"Hannah seorang yang sangat menjaga privasi." Demikian kata pengurus Hannah Delisha yang baru sahaja menjadi isteri kepada Imam Shah. Berikutan ramai yang terkejut dan tidak percaya dengan perkahwinannya itu, pengurusnya, Dura Aiman menjelaskan bahawa pelakon itu tidak berniat merahsiakannya.
"Hannah akan keluarkan kenyataan media secepat mungkin. "Macam saya cakap tak semua perkara saya boleh bercakap mewakili pihaknya. Bagi masa sedikit. "Hannah dan Imam sudah rancang berkahwin sejak 5 tahun lepas," kata pengurus artis syarikat pengurusan Prodigy Syndrome Management Malaysia itu kepada Kosmo!. Dia juga menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan gambar majlis yang tular itu adalah adegan drama. "Majlis berkenaan ringkas dan kecil serta hanya dihadiri oleh keluarga terdekat saja. Cuma, saya tidak boleh berkongsi lebih lanjut kerana pihak pengurusan tidak terbabit dalam perkara ini.
"Kami dimaklumkan mengenai majlis nikah pada hari ini, cuma menurut Hannah, dia sendiri akan berkongsi butiran lanjut," katanya.
|
md_nana replied at 18-2-2021 06:46 PM
baru tau nama si hannah ni. nama delisha tu dtg dr mn
evlinne replied at 18-2-2021 07:25 PM
Alhamdulillah bagus hannah ni
Dah la cantik comey, xyah jadi liar utk create kontrobasi, setia pula ...
ADVERTISEMENT