CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Jual Apa Je Kat Asrama Sampai Untung RM19,000?'

16-2-2021 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7565| Komen: 26

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Begitulah yang dapat digambarkan pada semangat dua sahabat ini.

Hanya kekal berada di asrama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kedua-dua mereka mampu menjana pendapatan ribuan ringgit.




Pencapaian mereka yang membanggakan itu dikongsikan menerusi video di aplikasi TikTok.

Pemuda berkenaan, Ahmed Amzar Airil Ahmed Mazdan memberitahu, dia bersama seorang rakan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di Kepala Batas, Danish Aiman Ahmad Rizal memulakan bisnes baju sejak sebulan lalu.

Anak muda berusia 19 tahun itu berkata, ia dilakukan di asrama ketika cuti pendek selama lima hari selepas tidak pulang ke rumah berikutan sekatan merentas negeri ketika PKP.



"Kami pilih bisnes ni untuk kolej sebab para pelajar sukakan baju mengikut trend, dan pakai secara berkumpulan. Jadi, kami mudahkan mereka dengan membuat tempahan baju.

"Dalam masa lima hari tu, kami buat secara habis-habisan dari promosi hingga buka tempahan baju menerusi grup WhatsApp dan Facebook," katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Amzar, katanya, pada hari kelima, dia bersama Aiman bergiat lebih aktif dengan pergi dari pintu ke pintu bilik salah satu blok asrama lelaki sebelum menutup tempahan.

"Lima hari kami buat all out, kami dapat 500 tempahan baju membabitkan pelajar kolej lelaki dan perempuan. Keseluruhan jualan kami peroleh sebanyak RM19,000.

"Pada asalnya kami sasarkan hanya 300 tempahan. Tapi risau ada pelajar-pelajar yang terlepas pandang tentang baju ni, jadi kami gerak dari pintu ke pintu pula... tak sangka masuk hari kelima dapat cecah kira-kira 500 tempahan," kata anak kelahiran Bachok, Kelantan itu.

Walaupun baru mengenali sejak semester lalu bagi mengikuti jurusan yang sama iaitu perakaunan, kedua-dua anak muda ini sebenarnya mempunyai minat dalam perniagaan.



Amzar berkata, dia sebelum ini mengusahakan bisnes minuman yogurt, manakala Aiman yang berasal dari Bangi, Selangor terlibat dalam perusahaan kek.

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, mereka turut menerima tempahan daripada beberapa kolej matrikulasi seperti Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

"Syukur, Alhamdulillah. Berkat usaha kami bertungkus-lumus untuk buka tempahan baju selama lima hari sampai tak cukup tidur kira order.

"Lepas Subuh baru nak tidur setakat tiga hingga empat jam sehari," katanya sambil menambah mereka berurusan dengan sebuah kilang baju di Selangor.

Dalam pada itu, Amzar turut berkongsi pengalaman mereka yang berdepan cabaran berniaga terutama pada hari terakhir tempahan baju dibuka kepada pelajar-pelajar kolej.



"Malam terakhir tu, kami tebalkan muka pergi ketuk pintu ke pintu bilik di satu blok asrama. Kami semua ada di asrama sebab cuti pendek dan PKP, jadi mereka ada kat bilik je.

"Bila ketuk pintu beberapa bilik, ada yang tak sahut sedangkan banyak selipar kat luar pintu. Ada juga yang sekadar gelak-gelak dari dalam bilik tanpa buka pintu... tak apalah, lepas beri salam tiga kali, kami bergerak ke bilik lain pula.

"Ada antara mereka yang beria-ia nak beli, siap kasi nombor telefon. Bila kami hubungi untuk sahkan tempahan, terus block (sekat) nombor kami. Memang sakit hati kena tipu.

"Dalam bisnes ada yang suka dan tak suka. Ada ramai-ramai gelak, block nombor telefon tu perkara biasa yang kami anggap sebagai dugaan berniaga," katanya.




Sumber: mStar
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 16-2-2021 11:21 AM
Zaman aku dulu.bisnes paling kencang rokok dengan megi jer..dunhill singgit 3 batang.
Quote MissVixen 16-2-2021 11:23 AM
Bagus budak2 ni. Jangan tiru marketing zizan semang udah ler.
Quote cicicumel 16-2-2021 11:23 AM
budak tiktok lagi..
so basically budak ni mcm org tengah je kan..tlg amik tempahan.printing kat lain.so 19k tu untung bersih ke atau nilai tempahan?
Quote kucingitam 16-2-2021 11:34 AM
19k tu sales kan.. selai baju, jual rm 38. 500 helai, dapatlah 19k.

untung biasanya 25%-30% dari harga jualan.

kira lah sendiri untung bersih berapa.. jgn nak wow sgt tgk angka ribu2 tu.. org suka sebut sales juta2..untung sebenar lepas tolak modal dia tak cerita.
Quote stinger.baik 16-2-2021 11:40 AM
Belibis replied at 16-2-2021 11:21 AM
Zaman aku dulu.bisnes paling kencang rokok dengan megi jer..dunhill singgit 3 batang.

ko ni la perosak bdk2 skolah jual rokok
dsr iblis

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Artemesiaa 16-2-2021 11:43 AM
Tak kiralah untung sikit ke banyak ke yang penting ada usaha nak tambah pendapatan dari duduk saja2 je
Quote sharlenetexas 16-2-2021 11:46 AM
Lhdn tengah intai.

Quote batmana 16-2-2021 11:54 AM
zmn dulu, budak2 beli baju ikut keperluan, bukan trend, mmg tk jalan la klu nk jual baju

baju koku cikgu suruh beli pun, member2 ada yg blum ada duit..

Quote slyfynx 16-2-2021 01:13 PM
Orang melayu suke main dgn angka untuk tunjuk pencapaian.
Kalau die beli mancis RM1, jual balik harga sinngit setengah, die confirm akan cakap dapat singgit setengah dengan jual mancis. Modal tu x sebut
Quote wirazam 16-2-2021 01:26 PM
terbaik student nih
Quote helicornia 16-2-2021 01:40 PM
kucingitam: 19k tu sales kan.. selai baju, jual rm 38. 500 helai, dapatlah 19k. untung biasanya 25%-30% dari harga jualan. kira lah sendiri untung bersih berapa.. ...

ni geng jijang semang suka gebang nilai sales bukan nilai profit.entah2 ada yg rugi tp ditutup dgn gebang nilai sales
Quote nikaido 16-2-2021 01:46 PM
Ketuk2 pintu dan bagi salam. Ada bilik yg x menyahut  walaupun byk selipar dkt luar mungkin sebab ingat org yg datang tu geng tabligh
Quote umbut 16-2-2021 02:04 PM
Memangler untung.. ko jual kat geng2.. pastu yg xnak beli pun beli sebab terikut ikut
Quote Decaffeinated 16-2-2021 02:10 PM
Nasib baik budak jantan...
Quote kucingitam 16-2-2021 02:11 PM
helicornia replied at 16-2-2021 01:40 PM
ni geng jijang semang suka gebang nilai sales bukan nilai profit.entah2 ada yg rugi tp ditutup dgn ...

ah tu ler..tgk pada sales mmglah wow.. hakikatnya...sendu je profitnya

Quote sfrnna 16-2-2021 02:30 PM
tak tolak modal lagi kot. adoi. bisness melayu ni suka sangat kira success dgn total sales lepas tu mesti tunjuk berkepuk2 cash kat tangan.
Quote Cari-Mod 16-2-2021 03:54 PM
hei haruslah heshe untung rm19,000 khenss korang apa tahu? kalo tak untung mana dapat nak beli pandora bagai nak hadiahkan kat beloved person gituhh?

[twitter]https://twitter.com/amzarairil__/status/1346119872535674880[/twitter]

Quote c===8 16-2-2021 04:05 PM
mula2 kagum tgk usaha dia bisnes
bila tgk bideo semua benda nak rakam trus rasa meluat
Quote dewimalam78 16-2-2021 08:25 PM
Jual tu bagus. Cuma pengalaman ai anak duduk asrama. Sikit2 minta duit beli tshirt. Setahun ada la 4/5helai. Bukan murah2 pulak tu. belum duit makan minum merengek kata tak cukup

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.044780 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top