Sejak kebelakangan ini nama pelakon dan pengacara Adibah Noor hangat diperkatakan selepas dia menegur sebutan bahasa Inggeris selebriti, personaliti televisyen dan tokoh politik. Terbaharu, Adibah yang juga merupakan bekas guru subjek bahasa Inggeris menawarkan diri untuk berkhidmat di saluran televisyen pendidikan, DidikTV yang baharu sahaja dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu.
Menerusi ciapannya di Twitter, Adibah melahirkan hasrat untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar bahasa Inggeris di saluran DidikTV. Hasrat Adibah itu turut mendapat sambutan positif daripada peminatnya yang rata-rata memberikan sokongan di atas perkara tersebut. Malah, terdapat netizen yang berkongsi video penyampaian seorang guru di satu segmen di DidikTV yang dianggap kaku kerana tidak biasa berkerja di hadapan kamera. "Saya rasa problem dia tak biasa guna kamera. Tak biasa eye contact dalam video. Mungkin dia malu. Kalau Adibah Nor dah biasa tiada masalah. "Saya sokong. Biar pun apa je orang kutuk, saya sangat berterima kasih kerana banyak yang saya belajar. Daripada dulu saya selalu follow Adibah Noor perbetulkan sebutan yang sepatutnya. Setiap kali ada perkataan baharu yang dibetulkan, saya akan tunjuk pada anak-anak saya untuk sama-sama belajar. "Calon paling layak, sebab Adibah mengajar mudah faham. Sekali dia buka mata luas-luas students terus faham sampai mati," kata netizen. Walaupun ada yang memberikan sokongan terhadap hasrat Adibah itu, tidak kurang juga terdapat golongan haters yang tidak senang duduk dengan permintaan penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu. Segelintir netizen mempertikaikan kelayakan Adibah untuk dia menggalas tugas sebagai guru bahasa Inggeris di saluran TV berkenaan. Tidak berdiam diri, Adibah tampil berkongsikan latar belakang pendidikannya yang mana dia merupakan graduan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), malah pernah berkhidmat sebagai guru bahasa Inggeris sebelum melibatkan diri dalam bidang seni. Adibah sebelum ini pernah meluahkan tentang ketiadaan pekerjaan yang diterima (job offer) memandangkan negara masih lagi terikat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebelum ini, nama Adibah mula menjadi buah mulut apabila menegur pembaca berita TV3, Ramzan Mohd Saufi dan penyanyi Haqiem Rusli. Manakala pada Selasa lalu, penyanyi itu membuat teguran dan membetulkan satu perkataan daripada ucapan Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun. Sumber: mStar
|
TravellingBear replied at 18-2-2021 02:29 PM
Dia tanya pendapat public je takyah bitter sgt
TravellingBear replied at 18-2-2021 02:29 PM
Dia tanya pendapat public je takyah bitter sgt
TravellingBear replied at 18-2-2021 06:29 AM
Dia tanya pendapat public je takyah bitter sgt
ADVERTISEMENT