CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dua-Dua Manja, Dah Sedia Ke?" -Isteri Hamil, Nazrief Nazri Gementar Bakal Jadi Bapa

16-2-2021 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4492| Komen: 16

Selepas lebih setahun berkahwin, pelakon Nazrief Nazri, 30, berkongsi berita gembira dia bakal bergelar bapa apabila isterinya Aizatul Akma, 27, kini hamil empat bulan.

Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri mengakui sedikit gementar untuk menimang cahaya mata sulung, namun bersyukur dengan rezeki itu.

Foto: IG

"Saya sebenarnya berdebar kerana saya anak tunggal, manakala isteri anak bongsu dalam keluarga. Jadi, dua-duanya memang manja dan terfikir betulkah kami sudah sedia bergelar ibu bapa?

"Sewaktu kahwin dulu pun, kami memang rancang dalam setahun itu tak nak dapatkan zuriat dulu. Selepas itu, barulah kami sedia dan syukur rezeki terus sampai," katanya.



Pelakon drama Makmum Yang Paling Aku Cinta ini mengakui, kini dia mahu lebih bekerja-keras dari segi pendapatan bagi menyara keluarga dan tidak bergantung kepada lakonan semata-mata.

"Saya pun sudah perlahankan kerjaya lakonan dan lebih memberi fokus kepada perniagaan pelaburan sekarang ini. Semestinya, tanggungjawab digalas semakin besar apabila memperoleh anak nanti.

"Isteri saya juga ligat mengembangkan perniagaan kosmetiknya. Mengenai jantina bayi, kami sendiri pun tak pasti lagi memandangkan kandungan masih awal," katanya.




Nazrief dan Aizatul mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 16-2-2021 08:50 AM
Cantiknya wife dia.
Quote cikkuntum 16-2-2021 09:09 AM
gambar last tu nmpk cantik betul
Quote Redmyvi 16-2-2021 09:09 AM
wife dia comey.. selalu gk video tiktok dia duk lalu..
Quote SayaSayangMama 16-2-2021 09:28 AM
Semua ckp cantik iols je geli xtau knp
Quote msel 16-2-2021 09:58 AM
SayaSayangMama: Semua ckp cantik iols je geli xtau knp

Betul la tu, malas nak sentuh part cantik ke apa. Tapi start tengok video merajuk atas katil dalam selimut tu rasa macam ewwwww, tapi ramai pulak yang suka {:smile
Quote Kak-Leen 16-2-2021 10:12 AM
Semalam dengar dlm radio pasal dia. Akak dengan suami dok ingat ni suaminya pelakon urban yg kecik tu.. Tp bila diaebut lepas setahun berkahwin tu, kitorng pun dok tertanya2, siapa mamat ni? Memang x kenal siapa dia ni. Tp congrats to both mom & dad to be..
Quote Kak-Leen 16-2-2021 10:13 AM
msel replied at 16-2-2021 09:58 AM
Betul la tu, malas nak sentuh part cantik ke apa. Tapi start tengok video merajuk atas katil dala ...

Zaman ni memang org suka tayang benda2 atas katil ek.. Huhuhuhu...  
Quote MadameOnion 16-2-2021 10:28 AM
wife dia cantik..muka comel n sexy..untunglahhh
Quote Rmz83 16-2-2021 03:58 PM
Kak-Leen replied at 16-2-2021 10:12 AM
Semalam dengar dlm radio pasal dia. Akak dengan suami dok ingat ni suaminya pelakon urban yg kecik t ...

Spe pelakon urban yg kecik?
Quote phoenix_panik 16-2-2021 04:29 PM
pernah tgk wife ni tanpa mekap n filter
memg lain jgk dr pic
huhu
Quote likecandy 16-2-2021 04:32 PM
I cuma ingat couple ni sebab kes wife dia bukak tudung lepas putus tunang hari tu
Quote lolipopbiru 16-2-2021 04:36 PM
tgk kt ig yg tanpa filter sgt biasa biasa je
Quote Pineapple_Roll 17-2-2021 12:19 AM
Cringe sangat nengok kat ig.. macam try hard.
Quote Aneem 17-2-2021 06:56 PM
Meluat.
Sekian, tq
Quote sue_liah 17-2-2021 07:08 PM

meluat terus hahaha..betul la tu dulu2 heols bujang ok la juga tgk nya

pas kawen rupanya sejenis tunjuk bahagia dlm kelambu euww sgt


Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.273900 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top