CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

"Saya Tak Main-main" - The Rock Sedia Bertanding Jawatan Presiden AS

19-2-2021 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3318| Komen: 18

Pelakon yang juga bekas ahli gusti profesional, Dwayne Johnson atau The Rock, 49, tidak menolak kemungkinan akan bertanding jawatan presiden Amerika Syarikat (AS) di masa akan datang.


Kredit foto: IG The Rock

Menurut Dwayne dia akan mempertimbangkan perkara tersebut sekiranya itu yang dipinta oleh rakyat negara itu, lapor Independent.co.

"Saya mungkin akan pertimbangkan untuk bertanding jawatan presiden di masa akan datang jika itu yang dimahukan orang ramai.

"Saya benar-benar maksudkannya dan tidak main-main dengan jawapan ini," katanya.

Dwayne ketika ini sedang dalam rangka promosi untuk siri terbaharu terbitan NBC yang berjudul Young Rock.

Siri itu dibikin berdasarkan kehidupan sebenar Dwayne termasuk satu episod memaparkan dia bakal melancarkan kempen bertanding untuk jawatan presiden AS pada tahun 2032.



Kredit foto: Getty Image

Jika dia benar-benar membabitkan diri dalam bidang politik di masa depan, Dwayne berkata semua itu adalah di atas permintaan daripada orang ramai.

"Sekiranya mereka memilih saya, saya akan sentiasa mendengar permasalahan rakyat bermula daripada akar umbi," katanya.

Pelakon filem Jumanji itu sebelum ini menunjukkan sokongan kuat terhadap kempen pemilihan presiden Joe Biden.

Joe telah dipilih mengetuai negara Uncle Sam pada 3 November lalu dan pada 20 Januari lepas dia secara rasmi telah memegang tampuk pemerintahan AS bersama-sama timbalannya, Kamala Harris. 


Sumbe: mStar

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epuepy 19-2-2021 12:53 PM
Jgn la bam rock. Ko berlakon dh elok dh. Tp kalo jd mcm Arnold susah nak eja, jdi gabenor pn ok gak.

Habis penggal, sambung berlakon balik
Quote kakakpositifker 19-2-2021 01:06 PM
memang trend kat amerika ke mcm ni? equality gini lah gamaknya yea? correct me if im wrong
Quote Skuau 19-2-2021 01:12 PM
Arap Adibah Nor ada impian cam The Rock ni.....dpt la kita Msia ni...wanita pertama jd PM.....x risau dia berucap@'ckp omputeh' kat pentas  antarabangsa.
Quote Scheherazade 19-2-2021 01:19 PM
Can you smeeellllllllllllllalalalalalalalaooooooo what the rock...... Is.... Cookin?!!! Dasat per klu bam rock jd potus.
Quote Belibis 19-2-2021 02:52 PM
Ok la jugak cita2 dia,dari seko bintang wwe yg jadi pompuan plastik tu.
Quote Lagubestbest 20-2-2021 08:46 PM
Rock kena masuk politik dulu la biasakan dengan environment dalam tu. Tengok trump apa jadi bila takde connection dan taktau cmne politik dan kerajaan bergerak. Asyik kena cantas je nak buat apa pun..
Quote haifawehbe 21-2-2021 07:26 PM
iols minat dia ni semua movie heols x miss tgok.. sejak dpt tahu dia makan budak terus hilang minat.
Quote likecandy 22-2-2021 02:33 AM
Pls jgn. No more nonsensical celebrity president. Kalau artis tu stick je lah jadi artis unless betol2 berbakat dalam politics.
Si Kanye West tu pon masuk tapi votes beberapa je
Quote mrsbob87 22-2-2021 08:32 AM
haifawehbe replied at 21-2-2021 07:26 PM
iols minat dia ni semua movie heols x miss tgok.. sejak dpt tahu dia makan budak terus hilang minat. ...

makan budak?? serius ar
Quote Artemesiaa 22-2-2021 02:44 PM
Elok beliau tumpukan pada bidang lakonan jer ler.  Ke sebab sekarang dah tak banyak job sebab covid19 kerjaya politik je tak ada hilangnya masyuk pun lebat melainkan kalah bertanding.
Quote matseh 22-2-2021 03:37 PM
Dia ni Republican ke Democrat.
Quote haifawehbe 22-2-2021 11:11 PM
mrsbob87 replied at 22-2-2021 08:32 AM
makan budak?? serius ar

iols tgok dekat utube heols ada joking makan budak tapi org2 dlm show tu gelak2 jer la. tapi mmg ramai retis hollywood ni amik adrenochrome lg2 yg femes & awet muda ni.
Quote mrsbob87 24-2-2021 07:49 AM
haifawehbe replied at 22-2-2021 11:11 PM
iols tgok dekat utube heols ada joking makan budak tapi org2 dlm show tu gelak2 jer la. tapi mmg r ...

baru tau la adrenochrome...


gila la, jijik nau2.... kalah ilmu setan belah siam...
Quote ahi_mason313 9-3-2021 12:31 PM
wow...biar betul
Quote LaRRa. 15-3-2021 11:38 PM
epuepy replied at 19-2-2021 04:53 AM
Jgn la bam rock. Ko berlakon dh elok dh. Tp kalo jd mcm Arnold susah nak eja, jdi gabenor pn ok gak. ...

Bam arnold schwarzenegger masuk politik sebab sudah develope yearsss of carrier in hollywood n involve in politics after got his own fame in hollywood uols
Quote mzzenma 18-3-2021 07:03 PM
Ok kut. Kane aman2 ja jadi mayor knox county and disayangi rakyat.

Quote ggxoxo 18-3-2021 11:17 PM
Kalau jadi realiti pun, mungkin dia masih lebih baik berbanding Trump?
Quote laradelara 30-3-2021 01:37 AM
Sape pun jadi presiden AS...sama je resultnya.

Bkn dpt ubah apa2 pun. Jadi puppet je.

Better jadi gabenor/mayor. Jaga community kecil pun ok apa

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.042177 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top