Ketika ujian melingkari hidup dengan pelbagai fitnah yang bertebaran, pengacara, pelakon dan usahawan, Serina Redzuawan, 39, diberikan nikmat lain.
Nikmat indah yang sudah lama diketepikan sejak berpisah dengan bekas suami, kira-kira lima tahun lalu. Hatinya kini sedang berbunga cinta apabila menjalinkan hubungan dengan seseorang insan istimewa. Sejak sekian lama, anak kepada chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan itu mula membuka pintu hatinya menerima cinta lelaki lain. Ramai terkejut apabila Serina menukar status 'In a relationship' dalam Facebook (FB) sejak pertengahan Januari lalu. Namun, siapakah jejaka bertuah yang berjaya mengetuk pintu hatinya itu masih dirahsiakan. Bagi ibu kepada Tristan Tareef dan Isabella Saffiya, tidak salah dirinya ingin merasai nikmat dicintai dan mencintai seseorang, biarpun pernah berdepan dengan kegagalan rumah tangga. "Secara jujurnya, saya sedang mengenali hati budi seseorang. Saya akui, hati sudah ditawan dan dimiliki seseorang. Kami baru sahaja berkenalan sejak beberapa bulan lalu. "Cuma, saya belum bersedia berkongsi siapa gerangan jejaka yang berjaya membuka pintu hati yang pernah terkunci ini. Saya mengharapkan doa yang baik-baik. "Sebagai wanita dan ibu, saya juga mengimpikan memiliki mahligai rumah tangga yang bahagia seperti pasangan lain. Mungkin saya pernah melalui pengalaman perkahwinan yang hancur, tetapi Allah lebih mengetahuinya. Saya juga mahu bahagia dan rasa dicintai lelaki.
|
wadiunong replied at 18-2-2021 09:22 AM
iols respek anak2 CW ni diaorang tak pernah nak tumpang kekayaan & populariti bapaknya.
mmg nam ...
epal21: Dia terkait dgn lelaki scammer mana? Ketinggalan pulak iols. Semoga ke jinjang pelamin dgn lelaki misteri tu macam kak kepoms, elok je berlakikan cikg ...
Boomibulat replied at 18-2-2021 09:08 AM
Cantik Chef Wan..
MontanaHannah replied at 18-2-2021 09:42 AM
Bodoh serena ni
mahkamah beri dia hak jagaan anak tp dia tolak ,dia nak share hak tu dengan bekas ...
MontanaHannah replied at 18-2-2021 09:42 AM
Bodoh serena ni
mahkamah beri dia hak jagaan anak tp dia tolak ,dia nak share hak tu dengan bekas ...
wadiunong replied at 18-2-2021 09:22 AM
iols respek anak2 CW ni diaorang tak pernah nak tumpang kekayaan & populariti bapaknya.
mmg nam ...
GegarVaganja replied at 18-2-2021 11:02 AM
Tapi chuolls, anak2 n cucu2 dia terima boyfriend dia seadanya okeh. Relaks2 je event2 keluarga bf ...
Tinot7 replied at 18-2-2021 11:08 AM
Apa rupa anak ikan tu?
ADVERTISEMENT