CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

COVID-19: Seramai 214 Pengusaha Bas Sekolah Di Kelantan Gulung Tikar, Jual Bas & Van

17-2-2021 04:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2846| Komen: 24


Gambar sekadar hiasan



Seramai 214 pengusaha bas dan van sekolah di Kelantan gulung tikar akibat hilang punca pendapatan sejak Mac tahun lepas susulan penutupan sekolah akibat penularan COVID-19.

Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Kelantan, Wan Mohd Nuhairi Wan Hamat berkata rata-rata pengusaha bas dan van sekolah amat terdesak, sehingga ada yang terpaksa menjual bas dan van mereka kerana tiada lagi pendapatan.

Beliau berkata akibat terdesak juga ada dalam kalangan mereka menjual kenderaan berkenaan dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran, selain menjual kepada peniaga besi buruk dengan harga RM5,000 hingga RM7,000 demi meneruskan kehidupan selain tidak mampu menampung kos operasi.


“Ramai yang tertekan kerana sejak bulan Mac tahun lepas lagi kami tiada punca pendapatan, malah pihak persatuan juga tidak mampu untuk membantu para ahli… Ada yang terpaksa menjual bas dengan harga lebih rendah daripada pasaran kerana tidak mampu menampung kos operasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima bantuan daripada Program Sumbangan Musaadah Membabitkan Pemandu Bas dan Van oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood.

Terdahulu 214 pengusaha bas dan van sekolah menerima bakul makanan yang bernilai RM50 yang disumbangkan oleh pihak YADIM Kelantan secara pandu lalu, yang turut dihadiri pengarahnya, Mahadi Awang.

Mengulas lanjut Wan Mohd Nuhairi berkata pengusaha bas sekolah berharap kerajaan dapat membantu mereka, khususnya dari segi memudahkan pinjaman bank.

“Kami memohon pihak yang berkaitan termasuk kerajaan dan kerajaan negeri tampil membantu menyalurkan bantuan kepada pihak persatuan untuk meneruskan kehidupan dan memberi sinar baharu kepada golongan kami seperti bantuan pinjaman melalui bank untuk modal pusingan dan sebagainya.

“Sebelum ini ramai ahli terpaksa membuat pinjaman melalui syarikat kredit kerana bank enggan memberi pinjaman bagi pembelian bas sekolah, malah keadaan itu sekali gus menyebabkan pengusaha bas terpaksa menanggung kadar faedah yang tinggi,” katanya.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuzaime 17-2-2021 06:25 AM
Fikir2 memang kesian. Nak2 kalau itu memang mata pencarian utama. Nak salahkan parents 100% pun x boleh, sekolah x bukak, anak2 x naik pun bas / van xkan parents nak berterusan bayar. Tapi masalah jugak bila sekolah mula bukak balik macam biasa nanti, mesti ramai yg susah nak kesekolah sebab x ada van / bas yg nak ambik macam biasa
Quote Nana_Man 17-2-2021 06:32 AM
kuzaime replied at 17-2-2021 06:25 AM
Fikir2 memang kesian. Nak2 kalau itu memang mata pencarian utama. Nak salahkan parents 100% pun x bo ...

Nk buat mcm mana kn... lose-lose situation. Nk tunggu smpi covid ni betul2 reda pun makan masa.
Quote Suchi 17-2-2021 06:34 AM
kuzaime replied at 17-2-2021 06:25 AM
Fikir2 memang kesian. Nak2 kalau itu memang mata pencarian utama. Nak salahkan parents 100% pun x bo ...

Ni betul sbb acik van sekolah yg sblm ni iols penah guna tiber tanak bawak dah tahun ni.
So mcm menyukarkan jugala.
Sorang lagi acik ni dia amik gak budak sekolah tp dia bukan van sekolah laa kira amik ngn keta dia je ekceli dia jiran lama iols.
Dia pun dah stop amik budak sekolah sbb dah amik job ngasuh baby plak.
Skrg tinggal satu jaa hat ni iols dah booking dah hujung tahun lepas tp taktau laa nnt tiba bukak sekolah available lagi ke tak.
Risau gak ni kang tiber dia kata dah benti bawak bas ke or dah full ke apa sbb yela takat ni tinggal dia je.
Taktaula kalau ada pengusaha bas lain lagi.
KPM senyap je lagi tkde bagi hint bila sekolah buka ke apa.
Quote kuzaime 17-2-2021 06:41 AM
Nana_Man replied at 17-2-2021 06:32 AM
Nk buat mcm mana kn... lose-lose situation. Nk tunggu smpi covid ni betul2 reda pun makan masa.

Parents pun bukan semua dapat income macam biasa dah. Yg hilang kerja pun ada. Utk yg masih kerja, peruntukan utk bayar bil bas / van sekolah tu dah boleh guna utk bayar bil internet / topup anak2, print bagai.
Quote kuzaime 17-2-2021 06:47 AM
Suchi replied at 17-2-2021 06:34 AM
Ni betul sbb acik van sekolah yg sblm ni iols penah guna tiber tanak bawak dah tahun ni.
So mcm m ...

Last year masa sekolah bukak balik pun, anak aku cakap ada kawan2 dia yg x dapat datang ke sekolah. Sebab x ada van / bas yg nak ambik. Harapnya bas anak2 aku nanti ownernya masih mampu bertahanlah hendaknya. Kpm asik tekankan sekolah ikut sop. Semua budak2 pandai berjarak2 bagai. Itu yg dekat sekolah. Tapi depa x turun tengok keadaan budak2 ke sekolah yg naik van / bas. Ada yg bersesak2. + ada pengusaha bas / van yg x nak ambik dah budak2 ke sekolah sebab isu sop.
Quote Nana_Man 17-2-2021 06:59 AM
Suchi replied at 17-2-2021 06:34 AM
Ni betul sbb acik van sekolah yg sblm ni iols penah guna tiber tanak bawak dah tahun ni.
So mcm m ...

Kalau u atau husband yg antar anak2 gi skola bole jgk kan? Maybe kene adjust sikit timing mcm kuar awal ke?
Quote Nana_Man 17-2-2021 07:00 AM
kuzaime replied at 17-2-2021 06:41 AM
Parents pun bukan semua dapat income macam biasa dah. Yg hilang kerja pun ada. Utk yg masih kerja, ...

Memang pun. Bkn semua parents org senang. Kesian kt dua2 pihak.
Quote Suchi 17-2-2021 07:16 AM
kuzaime replied at 17-2-2021 06:47 AM
Last year masa sekolah bukak balik pun, anak aku cakap ada kawan2 dia yg x dapat datang ke sekolah ...

Tulaa ni macam kes anak iols tahun lepas la tiber acik tu tanak dah amik. Sbb iols dah tak bayar dia bulan2 sepanjang pkp tu kan adoii dia pun tukar job nak jaga baby je.

Apa solusi pihak sekolah tentang ni? Kalau bas sekolah dah kurang adakah pihak sekolah akan sediakan transport
plak lepas ni ke?
Hujung2 dorang akan cakap masalah transport bukan masalah sekolah atau cikgu nak fikirkan.
Ni la yg iols kena dulu masa anak iols takde transport tu.
Pembantu guru ada yg baik hati  nak tolong hantar pun pihak sekolah tak benarkan plak.

Quote chinta89 17-2-2021 07:21 AM
Allahuakhbar kesiannya. Semua org terkesan zmn ni di seluruh dunia
Quote kuzaime 17-2-2021 07:40 AM
Nana_Man replied at 17-2-2021 07:00 AM
Memang pun. Bkn semua parents org senang. Kesian kt dua2 pihak.

Baru2 ni ada ke sekolah utk ambik buku teks anak. Cikgu ada edarkan borang utk bantuan awal persekolahan yg rm100 tu. Ada 1 akak ni, cikgu tanya kalau dia dlm kumpulan b40, dia cakap iya + asben dia pun dekat 2 bulan dah x ada kerja. Dia sendiri pun baru diberhentikan. Rasa insaf sekejap. Dalam pada kita susah, ramai lagi yg susah
Quote kuzaime 17-2-2021 07:47 AM
Suchi replied at 17-2-2021 07:16 AM
Tulaa ni macam kes anak iols tahun lepas la tiber acik tu tanak dah amik. Sbb iols dah tak bayar d ...

Ada masuk group wasap pibg sekolah anak (sekolah rendah). Balik2 yg dorang tekankan kat sekolah semua ikut sop. Oklah itu bagus n parents pun x risau utk lepaskan anak ke sekolah. Tapi bila ada yg tanya pasal masalah pengangkutan utk murid yg ke sekolah naik van/bas, macam krik krikk aje

Quote JunkMail 17-2-2021 07:54 AM
Cult penyokong PKP boleh la bersorak. Janji sihat, duit boleh cari katanya..  sambil menerima gaji bulanan. Pppftttt
Quote fishcracker 17-2-2021 08:07 AM
Kesiannye,iol pun dah tak sambung van skola sejak pertengahan tahun lepas,iol mendoakan rezeki diperluaskan untuk aunty n uncle van....untuk acik kantin skola jugak
Quote Nana_Man 17-2-2021 08:48 AM
kuzaime replied at 17-2-2021 07:40 AM
Baru2 ni ada ke sekolah utk ambik buku teks anak. Cikgu ada edarkan borang utk bantuan awal persek ...

Semoga ada rezeki untk dorang... nanti dah nk dkt raya, lagi sedih kalau dua2 masih takde keje lagi.
Quote Amandaminaj96 17-2-2021 08:52 AM
Adeh..covid covid..{:cryrun
Quote AniSani 17-2-2021 10:24 AM
boleh kesian je...malang sbab pengusaha bas ni terlibat dlm bidang yang tak penting skrg ni iaitu  pendidikan

kalau dia bawak pekerja kialng glove atau mask , tu baru pnting dan terjamin kehidupan
Quote shernazz 17-2-2021 01:36 PM
Palcik yang slalu amek anak.iols ke tadika
Now dah bawak grab..
Kesian juga dia sebab dia baru pindah sini .. n amek bebudak skola jobnya..
Quote king_kenny 17-2-2021 01:44 PM
ni tanggungjwb gov. mane bantuan suami mkcik kiah yg bawa bas sekolah, social safety net kne ade, da berthn2 org kerja n byr cukai, klu pandemik mcm ni,mase ni la govt pula bantu rakyat
Quote kakikuDibibirmu 17-2-2021 01:46 PM
Raykat dah tak tahan, semoga Majlis Raja-raja 22 Februari ini batalkan darurat

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.048064 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top