Usai pelancaran DidikTV sebagai wadah buat para pelajar mengikuti sesi P&P dengan lebih mudah dan efisien terus daripada rumah masing-masing baru-baru ini, seorang penyampai radio telah dikecam kerana tindakannya mempersenda cara sebutan salah seorang guru yang terlibat menjadi pengajar di saluran tersebut.
Penyampai radio yang dipercayai bertugas di sebuah stesen radio Bahasa Inggeris tempatan itu berkongsi reaksi jeliknya menerusi platform TikTok, namun didapati telah menghapuskan video itu setelah ia tular. Tetapi, video itu sempat dikongsi warga maya di platform media sosial lain pula. Meninjau ruang komen, rata-rata warga maya menyifatkan tindakan penyampai radio itu tidak wajar kerana dilihat bersikap biadab menghina guru berkenaan. Ini tidak betul. Guru ini sekadar pendidik, bukan ahli politik. Cikgu memang mengajar macam ni... Orang ramai sepatutnya berhati-hati dan lebih sensitif sebelum menghasilkan konten untuk tontonan umum. Mengkritik jangan sampai menghina. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|