Menangis Zara Zya apabila terpaksa membuang 32 kek pisang yang dibakarnya, semalam gara-gara tersilap bahan. Menerusi luahan rasa kesalnya di Instagram, Zara akui tersalah memasukkan garam yang disangkanya serbuk soda bikarbonat. Habis masin kesemua 32 kek pisangnya! "Tergeliat saya mulakan balik. Ini pengalaman yang paling manis buat saya dalam projek @zarazyacooks walaupun ketawa dalam air mata," tulisnya. Rata-rata peminat meminta Zara bersabar selain memberikan beberapa tip boleh diamalkan bagi mengelak kesilapan sama berulang. Antaranya adalah, melabelkan setiap bekas dengan pelekat.
|
dua_chzy replied at 12-2-2021 04:12 PM
Camna ko boleh silap? Lain sangat doh tekstur garam ngan bikarbonat soda tu. Mungkin ko penat dan ng ...
Normabaru replied at 12-2-2021 04:18 PM
Klu garam dgn gula tu mungkinla blh silap.. Ni serbuk bikarbonat.. Nmpk sgt xreti bt kek.. Baikla jg ...
cruz2 replied at 12-2-2021 04:48 PM
Rasa sedih dan membazir pulak tgk kek tu dlm tong sampah.byk sgt ke ter-masuk garam tu sbb biasanya ...
ADVERTISEMENT