Chennai: Polis di selatan India menyiasat kes seorang bayi berusia lapan hari yang dilaporkan meninggal dunia selepas dicampak monyet dari bumbung rumahnya.
Polis memberitahu AFP pada Ahad bahawa ketika kejadian, monyet menyerang bayi kembar perempuan yang sedang tidur di rumah mereka di negeri Tamil Nadu. Ibu mangsa, Bhuvaneshwari, mendengar anaknya menangis sebelum melihat monyet itu mengambil bayi kembarnya. Ia menyebabkan ibu mangsa mula menjerit. Dia kemudian melihat monyet itu di atas bumbung bersama anak kembarnya. "Mendengar jeritan wanita itu, penduduk kampung datang ke situ dan cuba membantu menyelamatkan bayi berkenaan," kata jurucakap polis.
Secara tiba-tiba, monyet itu menjatuhkan seorang daripada bayi itu dan mencampakkan seorang lagi ke udara. Bayi itu terjatuh ke dalam longkang dan meninggal dunia, manakala seorang lagi terselamat. Kejadian monyet menyerang manusia dan mencuri makanan adalah perkara biasa namun haiwan itu menculik bayi manusia adalah jarang berlaku. Dua tahun lalu, monyet mengambil bayi yang tidur di bawah kelambu di negeri Odisha. Mangsa kemudian ditemukan meninggal dunia. -CARI Sumber: Harian Metro
|
batmana replied at 15-2-2021 09:59 AM
Sana tkleh tembak monyet psl tu dewa dorg..hasilnya jadilah cmni
stinger.baik replied at 15-2-2021 09:37 AM
ada forummer kata monyet boleh bercakap cuma malas je
monyet berkongsi kesepadanan dna dngn manus ...
sekngucing replied at 15-2-2021 02:00 PM
itu beruk.. bukan monyet.. cimpanzi oiiiii
stinger.baik replied at 15-2-2021 02:11 PM
ko yg etis ko la cipanzi
hok aloh oghe kelate buleh ko ado etih pulok
stinger.baik replied at 15-2-2021 02:11 PM
ko yg etis ko la cipanzi
hok aloh oghe kelate buleh ko ado etih pulok
sekngucing replied at 15-2-2021 02:25 PM
manusia ni asalnya bukan dari beruk atau cimpanzi
tapi dari spesis yg sudah pupus yakni nenek mo ...
sekngucing replied at 15-2-2021 02:27 PM
aku baru paham ayat hang ni..... patutla hang marah.. hang ingat aku panggil hang cimpazi
aku ...
stinger.baik replied at 15-2-2021 02:28 PM
ajaran sains sesat mana la ko blajar ni
ko belajar ngn paderi darien fawkes ke m5 ke atau FM ch ...
sekngucing replied at 15-2-2021 02:30 PM
belajar di sekolah lah.. bab evolusi
dlm. sains. mana bleh kaitkan dgn agama
stinger.baik replied at 15-2-2021 02:33 PM
ye la lie
ko pegi la bcakap ngn kucing ko
sekngucing replied at 15-2-2021 02:36 PM
kucing mana boleh berckp
ADVERTISEMENT