|
Pelakon Azza Elite menerusi ruangan Instagramnya telah menzahirkan perasaan berang apabila telah menjadi mangsa sindiket penipuan pembantu rumah. Menurut Azza, dia yang pada mulanya mencari pembantu rumah telah ditipu individu tersebut yang dikenali sebagai Fuad dan dilaporkan telah kehilangan hampir ribuan ringgit.
Atas dasar kepercayaan, Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari,43, telah meminta Fuad yang juga rakan kepada beberapa selebriti untuk mencari pembantu rumah untuknya. Dia dilihat telah berkongsikan pengalaman tersebut di Instagram peribadi miliknya untuk tatapan peminat. Difahamkan, individu tersebut telah mengambil duit upah carian namun menghantar pembantu rumah yang tidak mencapai standard.
Meninjau ruangan komen, ramai pengikut dan peminat serta rakan artis tampil mengucapkan takziah dan memohon pelakon dan juga usahawan sejadah ini agar bersabar menghadapi dugaan. Sumber: BeautifulNara |

Cari-Mod replied at 9-2-2021 02:55 PM
berkicapp dekk
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.047629 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.