Seorang lelaki yang memuat naik kenyataan menerusi rakaman video mendakwa telah membunuh beberapa lelaki warga Indonesia berbangsa Aceh dan meminum darah mereka diberkas polis di Tanjung Sepat, Selangor pada Rabu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 31 tahun itu diberkas susulan rakaman video yang dikesan pada Isnin melalui aplikasi WhatsApp. Menurutnya, pada keesokannya, satu lagi rakaman dikesan menunjukkan suspek dipukul beberapa lelaki yang marah dengan kenyataan tersebut. "Polis turut menerima satu laporan daripada orang awam yang mendakwa melihat satu kejadian merusuh di Taman Selat Damai Pandamaran, Klang melibatkan beberapa lelaki disyaki warga Indonesia. "Bertindak hasil maklumat, pada hari yang sama sepasukan anggota JSJ Selangor telah menahan seorang warga Indonesia berusia lingkungan 30-an yang terlibat dalam rusuhan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki warga Indonesia kira-kira jam 5.30 petang di Tanjung Sepat, Selangor pada Rabu yang dikatakan individu bertanggungjawab merakam pembunuhan dan meminum darah mangsa. "Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya. Sumber: Sinar Harian
|
annehuda replied at 18-2-2021 02:27 PM
ni kisah kt kg aku. lama dah citer ni. pasal ada satu group ni masuk kg aku, pastu ngaku islam. past ...
mrsbob87 replied at 18-2-2021 02:35 PM
patut ler dulu selalu orang cakap, batak ni makan orang..
Mulotkoyak replied at 18-2-2021 02:59 PM
Indon area klang tu byk yg dh jd PR malaysia... Sampaikan pakcik ak dh wariskan tanah kat diorg hasi ...
zaitun_0123 replied at 18-2-2021 03:14 PM
Ha..ha..citer ni kalau post kat IIUM confession maw cecah 1,000 komen.
cashewnut replied at 18-2-2021 08:14 PM
Bab yang dapat kerja kerajaan tu betul
zeed replied at 18-2-2021 04:05 PM
Anak2 depa pun dah ada yg kerja kerajaan. Huhu
ADVERTISEMENT