CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Mewah, Kelab Mewah: Sumareh Sertai JDT

10-2-2021 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6337| Komen: 50

Kuala Lumpur: Teka-teki mengenai masa depan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh akhirnya terjawab apabila dia diumumkan secara rasmi sebagai pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) musim ini.


Menerusi video pengenalan Sumareh sebagai pemain baharu di laman Facebook Johor Southern Tigers (JST), pemain sayap yang lebih dikenali dengan Keli Boy itu kelihatan segak apabila menaiki kereta mewah ke Stadium Sultan Ibrahim.

Malah, dalam video itu juga, Sumerah meminta pemandu kereta itu untuk membawanya ke kelab terbaik di Malaysia.


Foto: FB JST

"Tolong bawa saya ke kelab terbaik Malaysia," kata pemain kelahiran Gambia itu.

Sebelum ini, perkhabaran perpindahan Sumareh ke JDT bertiup kencang terutama di media sosial sejak beberapa hari lalu.


Untuk rekod, Sumareh sebelum ini beraksi di Liga Thailand bersama kelab Police Tero FC selama beberapa bulan selepas meninggalkan Pahang dengan mengaktifkan klausa 8.7 dalam kontraknya.

Dia kemudian mengesahkan kembali ke Malaysia sambil menyifatkan pengalaman bersama Police Tero di Liga Thailand memberi banyak faedah buat kariernya.

Lantas sejurus pulang ke tanah air, namanya terus dikaitkan dengan JDT.

Malah kenyataan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bersedia meminta restu daripada Pahang untuk mengikat Sumareh nyata menguatkan lagi spekulasi itu.

Foto: FB JST
Sementara itu, Tunku Ismail sedia menjadi 'orang tengah' pertelingkahan antara Sumareh dan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Menurut Tunku Ismail, keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) yang mengarahkan PBNP supaya membayar AS$1.2 juta (RM4.9 juta) kepada Sumareh sememangnya cukup tinggi dan beliau akan cuba memujuk tonggak naturalisasi negara itu.

Urusan memujuk Sumerah atau lebih dikenali dengan jolokan Keli Boy itu mungkin mudah terutama selepas pemain sayap itu diumumkan sebagai pemain terbaru JDT musim ini, sekali gus menjadikan Tunku Ismail 'bos' barunya.

"Terima kasih Pahang. Saya akan berunding dengan dia (Sumareh) untuk selesaikan dengan Pahang cara baik dan kurangkan harga settlement Pahang hutang dia," tulis Tunku Ismail di ruangan balas Instagram. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote notM 8-2-2021 04:13 PM
Buat malu je negeri Bauksit Balak Tak mampu bayar
Quote CiliPadiSedap 8-2-2021 05:05 PM
banyak nya gaji dia
Quote Decaffeinated 8-2-2021 05:08 PM
Takde ka yang nak tanya Sumareh ni bila nak hantar balik afrika

Quote makneng 8-2-2021 07:49 PM
Rasain....
Quote sambaldurian 8-2-2021 07:57 PM
tu la amek lg org luar xkn la dlm 10 juta laki msia ni xde yg reti main bola. nk jugak amek naturalisasi. klu muka hero k-drama xpe lg. pastu klu main mmg bawak piala besar, bwk ke piala dunia xpe jgk, ini sama level estet jgk.baik la hired bdk kampung sini.
Quote CikYaYaYa 8-2-2021 08:39 PM
tu diaa RM4.9 juta... Bnyk nya gaji dia sbulan.. Patut ler rmaii nk jd pmain bola
Quote Punat_button 8-2-2021 08:45 PM
CikYaYaYa replied at 8-2-2021 08:39 PM
tu diaa RM4.9 juta... Bnyk nya gaji dia sbulan.. Patut ler rmaii nk jd pmain bola
Sebelum ini, Sumareh mengambil tindakan untuk membuat aduan rasmi ke FIFA kerana tidak dibayar gaji selama beberapa bulan
membaca amalan mulia

Quote CikYaYaYa 8-2-2021 08:54 PM
Punat_button replied at 8-2-2021 08:45 PM
membaca amalan mulia

Hahaa maaff... Bacaaaa express gituu lerr..
Quote stinger.baik 8-2-2021 08:56 PM
idea bodoh naturalisasi bangsa asing jadi pemain kebangsaan

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote batusembilan 8-2-2021 09:13 PM
dh salah pbnp.......breach contract of agreement.

lagi pun apa yg perlu dibayar tu ialah tunggakan gaji sumareh.
Quote snowflakes 8-2-2021 09:37 PM
Lain kali guna player local je senang
Quote ultra78 8-2-2021 10:29 PM
Tak payahlah pakai pemain import bagai. Gaji pun tak mampu bayar. Management hauk.Bolasepak kat malaysia cuma layak semi-pro sahaja.
Quote duri_durians 9-2-2021 02:11 AM
sumareh dah pindah main kelab negara lain kan skrg?
wonder kalau naturalisasi dia berbaloi..
Quote dudaberhias 9-2-2021 02:18 AM
manusia bodoh yang sign dan setuju dengan gaji player tu... padahal bola malaysia tak banyak hasil pun untuk dalam negara ni.... kutipan tiket bola pun nan hado... tapi gaji player mengalahkan negara jiran...

bagi kat ebit lew lagi baguihhh dikkk..... duit2 tu berapa orang dah dia boleh bantu...
Quote kakigebang 9-2-2021 11:15 AM
sambaldurian replied at 8-2-2021 07:57 PM
tu la amek lg org luar xkn la dlm 10 juta laki msia ni xde yg reti main bola. nk jugak amek naturali ...

nak player muka hero ke nk player ada skill...ko ni komen gosip hiburan ke sukan..
tak kisah muka negro pu. janji handal.. aku tak kata sumareh handal, player bola tk perlu muka k pop jnji betis mcm roberto carlos
Quote emera 9-2-2021 11:19 AM
Tak mampu, buat cara tak mampu
Quote Boomibulat 9-2-2021 12:05 PM
duri_durians replied at 9-2-2021 02:11 AM
sumareh dah pindah main kelab negara lain kan skrg?
wonder kalau naturalisasi dia berbaloi..

Dpt main 3 bulan je..nak balik kesini pulak..
suma.png

Quote sambaldurian 9-2-2021 01:29 PM
kakigebang replied at 9-2-2021 11:15 AM
nak player muka hero ke nk player ada skill...ko ni komen gosip hiburan ke sukan..
tak kisah muka ...

so dgn muka x kpop tu ada bwk piala asia ke kt kita. ak nk tekankan xyah amek pemain naturalisasi, rakyat malaysia ni ramai dh.
Quote axl_bach 9-2-2021 01:55 PM
sambaldurian replied at 9-2-2021 01:29 PM
so dgn muka x kpop tu ada bwk piala asia ke kt kita. ak nk tekankan xyah amek pemain naturalisasi, ...

Hakikat kena terima kakcik, level local players yg kita ada xleh pi jauh....mmg level Asean jer, selagi player kita masih nk tgu kat Liga M jer harap gaji mahal.....

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.230855 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top