Vokalis kumpulan Seventeen iaitu Ifan mengumumkan akan mendirikan rumah tangga dengan model Citra Monica pada Mei ini. Menerusi laporan Detik Hot, Ifan bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai upacara pernikahan mereka yang akan berlangsung kelak.
"Mei InsyaAllah... bulan Mei Insyaallah nikah," kata Ifan semasa ditemui media di Jatinegara, Jakarta Timur, Indonesia pada Ahad. Ditanya mengenai persiapan menjelang hari bahagia itu, Ifan berkata semuanya masih di peringkat awal kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya. "Sebenarnya baru sahaja mahu mulakan persiapan kerana terlalu sibuk," ujarnya.
Kisah cinta mereka mula menjadi perbualan hangat netizen sejak dua tahun lalu. Pada Jun 2019, video Ifan ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang iaitu Citra ketika berada dalam sebuah pangsapuri menjadi tular. Citra tampil menjelaskan dia sudah bercerai dan penyanyi itu yang juga kenalan lama berada di kediamannya hanya untuk menumpang solat. Dalam pada itu, mereka juga kerap keluar bersama dan Citra juga terlibat dalam video klip lagu terbaharu Seventeen sebagai seorang model. Ifan pernah berkahwin namun isterinya iaitu Dylan Sahara meninggal dunia akibat maut dalam tragedi tsunami yang melanda Selat Sunda pada 22 Disember 2018. Tragedi itu juga mengorbankan tiga anggota kumpulan Seventeen yang ketika itu sedang membuat persembahan di persisir pantai Tanjung Lesung, Banten, Indonesia. -CARI Sumber: mStar Online
|
Boomibulat replied at 15-2-2021 10:26 AM
Ingtkan ifanonline nak nikah lg satu..
SayaSayangMama replied at 15-2-2021 12:58 PM
Kesah plak la dia nk kawen ke tidak. Dulu yg bini mati kena tsunami ke
kakakpositifker replied at 15-2-2021 03:23 PM
ye sis. bini dia meninngal dulu sebab tsunami. kata nya model ni iras bini lamanya itu
kakakpositifker replied at 15-2-2021 03:23 PM
ye sis. bini dia meninngal dulu sebab tsunami. kata nya model ni iras bini lamanya itu
ADVERTISEMENT