Jika sebelum ini sering melakonkan watak 'ringan' dan kurang serius kerana memiliki raut wajah yang kelihatan kebudak-budakan, pelakon Alvin Chong akhirnya berjaya membuktikan dia juga adalah pelakon versatil menerusi drama Takdir Yang Tertulis.
Jelas Alvin, 30, dia tidak menyangka karakter Ean yang merupakan seorang peguam dalam drama berkenaan menerima pujian penonton kerana jelas menampilkan sisi berbeza daripada watak yang pernah dijayakan sebelum ini. "Dulu ramai judge saya sebab muka jambu, muka macam budak-budak biarpun umur dah cecah 30 tahun. Disebabkan itu juga ramai produser tak berapa yakin nak berikan watak yang serius dan matang untuk saya. "Tapi apabila tengok Takdir Yang Tertulis, akhirnya orang nampak saya boleh bawa watak serius dengan baik, semua memuji lakonan saya sebagai Ean dan saya sangat bersyukur dengan perkara tersebut," katanya ketika dihubungi mStar.
Alvin turut berterima kasih kepada pengarah Takdir Yang Tertulis, Shahrulezad Mohameddin kerana banyak membantu membentuk karakternya seperti yang dikehendaki oleh sutradara tersebut.
|
MakcikLaksa replied at 10-2-2021 02:06 PM
Acik lg minat tgk sean lee drpd dia ni. Tp sejak acik layan TYT, acik minat juga dah kat dia ni
shuerin replied at 10-2-2021 02:50 PM
sama la kita, acik...
sblm ni asik sean, sean, sean je...
dudaberhias replied at 10-2-2021 02:25 PM
lakonan memang agak janggal... tapi heshe tetaplah herlok... jadi kita kena sokong dan beri semangat ...
dejure replied at 11-2-2021 12:10 AM
Selain dr muka jambu alvin ni artis cina yg i tgk agak berbulu banyak juga..jarang jumpa cina berbul ...
MakcikLaksa replied at 10-2-2021 02:06 PM
Acik lg minat tgk sean lee drpd dia ni. Tp sejak acik layan TYT, acik minat juga dah kat dia ni
ADVERTISEMENT