|
Tempoh sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan ramai dalam kalangan kita kehilangan punca pendapatan dan ada juga yang tidak dapat melakukan kerja seharian atas beberapa kekangan.
Bagi pelakon, Eyra Hazali, tempoh PKP digunakan sebaik mungkin untuk memberi tumpuan kepada anaknya, Muhammad Hayder Qhalish yang kini berusia enam bulan. Eyra yang popular menerusi drama dan filem berkata, suaminya yang juga penjaga gol pasukan JDT, Muhammad Haziq Nadzli juga tidak dapat menjalani sesi latihan, sekali gus memberi ruang kepadanya untuk menghabiskan banyak waktu di rumah. "Saya dan Haziq habiskan masa di rumah untuk menyaksikan sendiri Hayder membesar. Pada masa sama, Haziq juga kini aktif dengan aktiviti penstriman secara langsung permainan video.
"Katanya, dari situ dia dapat juga menjana sedikit pendapatan," katanya. Menurut Eyra, kerja lakonannya sehingga kini masih tergendala dan belum mendapat makluman untuk diteruskan atau tidak.
|
umbut replied at 19-2-2021 09:09 AM
Ni lagi sorang.. xda citer nak up.. citer layan lakiiiiiii je balik2 citer ko..macam ko sorang berla ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.037535 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.