CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sungai Nampak Berkilauan, ISS Berjaya Rakam Dipercayai Lubuk Emas Di Sungai Amazon

17-2-2021 04:25 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2315| Komen: 7




Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dilaporkan telah merakam pemandangan yang ‘menakjubkan’ di sepanjang sungai Amazon yang dipercayai menunjukkan lombong-lombong emas.

Menurut Metro.co, NASA mengatakan bahawa ia merupakan lubuk emas haram yang digali sebagai sebahagian daripada industri emas di Peru yang sedang berkembang pesat.

Kebiasaannya, lubuk emas itu tersembunyi dari pandangan kerana ditutupi oleh awan tetapi pada kali ini langit sangat cerah dan kawasan itu diterangi oleh cahaya matahari yang dipantulkan.

Gambar tersebut diambil di wilayah Peru tenggara yang dikenali sebagai Madre de Dios.

Kawasan ini menempatkan industri perlombongan emas yang besar dan tidak terkawal dengan pekerja yang berusaha menggali logam berharga demi mencari rezeki.


Kesan daripada aktiviti tersebut, kawasan hutan yang luas telah dimusnahkan dan menyebabkan ancaman besar terhadap biodiversiti kawasan itu.

Gambar itu diambil oleh angkasawan di ISS, kira-kira 220 batu di atas bumi pada Disember lalu.



Peru adalah pengeluar emas keenam terbesar di dunia dan perlombongan adalah penyebab utama penebangan hutan di wilayah Madre de Dios.

Agensi angkasa mengatakan bahawa aktiviti itu juga meracuni masyarakat tempatan kerana merkuri digunakan untuk mengeluarkan emas dibuang ke dalam sungai dan atmosfera.



Sumber: Metro.co, earthobservatory.nasa, SiakapKeli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 17-2-2021 07:03 AM
melayu ultra tetap claim pusat emas dunia terletak di tanah melayu
Quote chinta89 17-2-2021 07:18 AM
Biskut tawar. Pulut dakap. Anggur. Lada hitam. Etc.
Quote SalenaGomez 17-2-2021 07:33 AM
Sibuk je laaa US hal negara org lain...kira NASA setelit/ISS ni guna intip negara/hal org lain ke...jaga lah kain sendiri dulu...tah2 negara2 lain mcm2 depa dah intip kan tanpa sedar

Lagi satu tah betul ke tidak repot pasal emas tu...knowing kes manusia sampai bulan yg NASA claim tu pon meragukan...dgn teknologi tahun 1969, kenapa until now manusia x pernah pergi lagi bulan kan

Quote Boomibulat 17-2-2021 08:44 AM
SalenaGomez replied at 17-2-2021 07:33 AM
Sibuk je laaa US hal negara org lain...kira NASA setelit/ISS ni guna intip negara/hal org lain ke... ...

Skrg dh x payah htr org pgi bulan..htr robot je..China pun dh buat
Quote SalenaGomez 17-2-2021 12:19 PM
Boomibulat replied at 17-2-2021 08:44 AM
Skrg dh x payah htr org pgi bulan..htr robot je..China pun dh buat

Tahu....
Tp x sama...SG lebih pada nak proof betul NASA hantar manusia sampai bulan...

Kalau betul, surely xde masalah nak buat skrg sbb teknologi makin better...sbb yg 1st dulu pon tahun 1969...
Quote Boomibulat 17-2-2021 12:21 PM
SalenaGomez replied at 17-2-2021 12:19 PM
Tahu....
Tp x sama...SG lebih pada nak proof betul NASA hantar manusia sampai bulan...

Sy pun pikir mcm tu jugak..tp rasanya xde ape pun kat sana sbb tu xde org nak pgi dah..
Quote SalenaGomez 17-2-2021 12:32 PM
Boomibulat replied at 17-2-2021 12:21 PM
Sy pun pikir mcm tu jugak..tp rasanya xde ape pun kat sana sbb tu xde org nak pgi dah..


Kan boleh collect batu2 kat bulan tu...or apa2 spesimen utk kajian...saintis surely ada macam2 benda diorg nk kaji

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.306388 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top