CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kisah "Hacker" Yang Menggodam Bank Dan Dermakan Berjuta Dolar Ke Badan Amal Palestin Dan Afrika

17-2-2021 02:29 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 2692| Komen: 4




Umum tahu bahawa setiap penjenayah siber selalunya melakukan kerja penggodaman komputer untuk kerja jahat seperti mencuri data dan juga wang. Namun lain pula kisahnya dengan salah seorang penggodam komputer yang dianggap sebagai "Robbin Hood" kerana wang yang diperolehi daripada kerja jenayah sibernya didermakan ke badan amal Palestin dan Afrika.

Siapa lagi kalau bukan Hamza Daniel Bendelladj yang merupakan seorang pengodam komputer yang berasal darin Algeria. Beliau lahir pada tahun 1988 dan merupakan seorang penjenayah siber terkenal dan pernah menjadi bualan ramai.

Hamza merupakan salah seorang daripada 10 penjenayah paling diburu oleh Interpol dan FBI kerana jenayah yang dilakukannya.

Menggunakan nama samaran sebagai BX1 dan juga "The Smiling Hacker", beliau sangat mahir dalam IT dan juga urusan menggodam akaun serta laman web.


Beliau telah menggodam ratusan laman web serta mencuri wang daripada akaun serta laman web yang digodamnya.

Berjuta-juta diperoleh Hamza daripada kerjanya itu. Namun, apa yang anehnya adalah Hamza tidak gunakan langsung wang yang dia peroleh itu.

Sebaliknya, Hamza dermakan semuanya kepada rakyat-rakyat di negara-negara Afrika yang miskin serta kepada rakyat Palestin.

Hamza juga didakwa kerana membangunkan virus ini dengan rakannya di Rusia, Aleksandr Andreevic Panin atau "Gribodemon" untuk mencuri maklumat bank yang disimpan dalam komputer yang dijangkiti.

Bukan itu sahaja, Hamza juga telah menggodam laman sesawang rasmi kerajaan Israel.

Untuk rekod, Hamza telahpun berjaya menggodam dan menggelapkan sebanyak 217 bank di seluruh dunia.

Menggunakan perisian hasad (malware) dikenali sebagai SpyEye, Hamza memecah masuk ke dalam komputer bank-bank atau individu untuk memperoleh kata laluan dan kod pengenalan.



Malangnya selepas diburu selama 3 tahun dan pada tarikh 8 Januari 2013, ketika itu Hamza dalam penerbangan dari Mesir ke Malaysia, pesawatnya telah berhenti seketika di Bangkok dan ketika itulah Hamza ditahan.


Hamza didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah Amerika Syarikat. Apa yang menarik adalah Hamza cuma tersenyum apabila dia hendak dibawa penjara.

Apabila ditanyakan kemana wang yang dicuri itu digunakan, beliau menghabiskan semuanya dengan mendermakan berjuta-juta dolar kepada badan amal Palestin dan Afrika.

Hamza diekstradisi ke Amerika Syarikat pada Mei 2013 dimana dia dibicarakan di Atlanta dan mengaku bersalah pada 25 Jun  2015.

Beliau berdepan dengan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda sebanyak RM64 juta.

Rakannya Aleksandr Andreevich Panin juga ditangkap pada 1 Julai 2013 di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson di Atlanta.

Dia mengaku bersalah pada Januari 2014 di hadapan Mahkamah Persekutuan Atlanta.

Oleh kerana diekstradisi ke AS, khabar angin mula tersebar di internet mengatakan Hamza bakal berdepan dengan hukuman mati dan ini membuatkan para penyokong beliau memulakan kempen untuk memohon agar hukuman itu tidak dikenakan.

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @Hassan_JBr menulis:

"Wira Algeria adalah salah seorang daripada penggodam paling berbahaya. Dia menggodam 217 bank dan mendermakan RM1.17 bilion ($280 juta USD) kepada Palestin. Hukumannya? Mati,".

Tweet tersebut dikongsi sebanyak lebih daripada 5000 kali.

Pihak berkuasa AS menolak tuntutan yang dipublikasikan secara meluas ini. Malah, duta besar AS ke Algeria, Joan Polaschik, menulis bahawa "Jenayah komputer tidak dihukum dengan hukuman mati".

Maka benarlah, Robin Hood betul-betul wujud!- CARI

3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote per706 17-2-2021 09:52 AM
Handsome..
Quote ayahmasihkuad 18-2-2021 01:20 AM
macam mana nak jadi hacker.ayah tak sekolah tinggi

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.038104 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top