Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa kecewa apabila ada dalam kalangan ibu bapa terpaksa bertindak di luar batasan demi menyediakan peranti atau gajet tambahan untuk anak-anak yang mengikuti kelas online di rumah.
Hal ini diluahkan Presiden UMNO itu menerusi laman Facebooknya. "Sakit hati dengar berita radio pagi tadi ada ibu bapa meminjam ah long untuk beli komputer riba bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). "Sakit hati bukan disebabkan perbuatan ibu bapa terbabit. Kita simpati dengan keadaan mereka. Yang buat sakit hati mengapa situasi ini boleh terjadi," tulisnya. Beliau juga kesal apabila bantuan demi bantuan telah diumumkan, tetapi masalah sebegini masih lagi berlaku. "Adakah pihak bertanggungjawab terlepas pandang mengenai nasib keluarga sebegini atau apa yang banyak diumumkan sekadar fatamorgana?" soalnya.
Justeru, Zahid gesa pihak berkuasa memandang serius perkara ini kerana khuatir ia akan memudaratkan dan menimbulkan masalah yang lebih besar. - CARI
|
otai_g: Jgn la rakyat msia ni menjadi bodoh.Bljr pndi2, msk mrsm, masuk u pastu keluar x ada keje Atau pun msk u ada degree pastu keje bwk grab atau jd k ...
star_karat replied at 17-2-2021 11:29 PM
Semenjak dua menjak ni selalu up socmed. Anak dia suruh ker?
ADVERTISEMENT