CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Kampung Sembunyi Dalam Hutan Takut Disuntik Vaksin Covid-19

19-2-2021 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1571| Komen: 1

Beberapa penduduk kampung di Dusun II Batu Putih, Desa Alila Timur, Nusa Tenggara Timur sanggup bersembunyi di dalam hutan kerana takut disuntik vaksin Covid-19.

Ketua Polis Daerah Alor, Agustinus Christmas mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi portal Kompas pada Rabu.


Menurutnya, penduduk bersembunyi di hutan selepas mendapat maklumat mereka akan disuntik vaksin Covid-19.

Katanya, kerana ketakutan ada penduduk kampung sanggup bertindak sedemikian bagi mengelak daripada disuntik dengan vaksin itu.

"Penduduk sembunyi di hutan kerana ada membaca di media sosial mengenai implikasi kesihatan selepas disuntik menyebabkan mereka takut," katanya.

Maklumat mengenai 'kehilangan' penduduk kampung itu diketahui selepas kakitangan agensi kerajaan berkaitan kesihatan mengunjungi ketua kampung.

Selepas mendapat maklumat berkenaan, Agustinus menjejaki penduduk kampung di dalam hutan.


Kredit foto: Dok Polres Alor


Mereka kemudian diberikan penerangan lanjut mengenai vaksin berkenaan dan kepentingan menerima suntikan itu bagi mengekang Covid-19.

Selepas mendengar penerangan itu, ada penduduk yang akur dan kembali ke rumah masing-masing.

Namun, masih ada sebahagian yang tetap dengan keputusan untuk tidak mahu menerima suntikan berkenaan dan terus tinggal di hutan.

"Pegawai agensi berkaitan kemudian terus bertemu ketua kampung dan masyarakat untuk memberikan maklumat jelas mengenai vaksin itu.

"Ini bagi memastikan tiada penduduk yang terpengaruh dengan berita tidak sahih di media sosial," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 19-2-2021 12:56 PM
Nanti kan, ada jelmaan boogis yakni lavavida akan report korang kalau korang mengata pasal leluhur indon & rohingya ni. Ke dia report aku je? Kosserrrr la kau boogis..

Btw leluhur ni pun takut nak kena suntik ye, tapi bila gaduh dgn Malaysia, kemain berlagak

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.295334 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top