|
Seiring norma baru, penyanyi Baby Shima bakal mengadakan mini konsert penstriman secara langsung menerusi aplikasi Bigo Live pada 18 Februari jam 9.30 malam. Baby Shima atau pemilik nama penuh, Nor Ashima Ramli bukan sahaja akan membuat persembahan, malah turut beramah-mesra secara ekslusif dengan sepanjang siaran langsung berkenaan. “Bigo Live menjadi platform untuk saya berinteraksi bersama audiens dengan cara yang menyeronokkan dan tidak terbatas oleh Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dilaksanakan. “Saya dapat berhubung dan berkongsi minat bersama peminat di Malaysia menerusi medium digital, Bigo Live buat pertama kalinya. Malah, para peminat juga bakal berhibur dengan lagu permintaan mereka. “Teruja rasanya dan saya berharap agar semuanya berjalan dengan lancar,” kata Bintang Idola Berita Harian 2010 itu.
Selain itu, tiga pemenang bertuah akan turut dipilih dan berpeluang untuk mendapat panggilan video peribadi bersama Baby Shima dalam sesi strim langsung bertemu peminat pada 22 Februari depan jam 9.30 malam. Poster yang dimuat naik Baby Shima dalam Instagram berkenaan konsert mininya esok malam.
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-2-2026 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.038193 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.