Pelakon, Faezah Elai menyifatkan realiti alam perkahwinan tidak akan selalunya indah dan ada kalanya ia juga akan disulami dengan ujian serta dugaan.
Menurut Faezah, hidup berumah tangga jauh lebih berbeza daripada apa yang kita gambarkan menerusi drama-drama yang sering kali ditayangkan di televisyen. “Kawin ni nk habaq mai kt ampa, bukan macam cerita korea yang ampa dok layan kat neplix tu dok salanghae. Kawin ni kadang-kadang happy, kadang berkeleih terbang habih pinggan mangkuk. Kalau mai yang hat qibut taupan,1 taman perumahan boleh dengaq. “Haaa tu blom masuk watak-watak extra, mentua, satgi ipaq, mai pulak biraih seropa haram jadah dok jadi tukang cucuk. Ada jugak yang dapat laki tetiba gila betina. Dalam rumahtangga ni memang akan ada ujian and ujian kita tak sama,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Tanda Putera itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram. Dalam pada itu, Faezah turut mengingatkan para pasangan yang telah berkahwin untuk tidak sewenang-wenangnya menjaja kisah rumah tangga mereka terutamanya menerusi platform media sosial. Katanya lagi, ada pelbagai cara yang lebih baik untuk kita meluahkan masalah dan berkongsi di media sosial hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. “Terok mana pon ujian, sejahanam mana pon pasangan kita, se-pelaq mana pon perangai depa, jangan dicanang dalam socmed, buka aib laki/bini sama macam buka aib sendiri. Kalau kata dah kamjad sangat laki hang, tak tau nk luah kat sapa, ya lah satgi tk luah gila pulak, pi pejabat agama, pejabat agama ni bukan tempat nikah ceqai ja ampa ooii. “Kalau rasa nak kena cerita jugak, luah kat mak pak, adik, mentua atau sapa-sapa lah yang dekat dengan kita. Bila canang kat socmed akan buat hang nampak lg pathetic and bagi ruang untuk laki hang carik salah.
“Bini ni, especially yang tak qerja, depa ada laki ngan anak-anak ja, bila laki buat hal lepaih dah bagi bulan bintang, memang mintak kaki lah. Tapi canang kat socmed is a bad idea. Tengoklah muka anak-anak pandang dalam-dalam, semua mak nak anak-anak jadi soleh/solehah. Bagaimanapun, Faezah turut menjelaskan sekiranya permasalahan tersebut menemui jalan buntu, adalah lebih baik untuk pasangan yang telah berkahwin memutuskan untuk membawa haluan masing-masing. “Jangan ajaq anak benci bapak sendiri. Ajaq anak tentang kasih sayang tentang hormat pada orang tua. Sampai masa depa akan paham tapi kalau dah dipukui canang busuk pak dia, sampai besaq dia akan tau. Google semua benda keluaq. Kawan-kawan sekolah pon tau, kesian anak-anak. “Kalau dah dok makan hati sampai makan diri elok lepaihkan diri. Sebab tu orang kata Divorce isn’t a tragedy. A real tragedy’s staying in unhappy marriage and teaching our children the wrong thing about love.
“Nobody ever died of divorce. As much as u want ur kids to be happy, same goes to ur parents, they want you to be happy bukan dok menangis tepi bucu katey. “P/S : Self reminder jugak,bukan nak tunjuk pandai sekadar berkongsi cause my husband failed in his first marriage and now both of them happy with their lives. Hurmm i think my husband is happy la kot.. tk happy ku pecah cermin kereta dia!,” akhirinya. -CARI Sumber: Media Hiburan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|