant. jika bacaannya teruk, kami disini tidka benarkan wanita utk pregnant.
Quote doubleA 22-2-2021 12:11 AM
ipes2 replied at 21-2-2021 10:37 PM
maaf tak tgk tag section, lupo lak

firstly before sy lupa, nak tnaya avatar itu adalah penyanyi ...

Thanks doc. No worries lambat pun. Aah avatar saya penyanyi zamani, vokalis kumpulan slam yg popular lagu gerimis mengundang tahun 90an dulu hehe

Oh kiranya nak check sugar level tu boleh cek macam BSP atau ada test lain? Sebab kalau BSP boleh cek sendiri pakai mesin tu. Cuma ada GDM masa pregnant dulu, BP ke HB semua ok. Tu pun bacaan kurang cantik sebelum breakfast, lepas bgn tido tu. Kalau bacaan 2 jam lepas makan ok. Makan ubat juga la start 6 bulan ke atas pregnancy dulu. Now baby umur setahun dah, plan kalau nak concieve balik pun dalam 1.5 tahun lagi tunggu baby 2-3 tahun umur
Quote doubleA 22-2-2021 12:22 AM
Chah21 replied at 10-2-2021 01:45 AM
Sorry terkomen.. biasanya x digalakkan sebelum 2 tahun coz risiko ada gdm tu tinggi.. then klu ber ...

It's ok, tq reply. Baru perasan bila buka balik benang ni, tak dapat noti.

Plan juga lepas 2 tahun sebab yg sulung czer, memang kena jarak. Cek bacaan gula tu sendiri cek BSP atau ada test lain?
Quote Chah21 22-2-2021 01:08 AM
doubleA replied at 22-2-2021 12:22 AM
It's ok, tq reply. Baru perasan bila buka balik benang ni, tak dapat noti.

Plan juga lepas 2 t ...

Bsp la sis tp check pg2 sblum mkn dlm keadaan puasa.. boleh monitor jgk melalui situ.. n jga pmknn la yg pastinya
Quote doubleA 22-2-2021 01:13 AM
Chah21 replied at 22-2-2021 01:08 AM
Bsp la sis tp check pg2 sblum mkn dlm keadaan puasa.. boleh monitor jgk melalui situ.. n jga pmknn ...

Aiyoo bacaan pagi2 lepas puasa tu la i fail masa pregnant dulu. Normal nak 5.7 ke 5.9 entah i skor 6.2 ke terlebih sikit la. Tak makan malam, pakar pemakanan pun cakap mungkin hormon imbalance. Bacaan time sebelum makan waktu lunch ke dinner semua ok, lepas bangun tido tu fail

Tu masa pregnant dulu la, skg tak cek pulak
Quote ipes2 22-2-2021 05:43 AM
doubleA replied at 22-2-2021 12:11 AM
Thanks doc. No worries lambat pun. Aah avatar saya penyanyi zamani, vokalis kumpulan slam yg popul ...

gold standard untuk test for DM tetap yang minum air gula tu, ie Oral Glucose Tolerance Test (ie OGTT); alah yg kita puasa from midnight, bgn pagi gi clinic dan depa ambil darah kat lengan lalu awak minum 75g glucose in water, tunggu 2 jam dan ambik darah lagi di lengan dan boleh lah buka puasa after that.

anak dah setahun dah? alhamdulillah   sangat indah mereka masa2 ini, kita geletek perut dia la etc.. cuma poop je yg tak tahan
Quote ipes2 22-2-2021 05:44 AM
doubleA replied at 22-2-2021 12:11 AM
Thanks doc. No worries lambat pun. Aah avatar saya penyanyi zamani, vokalis kumpulan slam yg popul ...

oh zamani ya. ok beres. mekasih
Quote Chah21 22-2-2021 03:16 PM
doubleA replied at 22-2-2021 01:13 AM
Aiyoo bacaan pagi2 lepas puasa tu la i fail masa pregnant dulu. Normal nak 5.7 ke 5.9 entah i skor ...

Try check sis.. kot dh ok..  mna tahu rezeki boleh tmbh

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.064460 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top