|
Padah beraksi tidak senonoh di sebuah kedai, seorang lelaki gila seks akhirnya dijatuhkan hukuman penjara. Geoffrey Chambers, 66, dari Hereford, England dilihat menggosok buah-buahan dan sayur seperti labu kecil dengan gaya lucah sehingga mengganggu pengunjung sebuah kedai pada 12 Disember tahun lalu.
Malah, dia turut melakukan perbuatan itu di hadapan pelanggan wanita dan kanak-kanak. Daily Star melaporkan, polis kemudiannya dipanggil ke lokasi kejadian sebelum dia ditahan untuk siasatan. Perbicaraan pada Jumaat lalu akhirnya memutuskan dia dipenjara lapan bulan atas perbuatan berkenaan. Untuk rekod, lelaki itu juga sebenarnya baru sahaja dibebaskan dari penjara, juga atas kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, dua bulan sebelum kejadian terbaharu pada Disember lalu. Sumber: mStar
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.255276 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.