CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masyuk! Upah RM2000 Kerja Hantar Makanan Je, Rupa-Rupanya...

17-2-2021 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3836| Komen: 10

Petaling Jaya: "Saya ditawarkan untuk membekal serta menghantar makanan ke premis ini dan tidak sangka pula mereka jalankan aktiviti judi dalam talian," kata seorang penghantar makanan yang ditahan polis dalam serbuan di pusat operasi judi dalam talian di sebuah bangunan kilang di Sunway Damansara Technology Park di sini, semalam.


Lelaki berusia 29 tahun itu mendakwa dia diupah oleh individu tidak dikenali untuk menghantar makanan di premis berkenaan dua kali sehari dengan upah RM2,000 sebulan.

Foto: Harian Metro

"Sebelum ini, saya ada meminta tolong daripada rakan untuk mencari kerja selepas pekerjaan sebelum ini sebagai pemunggah bagasi di lapangan terbang tidak dapat diteruskan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

"Saya kemudiannya dihubungi seorang individu yang menawarkan saya untuk membekalkan serta menghantar makanan ke premis ini tanpa saya mengetahui apa yang dilakukan mereka (judi dalam talian).

"Kebiasaannya saya hanya menghantar makanan di luar premis ini sebelum menghubungi salah seorang pekerja untuk mengambil makanan berkenaan," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, semalam.

Sementara itu, Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor Deputi Superintendan Zuhairee Mohd Rashid berkata, pihaknya melakukan serbuan di lokasi berkenaan pada 5.50 petang.

"Dalam serbuan ini, kami menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Taiwan berusia antara 20 hingga 35 tahun yang dipercayai terbabit dengan kegiatan judi dalam talian di premis berkenaan.

"Kami turut merampas beberapa peralatan dipercayai digunakan sindiket berkenaan dalam kegiatan itu termasuk telefon bimbit serta komputer," katanya.

Zuhairee berkata, pihaknya percaya sindiket berkenaan yang mempromosikan aktiviti judi dalam talian melalui platform 'Forex' aktif sejak pertengahan Januari lalu.

"Sindiket terbabit menjadikan kilang dua tingkat ini sebagai pusat operasi mereka dengan menyasarkan pelanggan di negara ini.

"Pelanggan perlu mendepositkan bayaran bagi mendapatkan akses untuk memulakan permainan.

"Sindiket itu menggunakan aplikasi laman sesawang utama http://m1.da896.com yang ditawarkan kepada pelanggan menerusi promosi selain menguruskan pembayaran kepada pelanggan yang menang," katanya.

Beliau berkata, sindiket itu dipercayai menggunakan akaun bank tempatan bagi tujuan transaksi dan deposit wang hasil perjudian.

"Selain itu, sindiket berkenaan turut menggaji pekerja tempatan dan warga asing dengan gaji antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan.

Mereka yang tinggal di kilang ini akan bekerja bermula 12 tengah hari hingga 11 malam setiap hari.

"Semua tangkapan dan rampasan dalam serbuan ini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 17-2-2021 12:44 PM
Tak sangka judi pun ada akta rumah terbuka
Quote otai_g 17-2-2021 01:29 PM
Ok la tu. Keje ko hntr makanan jerk. Yg lain2 tu bkn masalah ko dan kalo aku jd ko mmg x mau tau pun.

Ambik tau masalah sendiri sudah. Kena pentingkan diri sendiri dulu.
Quote kucingitam 17-2-2021 01:52 PM
kesian..tak pasal2 terbabit sama..
Quote AceHand-98 17-2-2021 02:14 PM
ko memang keja under diorang ke cemana? ko jadi runner diorang ke collect order hantar makanan untuk jingklingklong tu semua?
Quote AceHand-98 17-2-2021 02:16 PM
ke ko memang rider grab foodpanda tu tapi cuma datang hantar delivery jah ikut apa yang jingklingklong tu order online? so rm2000 tu kira tips lah yang jingklingklong tu gegeh nak bagi?
Quote AyaqMeloSuam 17-2-2021 07:13 PM
Dh cuci belom?
Quote TOPwind 17-2-2021 07:29 PM
otai_g replied at 17-2-2021 01:29 PM
Ok la tu. Keje ko hntr makanan jerk. Yg lain2 tu bkn masalah ko dan kalo aku jd ko mmg x mau tau pun ...

Ia betul tu sekarang dia dah mengangur- ada siapa perduli.
Quote TOPwind 17-2-2021 07:29 PM
otai_g replied at 17-2-2021 01:29 PM
Ok la tu. Keje ko hntr makanan jerk. Yg lain2 tu bkn masalah ko dan kalo aku jd ko mmg x mau tau pun ...

Ia betul tu sekarang dia dah mengangur- ada siapa perduli.
Quote gigahertz 7-3-2021 02:48 PM
otai_g: Ok la tu. Keje ko hntr makanan jerk. Yg lain2 tu bkn masalah ko dan kalo aku jd ko mmg x mau tau pun.Ambik tau masalah sendiri sudah. Kena pentingkan  ...

ada sesetengah geng. kalau kena serbu
siapa yg baru join / org baru mmg jadi suspek.
nasib baik geng judi dia cuma judi.
kalau geng dadah dia kejar sampai anak cucu cicit
Quote Namasayaomel 15-3-2021 10:44 AM
Ksian x bsalah dorg ni

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.046374 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top