Baru dua hari bersiaran di televisyen, pelbagai kecaman dilontarkan kepada saluran Didik TV. Antaranya ialah guru-guru yang ditampilkan tidak fasih berbahasa Inggeris, nampak gugup dan tidak menarik perhatian. Isu berlarutan hingga segelintir artis yang tidak segan silu menawarkan khidmat mereka untuk menjadi perantara di media elektronik ini. Kenapa perlu ambil alih tugasan guru? Sebab dah tak laku ke? Bagi segelintir netizen, sememangnya tugas guru adalah mengajar, jadi biarlah mereka yang berada di barisan hadapan demi memajukan anak bangsa, mengapa perlu ada artis yang jadi orang tengah?
"Masa cikgu struggle buat content sendiri letak kat youtube, kenapa takda yang bersuara? dah ada platform tv pendidikan tetiba uols muncul nak caras job..tak malu." Namun bagi artis seperti Adibah Noor dan Imran Ajmain, ini adalah platform terbaik buat anak seni menyumbang sesuatu yang berguna terhadap generasi baru. Tetapi, dengar ceritanya, cikgu yang ditampilkan di kaca televisyen tidak dibayar pun, jadi mengapa artis berebut-rebut nak jadi 'cikgu'? Bermacam pendapat yang disuarakan oleh netizen. Namun, pastinya Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai kaedah tersendiri dalam menangani persoalan ini. Semuanya demi memandaikan generasi pelapis ini. Apa pula kata anda? Cikgu atau artis? - CARI |
mdmy replied at 19-2-2021 03:59 PM
I ok jer , cikgu2 ni pun bukan nak sangat masuk tv, tambah pulak kena kecam satu malaysia. Reputasi ...
nolya replied at 19-2-2021 05:58 PM
Hanya kerana Adibah Noor menyampaikan cakap2 hasratnya nak jadi cikgu BI di tv didik, kenapa mengg ...
belacan_gurl replied at 19-2-2021 06:29 PM
Yes...termasuk aku akan amik kesempatan...ilmu ni
ADVERTISEMENT