CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Berbulan Bunyi Bising Gerudi, Habuk Simen, Wanita Stres Jiran Renovate Rumah Langsung Tak Ada Common Sense

11-2-2021 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13052| Komen: 86

Kalau dah namanya hidup berjiran, kita diingatkan untuk menjaga adab agar keharmonian hidup bermasyarakat terjaga.

Tidak kiralah hidup di kampung atau di bandar, berjiran dengan kaum sebangsa atau sebaliknya, adab sesama jiran perlu dititikberatkan.


Jika diselusuri di laman sosial, ramai juga yang meluahkan rasa kecewa dengan jiran sendiri yang seolah-olah tidak mempunyai 'common sense', sebagaimana yang dialami oleh seorang pelayar ini.


Gambar Hiasan, Kredit foto: The Star

Berkongsi coretan di laman IIUM Confession, pelayar ini meluahkan rasa kecewa dengan sikap jirannya kerana langsung tidak memikirkan situasi sekeliling apabila melakukan ubah suai kediaman.


Menurutnya, segala-galanya bermula apabila dia dan keluarga berpindah ke sebuah taman perumahan yang baharu diduduki, pada September tahun lalu.

"Masalahnya bermula pada Oktober tahun lepas. Jiran sebelah kiri kami ni nak renovate rumah. Yang menjadi masalah adalah dia nak renovate satu rumah atas bawah, cabut semua tiles dan dinding.

"Dan kami sebagai jiran sebelah rumah amat terkesan dengan aktiviti renovation tersebut.

"Bayangkan dari bulan 10,11,12 tahun lepas dia renovate rumah, mula-mula drill dinding dari 8.30 pagi sampai 5.00 petang untuk tambah wiring. Tak habis-habis drill pagi sampai petang.

"Boleh katakan bulan 10 tu complete sebulan dia drill dan pecahkan dinding je. Bayangkan rumah ni besar, 2600 kaki persegi. Berapa banyak dia drill dinding non-stop tu," luahnya kecewa.

Gambar Hiasan

Malah menurut pelayar ini, bukan saja terpaksa menghadap bunyi bising selama berbulan-bulan itu ketika hari bekerja, malah ada kalanya ia turut berlarutan sewaktu hujung minggu.

Tidak sekadar perlu menghadap bunyi bising, ada beberapa perkara lagi yang benar-benar membuat dirinya hilang sabar.

"Habuk pecah-pecah banyak betul sampai garaj parking berhabuk putih. Kereta jangan cakaplah. Kerja aku menyapu jelah. Aku sabar lagi. Kerja renovation itu terus bersambung hingga bulan 12.

"Ada satu hari tu, kerja-kerja ubah suai dibuat hari Ahad. Aku dah la menyidai baju sangat banyak hari tu, dua kali mesin basuh baju. Yelah dah Isnin sampai Sabtu aku tak boleh nak menyidai dengan habuk semua tu, mestilah la hari Ahad saja aku ada masa nak sidai. Dibuatnya kerja pulak hari tu.

"Entah syaitan apa merasuk, aku mengamuk betul kat balkoni. Tension tengok baju disidai dah berhabuk putih. Aku jerit bagi dia dengar, kalau nak buat kerja tu bagitahulah awal-awal, tak payahlah aku nak menyidai hari tu. Ada lagilah yang aku menjerit marah-marah, terus diam orang tu," ceritanya.

Cerita pelayar ini, akhirnya setelah beberapa lama tahan sabar, dia dan suaminya terpaksa bersemuka dengan kontraktor yang bertanggungjawab menjalankan pengubahsuaian tersebut, selepas dinding di salah sebuah bilik kediaman mereka berlubang kesan daripada aktiviti menggerudi.

"Aku cakap dengan kontraktor tu memang tak ada lemah lembut dah, memang aku terus sound aje. Habis sampai rosak rumah orang. Kau nak drill banyak mana lagi?

"Ada satu hari tu agaknya suami aku dah habis sabar dia, dia tengah makan tengah hari. Kami berbual la sekejap, baru saja sekejap nak berbual orang sebelah start drill dinding.

"Mengamuk laki aku. Terus dia keluar rumah, pergi rumah orang sebelah, jumpa dengan kontraktor. Suami aku tanya apa benda yang korang drill ni, kerja 2 bulan tak sudah-sudah.

"Hujung bulan 12 tahun lepas, wiring dia dah siap. Bulan 1 tahun ni tak ada apa-apa kerja. Tapi masuk bulan 2, dia start balik drill lantai. Hari ini, Ahad 7 Februari pukul 5.15 petang, kerja drilling masih belum berhenti," luahnya.


Gambar Hiasan

Tambah pelayar berkenaan, dia dan keluarganya tidak menghalang jiran mereka untuk melakukan kerja pengubahsuaian kediaman, namun terkilan kerana langsung tiada sedikit rasa perikemanusiaan terhadap keadaan sekeliling.

"Kami jiran-jiran kiri kanan rumah dia ni dah cukup bersabar tiga bulan dia drill rumah. Tak kan tak boleh berhenti kerja kalau hari minggu. Sudahlah tak ada pun courtesy nak jumpa jiran mintak maaf ke apa. Kau senanglah, sebab kau tak duduk sini dan kena dengar semua bunyi tu.

"Aku dahlah ada hari bekerja dari rumah, kalau ada mesyuarat Google Meet memang aku stres sebab bunyi drill sebagai background. Penat. Telinga dan otak aku penat.

"Otak aku rasa sebu. Doakan aku terus bertahan dan bersabar sampai rumah sebelah ni siap. Esok dan hari seterusnya, terus aku mendengar dan menghadap bunyi drill, entahlah sampai bila," ujarnya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 11-2-2021 01:01 PM
Kalau kaya sangat beli banglo la terus.ni beli teres,nak reno semua.
Quote matchstick 11-2-2021 01:02 PM
Belibis: Kalau kaya sangat beli banglo la terus.ni beli teres,nak reno semua.

Baru nk tulis yg sama..
Quote Boomibulat 11-2-2021 01:26 PM
Bunyi guli jetuh ade tak..?
Quote chinta89 11-2-2021 01:32 PM
Mmg keji x fikir org sekeliling
Quote Kitty_catz 11-2-2021 01:38 PM
ehh umah banglow pun sama, kut2 sekali naik 3 tingkat sama swimming pool.ketang ketung piling dr pagi sampai petang.. ko mampooo?

habuk mmg tak berapa, but bunyi bising tu? larat nak hadap senin till sabtu 8am-5pm?

kut ada extra duit, nak je sewa umah lain kejap sbb tak tahan.. naseb umah jauh sket tp  since mco ni mgmt x bagi masuk, smua construction and heavy reno kena stop
Quote airmineral 11-2-2021 02:13 PM
aku baru semalam kena
jiran selang serumah buat renovation
seharian drill dgn aku meeting online lagi
stress weh
umah inlaw aku pon jiran renovatenumah sendiri drpd sebelum pkp smp skg xsiap2 agi
tp tu isi masa lapang dia je tp bising la bila dgr bunyi mesin potong2 drill yg berterusan..
Quote LadyCarefree 11-2-2021 02:13 PM
Buat report kat majlis daerah dan repot polis sebab gangguan
Quote makneng 11-2-2021 02:17 PM
Jiran toksik mmg wujud. Rasa mcm nak pasang peledak je bagi rumah diorg tertimbus dlm tanah. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gittew kata sorang porumer
Quote prettyuglybabe 11-2-2021 02:33 PM
i assume rumah baru la sebab dia cerita perumahan yang baru diduduki kan..
tapi kejadah beli rumah baru pastu ko pi renovate habis pecah semua..
baik beli tanah pastu design sendiri je rumah kau nak macam mana..
so cerita ni hasanah ataupun pengadu overrated nak bagi sedap cerita
Quote alieyrina 11-2-2021 02:36 PM
Tmn aku bukan la tmn umah mewah. ada owner pebesar rumah sampai tempat paking kereta pun tolak habis. Makna nya dia xkan ada car porch. pintu umah depan jalan ja.
Kira hg lalu tu belaga hidung dgn pintu umah dia. Ada hati boh pagaq pulak space tinggai setoet gitu
Quote saviour_09 11-2-2021 02:37 PM
belum duduk dah cari musuh dgn jiran

kurang2 pegi la jumpa apologise bagi sejuk hati

rumahku sorgaku jadahnya kalo syaiton memekak hari2 kat sebelah
Quote helicornia 11-2-2021 02:55 PM
Belibis: Kalau kaya sangat beli banglo la terus.ni beli teres,nak reno semua.

{:dot
tu la.iols pening gak tengok org beli rumah teres pastu renovate sampai ilang rumah asal.baik ko bina je sendiri rumah ikut citarasa ko.takde sapa nak marah.sbb tu skrg byk developer tak bagi renovate rumah kan.nak pasang gril awning pun seragam je
Quote Adrif 11-2-2021 03:00 PM
IIUM confession.. >> sumber: mStar online >> tepek ke porem Cari

aneh

anyway. jiran kita belum masuk pun dah start perangai.
harap2 orang nya elok-elok la. dia buat rumah, macam nak menetap selamanya tu.
nak jiran baik-baik, aminnn

jiran lama dulu, lepas je maknye meninggal, terus rumah tu ditinggalkan terbengkalai
anak-anak dia semua tak datang dah. sunyi terus
Quote VespaSilbe 11-2-2021 03:10 PM
Paham sgt tahap stress bising construction camna
Kalau anak kecik nak tidoq pun tak dapat
Bercakap pun jenuh menjerit
2 minggu boleh tahan lagi
Nih  3 bulan leh migraine kepala
Quote little_sis 11-2-2021 03:12 PM
Last year.. unit atas umah aku buat reno mmg drill abis la.. berminggu jugak.. kalo meeting mmg background bunyi drill.. aku tahankan aje.. sampai 1 masa ada meeting yg aku kena present kat ramai participants.. bila sampai harinya, aku lega sbb mcm xde pulak reno, tapi start pukul 11++ pagi baru ada rupanya, sdgkan meeting aku pukul 3pm.. dah fikir dah nak masuk dlm kereta kejap masa meeting.. last aku pegi naik atas jumpa kontraktor, aku mintak dia stop kul 3.. nasib baik la dia boleh tolarate.. betul2 dia stop sebelum pukul 3.. phewww.. syukur
Quote depresio 11-2-2021 03:14 PM
Mmg pening oi bunyi drill
Quote akies 11-2-2021 03:15 PM
Sakit kepala kalo jiran sblh renovate rumah dari pagi sampai ke ptg..
kami dulu renovate utk kabinet dapur pun siap minta kat jiran sblh kalo bising.
Huhu
Quote aunira 11-2-2021 03:22 PM
Edited by aunira at 11-2-2021 03:24 PM

teringat jiran lama, rajin nau renovate rumah. bulan ini reno itu, bulan depan reno ini. anak anak masa tu kecik lagi, menangis mengamuk tak tahan bising. piping dari tangki rumah kita menitik tempias kat laman dia pun sound. siap menyindir kita lagi, kalau tak boleh panggil org, nanti suruh je contractor dia betulkan.

sampaikan dinding dan tile dapur kita retak, kesan dari ketukan dan drilling dari rumah dia. sabar je,  tak complained pun kat  dia. dia nak sambung dinding dapur siap cakap lagi...nanti you senang kalau nak extend, dah ada dinding sebelah ni. memang rasa sedih sangat, mcm di perlekehkan sgt kita ni

tghari siap segala kerja renovation, petang tu dengan rumah bau cat lagi. dia dah jemput panggil jiran2 utk kenduri rumah baru reno tu...

rupa rupanya sebulan selepas tu, jiran ni meninggal. sehari lepas meninggal tu, saya bermimpi, nampak dia duduk dekat depan rumah saya sambil pandang dari jauh ke arah rumah saya. Dan kebetulan juga, anak perempuan saya  (masa tu usia nya dlm 5 tahun kot) pun bermimpi juga, dia kata pakcik tu datang kat dia dan cakap 'pakcik minta maaf' .
Quote fishcracker 11-2-2021 03:48 PM
Iol kalau bising sebab drilling bagai bole tahan lagik..yang tatahan habuk2 simen putih tu berterbangan nak2 kalau time kite sidai baju kat luar

Kalau bole tolong la kontraktor gitaw la suh sidai kat dalam dulu..tak pun pasang kanvas yang kaler biru tu ha,jadinye jiran taw dah tengah renovate lagik,tabole sidai baju kat luar

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.077504 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top