CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penghantar Makanan Maut Dirempuh Lori Laju

10-2-2021 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4869| Komen: 22

Serdang: Pemandu lori ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan laju hingga menyebabkan kemalangan dengan lima kenderaan lain serta membabitkan kematian berhampiran sebuah hotel di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sini, semalam.


Dalam kejadian pada 1.40 tengah hari itu, seorang penghantar makanan berusia 35 tahun yang parah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari'at berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika lori dipandu suspek berusia 47 tahun berkenaan bergerak agak laju sebelum hilang kawalan selepas keluar dari susur Lebuh Bukit Jalil-Puchong.



"Disebabkan keadaan itu, lori berkenaan melanggar sebuah van sebelum merempuh sebuah motosikal Yamaha Y125ZR dan Perodua Axia dalam masa sama mengakibatkan penunggang motosikal berkenaan jatuh di lokasi kejadian.


"Lori berkenaan yang masih tidak dapat dikawal ketika itu kemudian melanggar belakang Perodua Myvi dan Toyota CHR sebelum terbabas di bawah jejantas dan terhenti di situ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, pemandu lori berkenaan ditahan untuk menjalani ujian alkohol dan urin.


"Semakan mendapati pemandu lori berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 10-2-2021 11:26 AM
Takziah kpd keluarga
Quote FOTHER-MUCKER 10-2-2021 11:37 AM
Kejadian seperti ini selalu berlaku di malaysia kerana terlalu banyak rasuah.
Quote Skuau 10-2-2021 12:00 PM
pada akhirnya.....'Kemalangan' jer.Sepatutnya kemalangan berpunca drp sikap dan bukannya masalah teknikal...yg menyebabkan kematian atau kecederaan parah...hukuman berat wajib dikenakan  kpd pemandu berkenaan.
Quote Boomibulat 10-2-2021 12:04 PM
Innalillah..Bnyk pulak rider maut akhir2 ni..
Quote haruslah 10-2-2021 12:07 PM
Bro tu kena lenggek lori tp nampak masih gerak2 badan + kepala dia.
Takziah kpd mangsa
Pilot darat mmg byk hamjad pun
Quote piao 10-2-2021 12:28 PM
[youtube]-ElYipJjjqo[/youtube]


Cakap pasal raider nah tgk Video ni...
Quote Kurex 10-2-2021 12:36 PM
Pemandu lori kebanyakkan mcm cilaka perangai + gatal
Quote salmon-suki 10-2-2021 01:06 PM
Kt Puchong ni pemandu perangai cm sh*t...
Quote monreyes 10-2-2021 01:23 PM
aku mmg ngeri kalau tengok rider lalu tengah2 jalan...
orang lain bawak motor maybe relax2...
tapi dorang ni kejar job..so selalu gopoh...
hati2 lah..
Quote hatikudus 10-2-2021 02:06 PM
monreyes replied at 10-2-2021 01:23 PM
aku mmg ngeri kalau tengok rider lalu tengah2 jalan...
orang lain bawak motor maybe relax2...
tapi ...

Mmg betul tapi jgn lupa diorang pun kejar masa nak hantar pesanan makanan. Lambat nnt org komplen...
Biasa aku bg je laluan bila perlu...
Quote batusembilan 10-2-2021 02:21 PM
gile babi punya lori. ko dh brake rosak cari lah dinding atau divider siap2......stupid la
Quote monreyes 10-2-2021 03:03 PM
aotearoa replied at 10-2-2021 01:50 PM
Aku setuju.Selalu jugak tengok mereka main langgar je lampu isyarat.Ngeri tengok gelagat rider gin ...

btol tu...
wpun lampu merah..agak2 clear,  rider jalan dulu...
depan opis aku ni ada 3 traffic light...
mmg x brani nak suka2 lintas...
Quote any42 10-2-2021 03:13 PM
Nmpak rider tu gerak2 ingatkn selamat. Takziah.
Quote tootii 10-2-2021 03:21 PM
aku slalu berangan kalau aku boleh buat utk semua jalan kat malaysia ni  lorong khas utk motor, lorong khas utk lori, lorong khas utk kereta .. lorong khas utk bas (dah ada dah) ... walaupun aku tau angan2 aku ibarat angan2 mat jenin hahahaa ..
Quote dudaberhias 10-2-2021 03:27 PM
ya allah tak sanggup nak tengok tapi aku pergi klik jugak video tu... kesiannya abang rider tu...
lori tu pun nampak lebih muatan je apesal la bawak laju2 jugak... actually nak bawak laju tu no hal la kalau hiway ke apa ni kawasan penuh kenderaan dan orang kot? kenapa ko tak race je teruih... elok dengan dia sekali kojol.
Quote dudaberhias 10-2-2021 03:28 PM
monreyes replied at 10-2-2021 01:23 PM
aku mmg ngeri kalau tengok rider lalu tengah2 jalan...
orang lain bawak motor maybe relax2...
tapi ...

iols pun memang kalau ada motor iols akan cuba elak motor ni... bagi deorang lepas dulu.. sebab kadang2 kita signal kiri.. deorang kat belakang lagi lepastu ada yang bawak macam siput pulak tu...
better bagi deorang lepas dulu masuk ke kiri untuk keselamatan kedua2 belah pihak..
Quote dudaberhias 10-2-2021 03:32 PM
tootii replied at 10-2-2021 03:21 PM
aku slalu berangan kalau aku boleh buat utk semua jalan kat malaysia ni  lorong khas utk motor, loro ...

tapi boleh eksiden jugak sebab manusia yang bawak... manusia ni pelik2 ada ambil dadah, ada yang mabuk dan entah haper2 yang kita pun tak boleh ramal... better kaka buat keter autonomous keta dan segalanya drive sendiri jah macam detroit become human... so basically orang2 yang naik keta ibarat naik public transport... automatic...

risiko autonomous accident ni boleh kurang sampai 98% katanyerrr..

tapi tu la teknologi belum capai tahapnya lagi... ikutkan kos lebih kurang buat high speed rail semua tu jer..
Quote tootii 10-2-2021 03:33 PM
dudaberhias replied at 10-2-2021 03:32 PM
tapi boleh eksiden jugak sebab manusia yang bawak... manusia ni pelik2 ada ambil dadah, ada yang m ...

hahaa betul jugak kan .. ok setuju and appoved hahaaaa
Quote monreyes 10-2-2021 03:41 PM
tootii replied at 10-2-2021 03:21 PM
aku slalu berangan kalau aku boleh buat utk semua jalan kat malaysia ni  lorong khas utk motor, loro ...

baru je lagi kes kat PJ or around that area kete masuk lorong motor...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.054012 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top