CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas

16-2-2021 01:53 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 2724| Komen: 15




Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya malam tadi dipercayai akibat sesak nafas.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menerusi laman Facebook beliau, malam tadi.

"Tuan Guru telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya pada 7.50 malam ini akibat sesak nafas.

"Doktor memaklumkan bahawa keadaan beliau stabil. Jantung beliau lemah berkemungkinan penat" katanya.

Doktor turut memaklumkan Abdul Hadi akan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan.

"Beliau akan membuat ujian swab di IJN nanti," tambahnya lagi. 

Turut hadir di Hospital Putrajaya adalah Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Menteri JPM (Undang-Undang). - CARI

Loading FB Post...



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dess402 16-2-2021 01:57 AM
Lambat lagi tu ..
Quote Mopiko 16-2-2021 02:02 AM
macam dah banyak kali juga baca berita tok guru masuk hospital sblm ni. mungkin penat sngt kot kerja. berapa umur tok guru ek... moga2 cepat sembuh
Quote dess402 16-2-2021 02:05 AM
Ajal maut ditangan tuhan .
Quote muff 16-2-2021 02:33 AM
Semoga cepat sembuh
Quote notM 16-2-2021 02:35 AM
Syaitan apa yg sedang merasuk beliau?
Quote dua_chzy 16-2-2021 02:36 AM
Masa sesak napas tu ingat2 la lidah yang dulunya lancang (sekarang dah kurang sebab dah jadik gomen) tu yah.
Quote jas7512 16-2-2021 07:56 AM
Lain aura dgn allahyarham nik aziz....
Quote Boomibulat 16-2-2021 08:45 AM
Semoga cpt sembuh..sy ingt beliau sedang berada di Tanah Arab..
Quote Abahmung 16-2-2021 09:07 AM
Abdul Hadi dirawat di IJN, dalam keadaan stabil

Diterbitkan 16 Feb 2021, 8:21 am

Presiden PAS Abdul Hadi Awang dikejarkan ke Hospital Putrajaya setelah mengalami sesak nafas malam tadi.

Beliau kemudian dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pada pukul 9.30 malam dengan menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary di Facebook.


"Doktor memaklumkan bahawa keadaannya stabil. Jantung beliau lemah berkemungkinan disebabkan dalam keadaan penat," katanya.

Pagi ini, anaknya yang juga Adun Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi memaklumkan bapanya kini dalam keadaan stabil.

"Saya baru bercakap dengan ayahanda tuan guru sebentar tadi. Keadaannya stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.

"Mohon doa dari semua semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah," katanya kepada Malaysiakini.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man juga menyatakan perkara sama dan berharap semua pihak dapat mendoakan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu.

Abdul Hadi, 73, pernah menjalani pembedahan menggantikan injap jantung di IJN pada 2017.

Minggu lalu, beliau menyatakan kesediaannya untuk menjadi kalangan pertama yang menerima vaksin Covid-19.

Katanya, ia ia sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan memerangi wabak tersebut.
Quote Aerhys 16-2-2021 12:32 PM
Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan.
Quote jejai 16-2-2021 12:36 PM
macam mana nak jadi antara yg pertama ambil vaksin ni. agak berisiko. moga cepat sembuh
Quote aHoi83 16-2-2021 12:38 PM
Innalillah .. moga cepat sembuh
Quote dess402 16-2-2021 01:28 PM
Innalillah ..
Quote Decaffeinated 16-2-2021 01:44 PM
dess402 replied at 16-2-2021 02:05 AM
Ajal maut ditangan tuhan .

Siapa yang mati?
Quote tripleid 16-2-2021 06:58 PM
Harini hari cabutan nombor bertuah ..

[fbp]https://m.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/1845041459007696/?type=3&source=48[/fbp]

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.047557 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top