CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bengang TV Terpasang -Warga Emas Pukul Kekasih Guna Tukul, Letak Peluntur Dalam Kopi

15-2-2021 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2154| Komen: 15

Seorang wanita berusia 74 tahun didakwa memukul kekasihnya di kepala menggunakan tukul gara-gara membiarkan TV terpasang.

Dalam kejadian di Arizona, Amerika Syarikat (AS), Marilyn Kepler turut didakwa meletakkan peluntur dalam minuman kopi untuk meracun kekasihnya.


Suspek memberitahu polis bahawa dia berang dengan kekasihnya kerana televisyen yang dibiarkan terpasang itu di menganggu tidurnya.

Pasangannya yang juga berusia 74 tahun berkata, wanita itu memukulnya di kepala ketika tidur.


Foto: Daily Star

Bercakap kepada polis, dia dapat meyakinkan kekasihnya untuk memandu ke hospital selepas kejadian.


Namun tambahnya, wanita itu memandu melepasi hospital dan mengacukan pistol kepadanya.

Menurut polis, mangsa dapat mengelak dan melarikan diri sebelum wanita berkenaan beredar.

Orang ramai yang melihat mangsa kemudian membawanya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Marilyn ditahan kerana melakukan serangan ganas domestik dan dimasukkan ke penjara. -CARI

Sumber: mStar Online/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 15-2-2021 12:40 PM
buruk2 nye muka omputeh ni bila da tua

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote jazaa100 15-2-2021 12:43 PM
Cow dah nyanyuk ke nek?.....
Quote Nenasketum 15-2-2021 01:07 PM
Gangsta abis grandma nih.
Quote Cari-Mod 15-2-2021 01:38 PM
Quote Manjahati 15-2-2021 01:40 PM
Nenekkk sapa nii
Quote Cari-Mod 15-2-2021 01:42 PM
Quote cikdot 15-2-2021 01:46 PM
Umur dah 74 pun jenis baran lagi, larat pulak nak ketuk kepala org pakai tukul

Quote angelofish 15-2-2021 02:10 PM
mungkin masa muda nenek ni kena dera..bila dah tua atok pulak tak larat.harus la balas dendam
Quote arm_band 15-2-2021 02:25 PM
larat lagi granny ni nak hayun tukul. siap ada pistol lagi. gangster sangat
Quote adaakukesah 15-2-2021 02:56 PM
Nasib lah kekasih saja.. kalau suami dia, tak cium bau syurga.
Quote airisa 15-2-2021 04:13 PM
agaknya dah lama sgt tolerate
Quote sukacactus 15-2-2021 04:36 PM
Ini bukan kekasih dah ni
Tak kasih namanya
Quote jojie 15-2-2021 05:01 PM
Granny naper tak minta putus je..
Quote salimrock 15-2-2021 05:05 PM
kekasih ke?

bukan suami?


dah tua2 pn nak bersekedudukan lagi.. insaf la nenek, ingat Jesus...
Quote dedek12 15-2-2021 05:53 PM
Tak padan dgn usia hahaha seram ye nenek ni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.125733 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top